❤ Pendaftaran Pra Sekolah / Sekolah 2015 - Sek Keb Seri Geliga ❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


1.1.2015 adalah tarikh pendaftaran untuk sesi persekolahan 2015.Lya dan juga En Hubby sama2 ke sekolah anak2 untuk proses pendaftaran persekolahan bagi sesi 2015.Mula2 sekali Lya selesaikan dahulu proses pembayaran yuran dan pelbagai untuk Iman dan juga Insyirah.

Bayaran yang perlu Lya bayar untuk Insyirah berjumlah RM83.80 bagi buku kerja,pkg dan juga buku nilam manakala RM 32.20 untuk buku tulis sekolah bagi tahun 5.Untuk Iman pula bayaran yang telah dilangsaikan berjumlah RM56.10 dan juga RM 18.50 untuk buku tulis sekolah bagi tahun 2.Alhamdulillah selesai untuk Kakak Insyirah dan juga Abang Iman.

Untuk pendaftaran Akif ..Proses penbdaftaran berjalan agak lewat..Sekitar jam 10 pagi baru majlis berjalan.Ibubapa perlu mengikuti satu taklimat ringkas bersama guru besar dan juga guru2 Pra Sekolah.Antara topik penting yang di bincangkan bersama ibubapa yang terlibat termasuk :

- Peraturan Pra Sekolah SKSG
- Rancangan Aktiviti PraSekolah SKSG 2015
- Pencapaian PraSekolah SKSG 
- Perlantikan Jawatankuasa PEWARIS PraSekolah SKSG
- Pendaftaran PraSekolah SKSG 2015

Majlis berakhir jam 11:30 pagi.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua berpuas hati dengan setiap penerangan dan perancangan yang telah diatur untuk anak2 PraSekolah 2015.

Selesai semua taklimat,Lya bawa Akif untuk sesi pendaftaran dan penentuan kelas PraSekolah 2015.Akif dapat kelas Ibnu Khaldun di bawah bimbingan Cikgu kelas Puan Atillah Maliki.Untuk yuran pendaftaran pula Lya perlu bayar RM 190.00 bagi semua keperluan dan kelengkapan Akif  untuk tahun 2015.

Jumlah keseluruhan yang Lya perlu bayar untuk sesi 2015 ialah RM372.60 ..Alhamdulillah syukur,selesai urusan pendaftaran sekolah anak2.

Sebelum balik..Aktiviti wajib Akif semestinya BERGAMBAR !!! Sempat jugak la Umi Akif snap beberapa keping gambar Akif masa hari pendaftaran..






Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. Akif terbaik jadi model sekolah tu...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..settle semuanya..:)

    BalasPadam
  3. nanti belajar rajin rajin okayy akif :D

    BalasPadam
  4. Hehehehe. Muka tersenyum masuk sekolah. Hehehehe

    BalasPadam
  5. smart la rambut Akiff... nampak die lbh bsr dr usia sbnr... selamat ber school... :)

    BalasPadam
  6. selamat menempuh alam persekolahan akif...^_^

    BalasPadam
  7. Wahh... musim persekolahan dah semakin hampir... semoga segalanya berjalan lancar.. salam ceria buat Akif.. :) :)

    BalasPadam
  8. amboi.. abang hensem ni.. kemain dia bergaya ye.. hihi

    BalasPadam
  9. heee...kejap je kan dah nak masuk sekolah ehhe

    BalasPadam
  10. jrang2 tengok gambar kakak dengan abang nya tu..hehehe..rupanya anak pertama tu dah darjah 5 ye..dah besar2 rupanya,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..kkk dgn abg tak berapa suka sgt bergambar..sesekali jer ..klau snap gambar pon takde la mcm Akif yg mmg kaki bergambar..

      Padam
  11. dah masuk sekolah dah pun....gambar kat header tu dia kan?
    Kecik je lagi time tuuu....skrg dah besar pjg....

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah selesai lega rasanya kan kak

    BalasPadam
  13. wah perbelanjaan anak seharian juga perlu dimasukkan dalam buku perbelanjaan.
    Cik puteri lambat lagi.

    Makin segak anak teruna ni....

    BalasPadam
  14. budak cute nak masuk sekolah da,,,,gud luck

    BalasPadam
  15. ensem aihh akif...
    belajar rajin2 taw

    BalasPadam
  16. Selalunya saya yang uruskan persekolahan anak.
    Tapi, memandangkan asben masih MC saya mintak tolong die slow-slow pi taska anak so takyahlah saya buang cuti semata-mata untuk pendaftaran.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.