Tabung Haji Tabung Simpanan Terbaik Untuk Anak Anak | Alhamdulillah raya dah lama abih .. Duit raya anak anak yang orang bagi sepanjang musim raya kali ni dah selamat En Hubby masukkan ke akaun Tabung Haji anak anak . Semua duit raya anak anak telah selamat masuk akaun Tabung Haji . Alhamdulillah terima kasih atas rezeki duit raya yang diberikan untuk anak anak . Syukur selalu . Anak anak KakYa sejak dioarang kecik lagi KakYa dan En Hubby memang dah sediakan buku simpanan Tabung Haji untuk simpan duit dioarang . Sejak diaorang baby lagi memang kami dah simpan duit diaorang kat Tabung Haji .
Tahun ni duit raya yang diaorang dapat dalam RM300 lebih sorang . Alang alang nak pegi simpan kat Tabung Haji , KakYa kirakan sekali duit tabungan harian diaorang yang belum sempat simpan . Jadi setelah di kira dan di tolak semua sekali dapatla RM400 sorang simpan kat Tabung Haji kali ni . Alhamdulillah syukur sangat sangat sebab anak anak KakYa ni memang suka simpan duit lebih belanja sekolah . Dioarang akan simpan paling banyak rm1 sehari . Paling sikit 50 sen sehari . Boleh la buat simpanan untuk diaorang bila dah cukup masa menyimpan . Cukup bulan En Hubby akan tambah jer sikit lagi bagi cukupkan quota simpanan anak anak .
Tabung Simpanan Terbaik Untuk Anak Anak
Tabung simpanan terbaik untuk anak anak KakYa pastinya Tabung Haji . Pilihan hati KakYa dan En Hubby untuk simpanan anak anak . Kenapa KakYa pilih Tabung Haji untuk simpan duit anak anak ?
Oh kalau tanya kenapa KakYa pilih Tabung Haji untuk simpan duit anak anak , sebab utama banyak kelebihan yang disediakan pihak Tabung Haji antaranya patuh syariah , konsisten dividen , zakat dan dividen sudah ditolak terus dan boleh dijadikan sebagai simpanan menunaikan haji anak-anak dan juga simpanan tetap untuk mereka . Yang penting mak ayah jangan gatal gatal tangan nak keluarkan duit anak anak . Setakat ni alhamdulillah akaun Tabung Haji anak anak KakYa belum lagi terusik sejak menyimpan untuk diaorang .
Oh kalau tanya kenapa KakYa pilih Tabung Haji untuk simpan duit anak anak , sebab utama banyak kelebihan yang disediakan pihak Tabung Haji antaranya patuh syariah , konsisten dividen , zakat dan dividen sudah ditolak terus dan boleh dijadikan sebagai simpanan menunaikan haji anak-anak dan juga simpanan tetap untuk mereka . Yang penting mak ayah jangan gatal gatal tangan nak keluarkan duit anak anak . Setakat ni alhamdulillah akaun Tabung Haji anak anak KakYa belum lagi terusik sejak menyimpan untuk diaorang .
Bab bab menyimpan ni kita sebagai ibubapa perlu terapkan nilai murni untuk mereka menyimpan dan berjimat cermat kepada anak anak kita . Kalau bukan kita yang ajar anak anak benda ni semua , macam mana anak anak nak belajar menyimpan .
Bila mereka tengok usaha kita menyimpan untuk mereka , kita galakkanlah mereka menabung dan jangan membazir . Lama lama tabiaat menyimpan dalam diri mereka akan bertambah kuat dan akan jadi satu amalan buat mereka untuk menyimpan sampai bila bila . InsyaAllah anak anak Umi boleh . Yakin boleh !
Korang dah simpan ke duit raya anak anak . Simpan kat mana ? Tabung Haji jugak ke . Meh ler kongsi kat sini . KakYa nak tau jugak ..
8 Ulasan
Alhamdulillah. kesemua anak abam kie memiliki akaun tabung haji sejak bayi lagi..
BalasPadamassalamualaikum sist..
BalasPadammakasih artikelnya sangat menarik sekali, bagi saya pribadi sangat memotivasi sekali.
bagus.. buat awal x kalut.. hehehe
BalasPadamsaya pun tabung haji juga
BalasPadamMemang bagus tu, cukup duitnya terus daftar haji tak la tunggu turn lama sangat nanti
BalasPadamMemang bagus buka awal2 acc tabung haji ni..tq sharing 😍
BalasPadamsaya pun masuk TH
BalasPadamwahh bagus buat awal awal hehe
BalasPadamhttp://www.cikfira.com/
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.