Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi | Perkongsian muat turun video dari facebook yang akan KakYa kongsikan ini hanya untuk pengguna android sahaja. Jadi gang android sekalian boleh cuba cara ni nanti. Biasa kalau korang nak muat turun video dari facebook korang akan gunakan aplikasi kan? Sekarang ni macam macam aplikasi yang ada. Tapi kali ni KakYa nak kongsi kat korang tanpa apa apa aplikasi, korang masih boleh muat turun video yang korang suka ke galeri telefon pintar korang. Bagaimana cara untuk muat turun video dari facebook tanpa menggunakan aplikasi

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi, Fb Download, Cara Download Video Dari Fb, Download Video From Facebook, Fast Facebook Video Downloader, Cara Download Video Dari Fb Guna Handphone

Caranya mudah jer. Mula mula sekali buka  dulu facebook korang dan cari video mana satu yang korang nak muat turun. Dah jumpa video mana yang korang nak, klik pada tanda 3 titik kat sebelah kanan. Rujuk gambar kat bawah. 

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi, Fb Download, Cara Download Video Dari Fb, Download Video From Facebook, Fast Facebook Video Downloader, Cara Download Video Dari Fb Guna Handphone

Ok dah klik 3 titik tu akan keluar gambar seperti kat bawah. Korang klik pada 'copy link' untuk salin link video yang korang pilih tadi.

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi, Fb Download, Cara Download Video Dari Fb, Download Video From Facebook, Fast Facebook Video Downloader, Cara Download Video Dari Fb Guna Handphone

Ok lepas tu korang masuk ke laman sesawang yang disenaraikan kat bawah ni. Pilih mana satu yang korang nak. KakYa biasa guna SaveFromDotNet. 


Bila dah masuk kat website yang korang pilih, link yang korang copy kat facebook tadi sila tampal kat ruangan yang disediakan. Dah tampal link nanti akan keluar video yang korang nak muat turun dan korang boleh terus klik download. 

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi, Fb Download, Cara Download Video Dari Fb, Download Video From Facebook, Fast Facebook Video Downloader, Cara Download Video Dari Fb Guna Handphone

Dah settle download, video tu nanti akan muncul kat galeri telefon pintar korang. Apa susah, sekarang semua mudah. Tinggal rajin dengan malas jer. Jangan cakap kakak tak ajar. Kakak dah bebetul bagi ajaran ni. Ikut jer step satu persatu. Jadilaaaa nanti tu. 

Ok ini saja tutorial muat turn video dari facebook tanpa menggunakan apa apa aplikasi. Camne boleh jadi keluar entri tutorial macam ni. Ok KakYa citer sikit la. Sebenarnya KakYa ada muat naik satu video kat instagram dan ada yang DM tanya 'Akak camne akak muat turun video ni ya (merujuk video yang KakYa upload kat instagram). Boleh ajar tak camne cara nak download sebab saya nak download tapi takde butang download kat situ kak '

Ok makanya harini terjadilah jugak tunjuk ajar aka tutorial ni dan mood KakYa pulak rajin terlebih. Dah alang alang tolong ajar si dia yang bertanya terusla KakYa up satu entri kat blog. Opkoss la buat entri, kata blogger. Kena la rajin karang cerita. Tak gitu !!! Angkat bakul pegi jemur kain weyhhhh ...

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Pernah buat macam ni dulu masa nak download video kat fb. Memang tak oayah nak guna aplikasi

    BalasPadam
  2. Perkongsian penuh kasih sayang ni. Memang amat-amat berguna untuk mereka yang tercari panduan.

    BalasPadam
  3. Tq tq tq.
    Before this aida just share agar kekal dlm simpanan fb aida.
    Better like this kan.
    Terus ke phone.

    BalasPadam
  4. wah baru tahu, terima kasih lya kongsikan cara-cara ni... bolehlah simpan video lepas nih

    BalasPadam
  5. Tercari2 juga cara macam mana nak save atau download video dari FB kat henpon. Lega dah tahu caranya macammana. TQ Kak Ya

    BalasPadam
  6. Selama ni tertanya-tanya macam manalah nak download dari fb.

    Kalau dari video orang kat ig tu, taulah.

    Tq kak ya share. Lepas ni mudah dah. Lepas dah download, bolehlah kita share di status/group whatsApp pulak kan ☺️

    BalasPadam
  7. thanks sharing tips to save video. Mouse mommy also loves to share photos and videos in facebook and instagram. Check me out @wuikathy !

    BalasPadam
  8. Senang kan xberat fon nk kena download apps..nie save trus dari savefrom.net. thanks info..

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas perkongsian. Yup dulu terkial kial jugaklah dok bega mcm mana nak save video dr fb kat phone ni. Bila dh tau..ok lah senang gak le nak buat..

    BalasPadam
  10. Cara ni boleh guna dkt hp jenis android je. Iphone memang tk boleh 😅. Apple kedekut sikit

    BalasPadam
  11. Always do this whenever I want that video.. so convenient now

    BalasPadam
  12. Wah senang dah bila tahu cara. Lps ni kalau nak download video dah tahu cara

    BalasPadam
  13. Tq share. Sebelum ni nak download tapi tak tahu macam mana caranya.

    BalasPadam
  14. Yeyyy tq for share, mudah sikit nak download, nak pakai app leceh

    BalasPadam
  15. Rajin kak ya share tutorial ni. bagus boleh bantu orang lain yang nak download video direct dari fb. next nak tutorial lain plak yer...hehe

    BalasPadam
  16. thank you share kak lya. baru tahu ni. sebab banyak jugak vid dkt fb yg best2 :)

    BalasPadam
  17. Nice, I didn't know I can download videos from Facebook usually from YouTube jer

    BalasPadam
  18. Kita pun selalu guna savefrom tu, mmg dah lama guna. Ada plugin kat laptop pun sekali.

    BalasPadam
  19. wah.. terima kasih sudi kongsikan tips dan cara ni.. tak perlu lagi download apps dah kan.. mudah sekarang ni.. hehehe

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.