Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi | Perkongsian muat turun video dari facebook yang akan KakYa kongsikan ini hanya untuk pengguna android sahaja. Jadi gang android sekalian boleh cuba cara ni nanti. Biasa kalau korang nak muat turun video dari facebook korang akan gunakan aplikasi kan? Sekarang ni macam macam aplikasi yang ada. Tapi kali ni KakYa nak kongsi kat korang tanpa apa apa aplikasi, korang masih boleh muat turun video yang korang suka ke galeri telefon pintar korang. Bagaimana cara untuk muat turun video dari facebook tanpa menggunakan aplikasi?
Caranya mudah jer. Mula mula sekali buka dulu facebook korang dan cari video mana satu yang korang nak muat turun. Dah jumpa video mana yang korang nak, klik pada tanda 3 titik kat sebelah kanan. Rujuk gambar kat bawah.
Ok dah klik 3 titik tu akan keluar gambar seperti kat bawah. Korang klik pada 'copy link' untuk salin link video yang korang pilih tadi.
Ok lepas tu korang masuk ke laman sesawang yang disenaraikan kat bawah ni. Pilih mana satu yang korang nak. KakYa biasa guna SaveFromDotNet.
Bila dah masuk kat website yang korang pilih, link yang korang copy kat facebook tadi sila tampal kat ruangan yang disediakan. Dah tampal link nanti akan keluar video yang korang nak muat turun dan korang boleh terus klik download.
Dah settle download, video tu nanti akan muncul kat galeri telefon pintar korang. Apa susah, sekarang semua mudah. Tinggal rajin dengan malas jer. Jangan cakap kakak tak ajar. Kakak dah bebetul bagi ajaran ni. Ikut jer step satu persatu. Jadilaaaa nanti tu.
Ok ini saja tutorial muat turn video dari facebook tanpa menggunakan apa apa aplikasi. Camne boleh jadi keluar entri tutorial macam ni. Ok KakYa citer sikit la. Sebenarnya KakYa ada muat naik satu video kat instagram dan ada yang DM tanya 'Akak camne akak muat turun video ni ya (merujuk video yang KakYa upload kat instagram). Boleh ajar tak camne cara nak download sebab saya nak download tapi takde butang download kat situ kak ' .
Ok makanya harini terjadilah jugak tunjuk ajar aka tutorial ni dan mood KakYa pulak rajin terlebih. Dah alang alang tolong ajar si dia yang bertanya terusla KakYa up satu entri kat blog. Opkoss la buat entri, kata blogger. Kena la rajin karang cerita. Tak gitu !!! Angkat bakul pegi jemur kain weyhhhh ...
22 Ulasan
good sharing k.ya..:)
BalasPadamgood info kak. boleh cuba
BalasPadamPernah buat macam ni dulu masa nak download video kat fb. Memang tak oayah nak guna aplikasi
BalasPadamPerkongsian penuh kasih sayang ni. Memang amat-amat berguna untuk mereka yang tercari panduan.
BalasPadamTq tq tq.
BalasPadamBefore this aida just share agar kekal dlm simpanan fb aida.
Better like this kan.
Terus ke phone.
wah baru tahu, terima kasih lya kongsikan cara-cara ni... bolehlah simpan video lepas nih
BalasPadamTercari2 juga cara macam mana nak save atau download video dari FB kat henpon. Lega dah tahu caranya macammana. TQ Kak Ya
BalasPadamSelama ni tertanya-tanya macam manalah nak download dari fb.
BalasPadamKalau dari video orang kat ig tu, taulah.
Tq kak ya share. Lepas ni mudah dah. Lepas dah download, bolehlah kita share di status/group whatsApp pulak kan ☺️
thanks sharing tips to save video. Mouse mommy also loves to share photos and videos in facebook and instagram. Check me out @wuikathy !
BalasPadamSenang kan xberat fon nk kena download apps..nie save trus dari savefrom.net. thanks info..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Yup dulu terkial kial jugaklah dok bega mcm mana nak save video dr fb kat phone ni. Bila dh tau..ok lah senang gak le nak buat..
BalasPadamCara ni boleh guna dkt hp jenis android je. Iphone memang tk boleh 😅. Apple kedekut sikit
BalasPadamAlways do this whenever I want that video.. so convenient now
BalasPadamWah senang dah bila tahu cara. Lps ni kalau nak download video dah tahu cara
BalasPadamTq share. Sebelum ni nak download tapi tak tahu macam mana caranya.
BalasPadamYeyyy tq for share, mudah sikit nak download, nak pakai app leceh
BalasPadamRajin kak ya share tutorial ni. bagus boleh bantu orang lain yang nak download video direct dari fb. next nak tutorial lain plak yer...hehe
BalasPadamthank you share kak lya. baru tahu ni. sebab banyak jugak vid dkt fb yg best2 :)
BalasPadamNice, I didn't know I can download videos from Facebook usually from YouTube jer
BalasPadamKita pun selalu guna savefrom tu, mmg dah lama guna. Ada plugin kat laptop pun sekali.
BalasPadamwah.. terima kasih sudi kongsikan tips dan cara ni.. tak perlu lagi download apps dah kan.. mudah sekarang ni.. hehehe
BalasPadamNice sharing. Thank you
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.