Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

Sumber Gambar : Mr Google 

Apa Itu Keracunan Makanan?


Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau 
minuman yang tercemar.

Apakah Tanda Dan Gejala Keracunan Makanan?


• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala
• Keletihan

Apakah Kesan (komplikasi) Daripada Keracunan Makanan?


Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Apakah Yang Menyebabkan Terjadinya Keracunan Makanan?


Antara Sebab Terjadinya Keracunan Makanan Adalah :


- Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
- Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
- Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan 
bersama dengan makanan yang telah dimasak).
- Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
- Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum 
dimasak.
-  Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
- Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan 
makanan.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Keracunan Makanan?


Cara-Cara Untuk Mengelakkan Keracunan Makanan :


- Sentiasa menjaga kebersihan
- Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
- Basuh tangan selepas keluar dari tandas
- Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk 
menyediakan makanan
- Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan 
haiwan-haiwan yang lain

- Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
- Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk 
penyediaan makanan yang belum dimasak

- Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas 
yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
- Sentiasa masak dengan sempurna
- Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan 
makanan laut
- Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
- Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi 
didalam peti sejuk / peti sejuk beku

- Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
 - Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang 
dibotolkan/berbungkus.
- Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan 
mentah (ulam, salad)
- Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
- Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
- Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Mengalami Keracunan Makanan?

• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Ikut nasihat doktor
• Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
• Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
• Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Sumber : Mr Google