Cik Manggis Yang Jujur Bukan Cik Epal Mahupun Cik Mangga | Hitam hitam si tampuk manggis . Isi kat dalam putih manis . Sekarang ni kan musim durian , biasanya bila musim durian akan ada la buah manggis sebab dedua ni kawan rapat . Takle pisah pisah , time durian ada adalah Cik Manggis duk menempel . Ibarat isi dengan kuku nak tepat lagi aur dengan tebing . Hahaha sama jer peribahasa tu , maksud dia rapat laaaa . Korang duk buat apa tu ? Tengah layan  manggis ke tu ? 

Nah buah manggis untuk di tonton . Sikit sangat takle nak bagi sorang satu . Tonton udah la yer .

Petang ni KakYa nak bagitau kat korang satu fakta menarik mengenai Cik Manggis bukan Cik Epal bukan Cik Mangga maupon Cik Durian . Tapi Cik Manggis okey ! Korang dah tahu ke belum . Kalau dah tahu buat buat belum tahu la ya . Baru excited KakYa nak bagitau . Hehehe ...

Cik Manggis adalah buah yang paling jujur di muka bumi Allah ini . Uikss jujur nau Cik Manggis , kenapa ya ? Ini kerana Cik Manggis  tidak pernah menipu manusia tentang berapa ulas isi di dalamnya .  Cewahh jujur gituuuu ! Tak pernah menipu kau tahuuu !! 

Nak tau tak kenapa ?  Cik Manggis ni kan , kita boleh tahu jumlah ulas dia hanya melihat pada tampuknya sahaja . Tengok tampuk jer dah tahu berapa ulas isi kat dalam .

Ni ha tampuk manggis . Kira jer berapa kelopak bunga yang ada kat bawah tu .

Kat mana tampuk Cik Manggis ? Tampuk yang berbentuk bunga duk kat bawah . Jadi sebelum korang kopek buah manggis tu , kira dulu berapa kelopak bunga yang ada . Jumlah kelopak bunga tu la jumlah sebenar berapa ulas isi manggis kat dalam tu . 

Tak caya cer try kira dulu kelopak kat bawah Cik Manggis tu pastu kopek la Cik Manggis tu tengok betul ke idok ? Tu jer la nak gitau . Saja suka suka nak share walaupon ramai yang tahu . Ke ada lagi yang tatau .. 

Setakat yang ada dalam mangkuk ni semua betul . Kalau kelopaknya 7 makanya 7 ulas isi Cik Manggis kat dalam tu . 

Kenapa buat entri pasal Cik Manggis tetiba ni KakYa ?? .. Baru baru ni anak sulung KakYa , Insyirah balik rymah dari asrama .. Dia tanya kat abah dia " Abah tau tak kita boleh tahu berapa ulas manggis hanya tengok tampuk bawah dia jer , abah tau ke tak ni ? .. "  Abah dia angguk jer . Tau la tu kan kalau dah angguk angguk lagu tu . Pastu Insyirah cakap la " kakak baru tahu , selama ni makan jer takde la nak kira kira kelopak bagai . Pasni kakak carik kelopak paling banyak la hahahah " . Yo la kakak . Carikla nak oii .. Excited dia bila dah tahu ..