Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kalau Kita Hendak Menasihati Orang

Tanya hati kita dahulu tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.Buat perkara baik kerana Allah...bukan kerana nak dapat perhatian manusia...Jangan takut dengan mulut manusia, tapi fikirkan apa pandangan Allah pada kita.

Bila kita nak berubah ramai akan perli kita ni bajet baiklah, berlagak pandai lah. Kan? Tapi buat apa kita nak kisah dengan pandangan mereka? Selama ni, kita buat dosa, kita tak hirau langsung pandangan Allah pada kita. Kemudian kenapa bila kita nak pulang ke jalan yang diredhaiNya, kita perlu takut dengan mulut manusia? Sedangkan Allah ada dengan kita.

Fikirkanlah. Muhasabah diri kita ...
Terima kasih sudi baca ....