3 Sebab Kenapa Perlu Buat Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare

3 Sebab Kenapa Perlu Buat Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare


Assalamualaikum, Hi korang. Alhamdulillah baru baru ini pada 1 Ogos 2022, KakYa berpeluang menonton siaran live sesi dialog di Facebook Live BIZNETWORK yang telah
mengetengahkan satu tajuk yang cukup menarik iaitu 'Dari Mata Turun Ke Hati' bersama speaker jemputan Doktor Mohd Hafidz Ithnin, Pensyarah Kanan Optometry UIAM Kuantan dan Pakar Mata di Optom Eyecare dan seorang lagi speaker iaitu Puan Ameera Faiz, Pengurus Dan Optometris di Optom Eyecare Bandar Baru Bangi. Objektif dialog adalah untuk berkongsi servis menerusi pengalaman mengurus masalah mata dan insentif. 

Pusat pemeriksaan mata Optom Eyecare Bangi

Sebagai seorang yang berkaca mata, KakYa memang teruja menonton sesi dialog ini kerana banyak ilmu dan manfaat yang diperolehi daripada perkongsian dua speaker hebat ini.  Untuk korang yang tidak sempat menonton siaran secara live apakata korang tonton kupasan menarik untuk topik ini di sini ;


Kenapa Perlu Buat Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare  


Untuk pengetahuan korang Optom Eyecare,  bukan sekadar kedai cermin mata biasa tetapi ianya adalah klinik rawatan khas pemeriksaan mata dan terapi untuk penglihatan

Optom Bangi : Klinik Rawatan Khas Pemeriksaan Kesihatan Mata Dan Terapi Penglihatan

Sepertimana yang kita tahu, kalau seeorang pergi kedai cermin mata, biasanya diaorang nak beli cermin mata dan nak check power cermin mata sahaja. Tapi berlainan dengan Optom Eyecare kerana Optom Eyecare lebih mementingkan servis klinikal berbanding menjual cermin mata semata mata. 

Logo Optom Eyecare

Jadi apa istimewanya Optom Eyecare dan kenapa KakYa sarankan korang untuk buat pemeriksaan mata kat Optom Eyecare. Ok KakYa senaraikan beberapa kelebihan dan keistimewaan yang korang boleh dapat kalau korang buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare. Tiga sebab kenapa perlu buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare;

1. Pemeriksaan Mata Secara Detail Di Optom Eyecare

Pakar Mata di Optom Eyecare adalah pakar bertauliah dan salah seorang diantaranya adalah Puan Ameera Faiz. Menurut perkongsian daripada Puan Ameera, Optom Eyecare menyediakan servis servis secara klinikal untuk pelanggan mereka. 

Pakar dalam pemeriksaan mata

Apabila seseorang pelanggan datang ke Optom Eyecare pihak Optom akan memeriksa kekuatan otot mata dan juga saraf bahagian hadapan mata.

Bila dah buat pemeriksaan secara terperinci pihak Optom akan dapat maklumat yang tepat berkenaan mata seseorang pelanggan.

Contohnya ada pelanggan yang datang hanya nak buat cermin mata tapi bila dah buat pemeriksan secara terperinci baru tahu yang pelanggan tersebut ada masalah computer vision sindrom atau terlalu banyak guna komputer yang boleh menyebabkan sakit kepala. Daripada situ pihak Optom akan buat pemeriksaan lebih lanjut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

2. Masalah Dapat Diselesaikan Apabila Punca Diketahui

Sesetengah orang beranggapan apabila sakit kepala ianya disebabkan oleh migrain dan mereka cuba mengatasi masalah sakit kepala dengan makan ubat tapi masalah tak selesai.

Sebenarnya setelah menjalani pemeriksaan di Optom Eyecare barulah pelanggan tahu ianya bukan sebab migrain tetapi disebabkan oleh mata. 

Jadi pemeriksaan mata secara menyeluruh sangat penting bagi mengetahui punca sebenar kenapa selalu sakit kepala dan sebagainya.

3. Cadangan Cermin Mata Dan Rawatan Yang Sesuai Dengan Masalah Mata 

Menurut perkongsian daripada Puan Ameera, apabila seseorang pelanggan datang untuk membuat cermin mata dan mengetahui masalah mata mereka selepas pemeriksaan, pihak Optom Eyecare akan mencadangkan cermin mata dan rawatan yang bersesuaian dengan masalah mata yang dihidapi oleh pelanggan. 

Cermin Mata Blue Light Untuk Kanak Kanak 


Puan Ameera turut berkongsi pengalaman beliau berkenaan ibubapa yang memberi gajet pada anak anak dan menggunakan cermin mata blue light untuk anak anak mereka pada sesi pembelajaran secara online. 

Cermin Mata Kanak Kanak Anti Blue Light Dari Optom Eyecare Pilihan Terbaik Ibubapa Untuk Anak Anak

Selepas anak anak ini masuk ke sekolah semula, guru guru ada mengadu yang anak mereka tidak nampak dalam kelas. Apabila ibubapa ini ke Optom Eyecare dan pemeriksaan dijalankan pada kanak kanak tersebut rupa rupanya power mata kanak kanak tersebut dah 300 untuk kedua belah mata dan dah start ada sedikit juling.

Setelah sesi soal jawap bersama ibubapa kanak kanak tersebut, rupa rupanya anak mereka memang banyak masa dengan gajet tetapi dipakaikan cermin mata blue light. 

Kadang kadang ibubapa tak tahu yang diaorang bagi cermin mata blue light tu rupa rupanya ada power. Sebab tu kalau nak pakaikan anak anak cermin mata blue light paling utama kena check dulu tahap kerabunan. Kalau boleh baca normal hingga tahap enam semasa pemeriksaan, ibubapa boleh bagi pakai cermin mata blue light tapi kena control jangan terlalu lama.

Sebelum bagi apa apa cermin mata untuk anak anak first sekali yang perlu ibubapa tahu, memang kena check power terlebih dahulu.

Daripada power tersebut dapat membantu untuk kanak kanak nampak lebih jelas bukannya bagi cermin mata blue light tuada power dan kita assume anak kita okey. Jadi sebelum guna bawa dulu ke Optom Eyecare untuk check samaada cermin mata tersebut ada power atau takde power dan pihak Optom akan consult kanta yang sesuai.

OPTOM Eyecare Kedai Cermin Mata Bangi Bantu Selesaikan Masalah Mata Anak Anak Akibat Penggunaan Gajet

Kanta Setiap Orang Adalah Berlainan


Puan Ameera turut berkongsi mengenai  kanta yang bersesuaian untuk seseorang pengguna cermin mata. Ada orang banyak guna komputer semasa bekerja ianya sesuai dengan cermin mata blue light control, ada orang banyak driving dekat jalan raya ianya sesuai dengan kanta mode driving. 

Sesetengah orang bila umur meningkat ada rabun dekat dan ada juga yang rabun jauh, kanta mereka berlainan. Jadi sebelum memilih untuk buat cermin mata perlu buat pemeriksaan dengan teliti dahulu bagi mendapatkan kanta yang paling sesuai dengan mata kita. 

Nak Buat Cermin Mata Baru, Jom Terjah Optom Eyecare Bangi

Doktor Mohd Hafidz Ithnin Pensyarah Kanan Optometry UIAM Kuantan dan Pakar Mata di Optom Eyecare


Peranan Doktor Mohd Hafidz Ithnin di Optom Eyecare. Sebagai seorang pakar mata di Optom Eyecare peranan beliau adalah membuat kolaborasi antara UIA dan Optom Eyecare dengan berbincang dari segi bagaimana untuk memberikan servis yang terbaik kepada masyarakat dengan cara yang tidak terlalu sukar Optometris di Optom Eyecare melaksanakan pemeriksaan mata dan juga memberi impak yang tinggi daripada pemeriksaan tersebut. 

Optometrist bertauliah di Bandar Baru Bangi

Kolaborasi antara Doktor Mohd Hafidz Ithnin dan Optom Eyecare telah berlangsung lebih daripada setahun dengan perbincangan dan mencari idea dan juga formula bagaimana untuk memberikan servis yang terbaik kepada masyarakat dan pihak pelanggan akan lebih memahami apa yang disampaikan oleh optometris. 

Perkongsian Kes Daripada Doktor Mohd Hafidz Ithnin

Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi kisah seorang trader berusia 33 tahun yang menggunakan telefon bimbit untuk trader daripada jam 8 pagi sehingga ke petang. Trader tersebut mempunyai masalah mata juling kerana menggunakan telefon bimbit terlalu lama dan Doktor Mohd Hafidz menguruskan kes tersebut di Optom Eyecare. 

Apabila terlalu lama mengadap telefon, mata akan menjadi penat dan alignment mata boleh lari. Penumpuan terlalu lama akan menyebabkan mata kurang tumpuan dan masalah juling boleh terjadi. 

Bagaimana Cara Untuk Tahu Mata Kita Mempunyai Masalah Juling


Apakah reaksi daripada mata kita apabila kita mempunyai masalah juling? Apabila terlalu lama mengadap telefon bimbit atau laptop, kita akan rasa pening kepala di bahagian depan dahi dan mata akan menjadi senak. 

Apabila mempunyai tanda sakit kepala di bahagian depan dahi lama kelamaan jika tidak dirawat sakit kepala akan terasa di bahagian belakang kepala dan masalah juling boleh berlaku.

Masalah Mata Kering 


Mata kita mudah menjadi kering apabila kita melihat gajet terlalu dekat menyebabkan mata kurang berkelip. Apabila mata kurang bekelip. Kelipan sebenarnya satu proses untuk menghasilkan air mata untuk memastikan bahagian kornea mata kita segar. 

Mata akan merekah apabila kurangnya air dan permukaan mata akan menjadi tidak cantik dan mata akan sakit akibat kering. Secara semulajadi apabila kita menggunakan telefon bimbit terlalu lama, mata kita akan kurang berkelip. 

Apabila kurang berkelip maka akan kurang penghasilan air mata dan keadaan permukaan mata akan berubah dan mata kita akan menjadi kurang selesa. 

Punca Punca Penyebab Rabun Dan Silau Yang Tinggi 


Rabun dan silau yang tinggi mempunyai dua faktor penyebab. Satu adalah disebabkan olrh kornea dan satu lagi adalah disebabkan kanta semulajadi dalam mata kita. Punca paling banyak terjadi disebabkan kornea. 

Permukaan mata silau diibaratkan seperti bola ragbi yang mempunyai permukaan rata dan sangat curam. Silau berlaku disebabkan kornea mata kita yang seperti bola ragbi, apabila kita selalu 'tenyeh' mata dan permukaan mata kita kering yang menyebabkan permukaan mata berubah. Itu yang menyebabkan rabun dan silau. 

Lazy Eye (Ambliopia) Atau Mata Malas


Lazy eye (ambliopia) adalah terma untuk bahasa biasa bagi mata malas. Menurut perkongsian yang disampaikan oleh Doktor Mohd Hafidz, mata malas terjadi apabila pembetulan yang optimum seperti power yang sesuai telah diberi pada mata tetapi penglihatan tetap tidak nampak seperti mata orang normal. 

Biasa kalau orang yang pakai cermin mata akan nampak terang tetapi kalau orang yang mempunyai masalah mata malas apabila memakai cermin mata dia masih tidak dapat penglihatan yang baik.  Itulah maksud lazy eye atau mata malas yang sebenarnya. 

Tawaran Menarik Daripada Optom Eyecare Untuk Pengusaha Klinik Dan Farmasi 


Pihak Optom Eyecare menawarkan program
dengan pengusaha pengusaha klinik dan juga farmasi dengan memberi certain insiatif kepada pengusaha klinik dan farmasi yang menghantar pelanggan kepada Optom Eyecare untuk penyaringan kesihatan mata pelanggan. 

Pihak Optom Eyecare akan membuat follow up dengan pelanggan yang mempunyai masalah kesihatan mata dan akan cuba untuk memberikan perkhidmatan terbaik. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran menarik ini, pengusaha klinik dan farmasi boleh berhubung terus dengan pihak Puan Ameera di Optom Eyecare. 

Misi Optom Eyecare


Misi Optom Eyecare adalah untuk pelanggan nampak lebih jelas dan dalam keadaan baik. Sesetengah orang boleh nampak dengan baik tapi dia sendiri tidak tahu sebenarnya dia memandang dengan sebelah mata sahaja.

Sesetengah daripada kita pula boleh nampak dengan baik tapi di waktu pagi sahaja, apabila menjelang petang dah start tak berapa nak jelas.

Pihak  Optom Eyecare berharap setiap pelanggan yang berkunjung dan mendapatkan rawatan di Optom Eyecare akan mendapat penglihatan yang terbaik selepas menjalani rawatan. 

Pemeriksaan Mata Perlu Bagi Memastikan Tahap Penglihatan Dan Kesihatan Mata Berada Dalam Keadaan Baik


Alhamdulillah setelah mendengar perkongsian menarik dari Doktor Mohd Hafidz Ithnin dan Puan Ameera Faiz, bolehlah disimpulkan di sini pemeriksaan mata amat penting dan perlu dilakukan di peringkat awal terutama di peringkat kanak kanak bagi menangani masalah mata yang serius seperti juling kekal. 

Cara terbaik untuk test mata

Sama sama kita menjaga mata kita dengan menjalani pemeriksaan mata agar dapat mengetahui jika ada perubahan pada penglihatan kita. Jangan sibuk mengejar kebendaan sehingga lupa tanggungjawap untuk memelihara dan menghargai penglihatan sendiri. 

Bagi memastikan kesihatan mata kita dalam keadaan baik, jangan lupa untuk menjalani pemeriksaan mata di Optom Eyecare sekurang kurangnya setahun sekali bagi memastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata anda sentiasa berada dalam keadaan baik.

Antara jenama cermin mata yang boleh di pilih oleh pelanggan di Optom Eyecare

Untuk anda di luar sana yang berminat membuat pemeriksaan mata di Optom Eyecare Bangi, boleh berkunjung ke Optom Eyecare di alamat ini;

Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)

Maklumat lanjut dan terperinci mengenai Optom Eyecare, sila layari laman tertera;

Website: https://optom.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/optombangi
Instagram : www.instagram.com/optombangi

Catat Ulasan

0 Ulasan