Cik Manggis Yang Jujur Bukan Cik Epal Mahupun Cik Mangga

Cik Manggis Yang Jujur Bukan Cik Epal Mahupun Cik Mangga | Hitam hitam si tampuk manggis . Isi kat dalam putih manis . Sekarang ni kan musim durian , biasanya bila musim durian akan ada la buah manggis sebab dedua ni kawan rapat . Takle pisah pisah , time durian ada adalah Cik Manggis duk menempel . Ibarat isi dengan kuku nak tepat lagi aur dengan tebing . Hahaha sama jer peribahasa tu , maksud dia rapat laaaa . Korang duk buat apa tu ? Tengah layan  manggis ke tu ? 

Nah buah manggis untuk di tonton . Sikit sangat takle nak bagi sorang satu . Tonton udah la yer .

Petang ni KakYa nak bagitau kat korang satu fakta menarik mengenai Cik Manggis bukan Cik Epal bukan Cik Mangga maupon Cik Durian . Tapi Cik Manggis okey ! Korang dah tahu ke belum . Kalau dah tahu buat buat belum tahu la ya . Baru excited KakYa nak bagitau . Hehehe ...

Cik Manggis adalah buah yang paling jujur di muka bumi Allah ini . Uikss jujur nau Cik Manggis , kenapa ya ? Ini kerana Cik Manggis  tidak pernah menipu manusia tentang berapa ulas isi di dalamnya .  Cewahh jujur gituuuu ! Tak pernah menipu kau tahuuu !! 

Nak tau tak kenapa ?  Cik Manggis ni kan , kita boleh tahu jumlah ulas dia hanya melihat pada tampuknya sahaja . Tengok tampuk jer dah tahu berapa ulas isi kat dalam .

Ni ha tampuk manggis . Kira jer berapa kelopak bunga yang ada kat bawah tu .

Kat mana tampuk Cik Manggis ? Tampuk yang berbentuk bunga duk kat bawah . Jadi sebelum korang kopek buah manggis tu , kira dulu berapa kelopak bunga yang ada . Jumlah kelopak bunga tu la jumlah sebenar berapa ulas isi manggis kat dalam tu . 

Tak caya cer try kira dulu kelopak kat bawah Cik Manggis tu pastu kopek la Cik Manggis tu tengok betul ke idok ? Tu jer la nak gitau . Saja suka suka nak share walaupon ramai yang tahu . Ke ada lagi yang tatau .. 

Setakat yang ada dalam mangkuk ni semua betul . Kalau kelopaknya 7 makanya 7 ulas isi Cik Manggis kat dalam tu . 

Kenapa buat entri pasal Cik Manggis tetiba ni KakYa ?? .. Baru baru ni anak sulung KakYa , Insyirah balik rymah dari asrama .. Dia tanya kat abah dia " Abah tau tak kita boleh tahu berapa ulas manggis hanya tengok tampuk bawah dia jer , abah tau ke tak ni ? .. "  Abah dia angguk jer . Tau la tu kan kalau dah angguk angguk lagu tu . Pastu Insyirah cakap la " kakak baru tahu , selama ni makan jer takde la nak kira kira kelopak bagai . Pasni kakak carik kelopak paling banyak la hahahah " . Yo la kakak . Carikla nak oii .. Excited dia bila dah tahu .. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. sedapnya, belum beli lagi manggis

    BalasPadam
  2. Selalu dulu PC jadi mangsa gurauan penipuan abang2 sepupu...bila ada musim manggis mesti dia org pilih dulu....yang besar2..sebab tengok tampuk bawahnya tu...arwah nenek ada bagitahu...part PC yang coet je...bila PC dah tau rahsianya....hahahuhuhehe..

    BalasPadam
  3. untung2 boleh jumpa manggis yang ada 10 kelopak :D

    BalasPadam
  4. lama dah ray x jmpe manggis.

    BalasPadam
  5. Fuh dah lama tak makan manggis, asyik mangga ja

    BalasPadam
  6. hahahahah dulu kalau kait kat pokok suka pilih hok banyak ulas,baloh sokmo nga adik hehhe...kenangan blako,tak dok kebun doh kito sob sobs

    BalasPadam
  7. Sedapnya manggis. Favourite sangat, sampai Sha boleh makan 2kg je sorang-sorang 😂

    BalasPadam
  8. dulu selalu pekena orang yg tak tahu pasal ni.. semua pakat heran macam mana kita tahu bilangan ulas manggis dalam tu. sebab diorg ingat kita kira yang hijau kat atas tu tapi yang tu salah.. hahaha

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.