Cermin Mata Kanak Kanak Anti Blue Light Dari Optom Eyecare Pilihan Terbaik Ibubapa Untuk Anak Anak | Kebanyakan anak anak kita sekarang terdedah kepada telefon pintar, iPad, laptop dan juga televisyen untuk pembelajaran dan pendidikan mereka. Banyak masa mereka dihabiskan dengan peranti digital ini. Akif, anak bongsu KakYa tak terkecuali dalam hal ni. Al maklum lah sekarang ni pembelajaran secara PdPR, memang kena guna telefon pintar dan juga laptop. Maka, banyak masa dihabiskan berhadapan dengan skrin digital. Sepanjang PKP anak anak banyak terdedah dengan gajet. Sepertimana yang kita tahu kesan gajet berlebihan boleh merosakkan mata anak anak.
Sebagai ibubapa prihatin, KakYa perlu menitik beratkan penjagaan mata Akif agar tidak berlaku kerosakan pada mata. Ya la kan duk mengadap gajet jer setiap hari, hati ibu mana tak bimbang dengan mata anak. Opkos la KakYa bimbang. Bagi mengelakkan kesan buruk berlaku pada mata Akif, KakYa ambil langkah berjaga jaga dengan membelikan Akif cermin mata tanpa power dari Optom Bangi.
Tawaran Menarik Optom Eyecare
OPTOM EYECARE menawarkan cermin mata kanak kanak dengan ciri ciri berikut;
1. Material khas mudah lentur dan tahan.
Bingkai cermin mata khas mudah lentur dan tahan lasak adalah sangat sesuai untuk untuk kanak kanak aktif. Jenis mudah lentur dan tak mudah patah menjadikan ianya pilihan ibubapa untuk anak anak mereka. Sekarang ni tak macam dulu, dah banyak pilihan terbaik untuk anak anak. Hanya perlu pilih mana satau yang berkenan di hati.
2. Direka untuk rasa lebih ringan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak.
Yang ni memang bagus. Sesetengah cermin mata kanak kanak ni kan di reka tak sesuai untuk dioarang. Kekadang bila pakai anak anak rasa tak selesa dan tak suka nak pakai cermin mata.
Oleh kerana itu Optom Eyecare telah mereka cermin mata yang lebih ringan dan sesuai untuk aktiviti anak anak tak kira dalam rumah dan juga luar rumah. Anak anak akan lebih selesa menggunakan cermin mata dari Optom Eyecare kerana cermin mata yang digunakan terasa lebih ringan dan tak membebankan mereka.
3. Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal.
Kalau korang nak dapatkan cermin mata kanak kanak anti blue light ini, korang tak perlu risau bab fitting frame-face. Ini kerana fitting frame yang direka tidak mudah tertanggal dan kalau anak anak jenis yang lasak sekalipon masih tetap elok takde masalah bab fitting frame ni.
4. Kurangkan keletihan mata dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan.
Ini yang paling perlu ibubapa ambil cakna. Dengan pemakaian cermin mata anti blue light ini, mata anak anak akan terhalang dari sinaran blue light yang boleh merosakkan mata. Keletihan mata juga akan dapat diatasi dengan baik apabila anak anak menggunakan cermin mata anti blue light.
Amalan Senaman Mata Bagi Mengelakkan Masalah Penglihatan
Sekarang ni KakYa memang minta anak anak amalkan amalan senaman mata yang di kongsikan oleh Dr Redza Zainol melalui perkongsian yang di muat naik di channel telegram beliau. Amalan senaman mata ini elok sangat sangat untuk diamalkan bagi mengelak masalah penglihatan. Sama sama kita cuba senaman ini;
- Peraturan 20-20-20.
Caranya, untuk setiap 20 minit berhenti dan berehat melihat skrin tersebut. Kemudian minta anak kecil memandang tempat lain sejauh 6.1 meter (m) selama 20 saat.
Cara ini dapat memberi manfaat besar untuk mata yang sihat kerana peraturan itu dapat membantu merehatkan mata dan mengelak daripada mata terlalu penat.
- Fokus jauh dan dekat
Caranya, letakkan ibu jari pada jarak 20 sentimeter (sm) dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat. Selepas itu, pandang tempat yang 6.09m jauhnya selama 20 saat. Ulangi langkah tersebut beberapa kali.
Dapatkan Segera Cermin Mata Kanak Kanak Di Optom Eyecare
Selain daripada amalan senaman mata yang KakYa kongsikan kat atas, nasihat KakYa kat korang yang nak jaga mata anak anak sebelum berlaku kesan buruk yang tak diingini, boleh cuba dapatkan cermin mata tanpa power untuk anak anak korang di Optom Eyecare. Yes! Optom Eyecare menyediakan cermin mata tanpa power untuk anak anak bagi menangani masalah kesan buruk akibat penggunaan gajet pada mata anak anak.
Jangan lupa dapatkan cermin mata kanak kanak di Optom Eyecare hari ini juga.
www.instagram.com/optombangi
1 Ulasan
anak2 un memang pakai ni supaya mata terjaga, dah try 1 best, terus order lagi 2 unit, untuk sorang satu.
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.