Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


1.1.2015 adalah tarikh pendaftaran untuk sesi persekolahan 2015.Lya dan juga En Hubby sama2 ke sekolah anak2 untuk proses pendaftaran persekolahan bagi sesi 2015.Mula2 sekali Lya selesaikan dahulu proses pembayaran yuran dan pelbagai untuk Iman dan juga Insyirah.

Bayaran yang perlu Lya bayar untuk Insyirah berjumlah RM83.80 bagi buku kerja,pkg dan juga buku nilam manakala RM 32.20 untuk buku tulis sekolah bagi tahun 5.Untuk Iman pula bayaran yang telah dilangsaikan berjumlah RM56.10 dan juga RM 18.50 untuk buku tulis sekolah bagi tahun 2.Alhamdulillah selesai untuk Kakak Insyirah dan juga Abang Iman.

Untuk pendaftaran Akif ..Proses penbdaftaran berjalan agak lewat..Sekitar jam 10 pagi baru majlis berjalan.Ibubapa perlu mengikuti satu taklimat ringkas bersama guru besar dan juga guru2 Pra Sekolah.Antara topik penting yang di bincangkan bersama ibubapa yang terlibat termasuk :

- Peraturan Pra Sekolah SKSG
- Rancangan Aktiviti PraSekolah SKSG 2015
- Pencapaian PraSekolah SKSG 
- Perlantikan Jawatankuasa PEWARIS PraSekolah SKSG
- Pendaftaran PraSekolah SKSG 2015

Majlis berakhir jam 11:30 pagi.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua berpuas hati dengan setiap penerangan dan perancangan yang telah diatur untuk anak2 PraSekolah 2015.

Selesai semua taklimat,Lya bawa Akif untuk sesi pendaftaran dan penentuan kelas PraSekolah 2015.Akif dapat kelas Ibnu Khaldun di bawah bimbingan Cikgu kelas Puan Atillah Maliki.Untuk yuran pendaftaran pula Lya perlu bayar RM 190.00 bagi semua keperluan dan kelengkapan Akif  untuk tahun 2015.

Jumlah keseluruhan yang Lya perlu bayar untuk sesi 2015 ialah RM372.60 ..Alhamdulillah syukur,selesai urusan pendaftaran sekolah anak2.

Sebelum balik..Aktiviti wajib Akif semestinya BERGAMBAR !!! Sempat jugak la Umi Akif snap beberapa keping gambar Akif masa hari pendaftaran..