OPTOM Eyecare Kedai Cermin Mata Bangi Bantu Selesaikan Masalah Mata Anak Anak Akibat Penggunaan Gajet

OPTOM Eyecare Kedai Cermin Mata Bangi Bantu Selesaikan Masalah Mata Anak Anak Akibat Penggunaan Gajet | Sekarang ni sekolah di tutup sementara bagi mengelakkan penularan Covid 19. Proses pembelajaran anak anak kembali di teruskan secara online menerusi kaedah PdPR.  Sejak pandemik Covid 19, pembelajaran secara online di laksanakan dan anak anak kita lebih terdedah dengan masalah mata akibat pengunaan gajet yang berlebihan. Penggunaan gajet seperti komputer, telefon pintar dan juga tablet adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sepanjang pembelajaran secara online berlangsung.  

Kedai cermin mata bangi, kesan buruk gajet pada mata, Optom Eyecare, Optom Bangi, optometris, cara penjagaan mata yang betul, pakar mata kanak kanak,

Kalau sebelum ni hanya hari minggu sahaja anak anak diberikan gajet tapi sekarang setiap hari bersekolah, anak anak akan menggunakan gajet bagi melancarkan pembelajaran secara online. Bayangkan berapa lama dalam seminggu anak anak kita menggunakan gajet yang boleh mengundang kepada masalah penglihatan.

Tahukah korang, sebagai ibu bapa kita perlu ambil cakna dengan lebih serius akan penggunaan gajet dan kesannya kepada mata anak anak kita. Pemantauan lebih teliti amat penting dan perlu dilaksanakan agar anak anak tidak berlebihan dalam menggunakan gajet. Ini kerana penggunaan gajet yang berlebihan boleh mempengaruhi kesihatan mata anak anak kita di kemudian hari. 

Kedai cermin mata bangi, kesan buruk gajet pada mata, Optom Eyecare, Optom Bangi, optometris, cara penjagaan mata yang betul, pakar mata kanak kanak,

Kesan Penggunaan Gajet Ke Atas Mata Anak Anak 


Banyak kesan yang akan berlaku pada mata anak anak kita jika penggunaan gajet secara berterusan tidak dapat di kawal dengan baik. 

Kedai cermin mata bangi, kesan buruk gajet pada mata, Optom Eyecare, Optom Bangi, optometris, cara penjagaan mata yang betul, pakar mata kanak kanak,

Penglihatan Kabur

Penurunan tahap penglihatan yang teruk menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda. 

Mata Kering

Kedudukan mata kanak kanak yang tidak sesuai semasa menggunakan gajet akan menyebabkan masalah mata kering dan mata menjadi mudah penat.

Peningkatan Myopia (Rabun Jauh)

Apabila anak anak melihat gajet pada jarak yang terlalu dekat secara berturut turut boleh menyebabkan masalah rabun. Ini kerana melihat gajet pada jarak dekat akan memberi lebih tekanan pada otot mata sekaligus menyebabkan rabun. 

Kerosakan Saraf Mata

Kerosakan saraf mata boleh berlaku akibat daripada pendedahan cahaya biru yang berlebihan dari skrin paparan gajet. 

Tips Mengurangkan Kesan Penggunaan Gajet Berlebihan Pada Mata Anak Anak


Kedai cermin mata bangi, kesan buruk gajet pada mata, Optom Eyecare, Optom Bangi, optometris, cara penjagaan mata yang betul, pakar mata kanak kanak,

Berikut KakYa senaraikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengurangkan kesan penggunaan gajet berlebihan pada mata anak anak. 

Kawal masa penggunaan gajet anak anak
- Kawal waktu penggunaan gajet anak anak sewaktu mereka tiada kelas online. Sewaktu kelas online pastikan selepas pembelajaran selesai mereka ada sedikit waktu untuk merehatkan mata yang kepenatan akibat menatap skrin gajet yang agak lama.

• Elakkan menggunakan gajet pada waktu malam
- Penggunaan gajet pada waktu malam menyebabkan kitaran waktu tidur anak anak berubah disebabkan sinaran cahaya biru yang berlebihan pada mata. 

Pastikan postur tubuh anak anak dalam keadaan yang betul ketika menggunakan gajet
- Elakkan anak anak kita menggunakan gajet dalam keadaan berbaring kerana jarak gajet akan menjadi terlalu dekat dengan mata dan bukaan kelopak mata akan menjadi lebih besar. Ini akan memudaratkan mata anak anak. 

Sebelum KakYa cerita mengenai langkah pencegahan dan rawatan awal bagi menangani masalah penglihatan anak anak, KakYa nak tanya sikit kat korang. Tahukah korang, membaca dalam gelap boleh merosakkan mata? 

Korang boleh dengar sendiri kupasan terperinci daripada Encik Lokman seorang Optometris di Optom Eyecare yang KakYa kongsikan kat sini. 


Dah tonton dan dengar video ni kan? KakYa harap korang dapat lebih maklumat berkenaan membaca dalam gelap boleh merosakkan mata? selepas dah tonton dan dengar sendiri video ini. Jadi pasni pastikan selepas ini jangan membaca guna telefon dalam gelap, okey? Tak pasal pasal mata rosak sebab membaca dan menggunakan telefon dalam gelap. 

Langkah Pencegahan Dan Rawatan Peringkat Awal Bagi Menangani Masalah Penglihatan Anak Anak

Ibu bapa seharusnya peka apabila anak anak mengadu mereka tidak selesa dengan mata mereka, maka langkah langkah pencegahan dan rawatan di peringkat awal perlu dilaksanakan agar masalah kesihatan mata anak anak tidak menjadi lebih teruk. 

Kedai cermin mata bangi, kesan buruk gajet pada mata, Optom Eyecare, Optom Bangi, optometris, cara penjagaan mata yang betul, pakar mata kanak kanak,

Jika anak anak kita mengadu mereka mengalami sakit kepala, sering menggosok mata, mata penat dan berair, sensitif pada cahaya, sering tidak menyiapkan kerja sekolah apabila kerja sekolah ditulis oleh guru di papan hitam, kerap meniru kawan sekelas berbanding menyalin apa yang ditulis pada papan hitam dan menonton televisyen pada jarak dekat. Ini adalah tanda anak kita sedang mengalami masalah penglihatan. Jadi sebagai ibu bapa jangan ambil mudah apabila ini berlaku pada anak anak kita. 

Cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila berlakunya masalah ini, ibu bapa perlu membawa anak anak  untuk membuat pemeriksaan mata dengan optometris yang bertauliah bagi memastikan mata anak anak dalam keadaan baik dan tidak bermasalah. Pemeriksaan menyeluruh optometris dapat mengenal pasti punca dan masalah mata anak anak kita. 

Optom Eyecare Kedai Cermin Mata Bangi Membantu Dalam Menyelesaikan Masalah Penglihatan Anak Anak Akibat Penggunaan Gajet


Kedai cermin mata bangi, kesan buruk gajet pada mata, Optom Eyecare, Optom Bangi, optometris, cara penjagaan mata yang betul, pakar mata kanak kanak,

Beberapa bulan yang lepas beberapa rakan blogger telah menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh di Optom Eyecare kedai cermin mata di Bangi. Menurut mereka, Optom Eyecare turut menyediakan khidmat pemeriksaan mata untuk kanak kanak juga. 

Kedai cermin mata bangi, kesan buruk gajet pada mata, Optom Eyecare, Optom Bangi, optometris, cara penjagaan mata yang betul, pakar mata kanak kanak,

Jadi, kalau anak anak korang duk mengadu tentang masalah mata diaorang, boleh lah bawa anak anak korang untuk buat pemeriksaan mata secara menyeluruh di Optom Eyecare Bangi. Kat Optom Eyecare Bangi tersedia pelbagai servis pemeriksaan untuk mata. Korang boleh baca tulisan KakYa pada entri ini Optom Bangi : Klinik Rawatan Khas Pemeriksaan Kesihatan Mata Dan Terapi Penglihatan .

Satu lagi korang tak perlu bimbang kerana Optom Eyecare mempunyai optometris bertauliah dan  berpengalaman luas dalam bidang mereka. Dengan penggunaan teknologi yang canggih dan perundingan pakar penglihatan kanak kanak  yang bertauliah, korang tak perlu risau lagi. Biar yang pakar uruskan untuk korang. 

KakYa pon kalau bukan musim PKP kat Malaysia sekarang ni, memang nak sangat terjah kat Optom Eyecare Bangi ni sebab teruja benor dengan servis yang disediakan. Bukan sekadar kedai cermin mata saja tapi turut menyediakan rawatan khas pemeriksaan mata dan terapi penglihatan juga. 

KakYa teruja sangat dengan servis pemeriksaan saraf mata yang ditawarkan. Memang sesuai sangat untuk bawa anak anak KakYa yang terlampau terdedah dengan penggunaan gajet sejak akhir akhir ini ke Optom Eyecare Bangi untuk pemeriksaan menyeluruh mata diaorang. InsyaAllah moga moga dapat pergi sana sedikit masa lagi. 

KakYa pasti korang pon macam KakYa jugak. Risau kalau anak anak ada masalah membabitkan penglihatan kan? Jadi sebelum masalah penglihatan anak anak korang menjadi bertambah serius korang boleh terjah ke Optom Eyecare Bangi kat alamat tertera di bawah.

Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)

Oh ya sebelum terlupa KakYa nak warwarkan pada korang berkenaan OPTOM GIVEAWAY. Haaa korang mesti teruja teruk nak join kan? Hadiah yang di tawarkan sangat sangat menarik iaitu cermin mata gelap untuk wanita. Untuk menyertai giveaway dan syarat syarat giveaway ini, korang boleh terus ke lamam instagram Optom Bangi. Good luck korang!

Kedai cermin mata bangi, kesan buruk gajet pada mata, Optom Eyecare, Optom Bangi, optometris, cara penjagaan mata yang betul, pakar mata kanak kanak,

Untuk sebarang pertanyaan mengenai servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh Optom Eyecare Bangi, sila layari laman tertera; 


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan