Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..
Sumber Gambar : Mr Google |
Apa Itu Keracunan Makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau
minuman yang tercemar.
Apakah Tanda Dan Gejala Keracunan Makanan?
• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala
• Keletihan
Apakah Kesan (komplikasi) Daripada Keracunan Makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
Apakah Yang Menyebabkan Terjadinya Keracunan Makanan?
Antara Sebab Terjadinya Keracunan Makanan Adalah :
- Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
- Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
- Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan
bersama dengan makanan yang telah dimasak).
- Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
- Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum
dimasak.
- Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
- Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan
makanan.
Bagaimana Untuk Mengelakkan Keracunan Makanan?
Cara-Cara Untuk Mengelakkan Keracunan Makanan :
- Sentiasa menjaga kebersihan
- Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
- Basuh tangan selepas keluar dari tandas
- Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk
menyediakan makanan
- Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan
haiwan-haiwan yang lain
- Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
- Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk
penyediaan makanan yang belum dimasak
- Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas
yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
- Sentiasa masak dengan sempurna
- Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan
makanan laut
- Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
- Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi
didalam peti sejuk / peti sejuk beku
- Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
- Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang
dibotolkan/berbungkus.
- Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan
mentah (ulam, salad)
- Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
- Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
- Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Mengalami Keracunan Makanan?
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Ikut nasihat doktor
• Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
• Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
• Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Sumber : Mr Google
14 Ulasan
Lya lebih senang msk sendiri d umah klau membeli pun tgk org yg jual juga
BalasPadambahaya keracunan makanan ni lagi-lagi bulan puasa ni...
BalasPadamGood info... thanks.
BalasPadamp/s : done follow u.. visit me back ya.. ;-)
berhati-hati ketika memilih dan memasak mknn... walaupun kt rumah sndiri keracunan ttp boleh terjadi...
BalasPadamThanks k.Lya. Share info berguna. Ary tu anak murid ana pun kene gak cenni. Mula2 tu x syak sgt. Pastu tgk dia muntah tibe2 yg xleh di tahan, terus bawak gi klinik. Mujur bawak klinik cepat2.
BalasPadamtu yang takut kalau kena keracunan makanan nie..especially bila berpuasa ni,juadah kebanyakkan beli kat luar
BalasPadamKeracunan makanan nie bahaya kan... Kita kena hati2 memilih makanan ;)
BalasPadamTerima kasih atas tips ini Kak Lya
BalasPadamanis baru2 nie kena keracunan kak lya.. dh dua hari tak boleh puasa.. :( hurmm..
BalasPadamnie pun rasa memulas perut...akibat makan sahur nasi goreng cili padi...aduhai....
BalasPadamgood sharing kak lya.. mmg kena ambek berat pasal hal ni kan..
BalasPadamTakut juga nk beli mknn kat bazar ramadhan ..byk kes keracunan mknn melibatkan bazar ramadhan.. :(
BalasPadamkebersihan dlm penyediaan makanan paling penting..
BalasPadambahaya betul keracunan makanan ni kan..kena hati hati memilih makanan kat luar tu.
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.