Tabung Haji Tabung Simpanan Terbaik Untuk Anak Anak

Tabung Haji Tabung Simpanan Terbaik Untuk Anak Anak | Alhamdulillah raya dah lama abih .. Duit raya anak anak yang orang bagi sepanjang musim raya kali ni dah selamat En Hubby masukkan ke akaun Tabung Haji anak anak . Semua duit raya anak anak telah selamat masuk akaun Tabung Haji .  Alhamdulillah terima kasih atas rezeki duit raya yang diberikan untuk anak anak . Syukur selalu .  Anak anak KakYa sejak dioarang kecik lagi KakYa dan En Hubby memang dah sediakan buku simpanan Tabung Haji untuk simpan duit dioarang . Sejak diaorang baby lagi memang kami dah simpan duit diaorang kat Tabung Haji .


Tahun ni duit raya yang diaorang dapat dalam RM300 lebih sorang . Alang alang nak pegi simpan kat Tabung Haji , KakYa kirakan sekali duit tabungan harian diaorang yang belum sempat simpan . Jadi setelah di kira dan di tolak semua sekali  dapatla RM400 sorang simpan kat Tabung Haji kali ni . Alhamdulillah syukur sangat sangat sebab anak anak KakYa ni memang suka simpan duit lebih belanja sekolah . Dioarang akan simpan paling banyak rm1 sehari . Paling sikit 50 sen sehari . Boleh la buat simpanan untuk diaorang bila dah cukup masa menyimpan . Cukup bulan En Hubby akan tambah jer sikit lagi bagi cukupkan quota simpanan anak anak . 


Tabung Simpanan Terbaik Untuk Anak Anak 

Tabung simpanan terbaik untuk anak anak KakYa  pastinya Tabung Haji . Pilihan hati KakYa dan En Hubby untuk simpanan anak anak . Kenapa KakYa pilih Tabung Haji untuk simpan duit anak anak ?

Oh kalau tanya kenapa KakYa pilih Tabung Haji untuk simpan duit anak anak  , sebab utama banyak kelebihan yang disediakan pihak Tabung Haji antaranya patuh syariah , konsisten dividen , zakat dan dividen sudah  ditolak terus dan boleh dijadikan sebagai  simpanan menunaikan haji anak-anak dan juga simpanan tetap untuk mereka . Yang penting mak ayah jangan gatal gatal tangan nak keluarkan duit anak anak . Setakat ni alhamdulillah akaun Tabung Haji anak anak KakYa belum lagi terusik sejak menyimpan untuk diaorang .


Bab bab menyimpan ni kita sebagai ibubapa perlu terapkan nilai murni untuk mereka menyimpan dan berjimat cermat kepada anak anak kita . Kalau bukan kita yang ajar anak anak benda ni semua , macam mana anak anak nak belajar menyimpan .

Bila mereka tengok usaha kita menyimpan untuk mereka , kita galakkanlah mereka menabung  dan jangan membazir . Lama lama tabiaat menyimpan dalam diri mereka akan bertambah kuat dan akan jadi satu amalan buat mereka untuk menyimpan sampai bila bila . InsyaAllah anak anak Umi boleh . Yakin boleh !

Korang dah simpan ke duit raya anak anak . Simpan kat mana ? Tabung Haji jugak ke . Meh ler kongsi kat sini . KakYa nak tau jugak ..

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulillah. kesemua anak abam kie memiliki akaun tabung haji sejak bayi lagi..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum sist..
    makasih artikelnya sangat menarik sekali, bagi saya pribadi sangat memotivasi sekali.

    BalasPadam
  3. bagus.. buat awal x kalut.. hehehe

    BalasPadam
  4. Memang bagus tu, cukup duitnya terus daftar haji tak la tunggu turn lama sangat nanti

    BalasPadam
  5. Memang bagus buka awal2 acc tabung haji ni..tq sharing 😍

    BalasPadam
  6. wahh bagus buat awal awal hehe

    http://www.cikfira.com/

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.