Kalau Kita Hendak Menasihati Orang

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kalau Kita Hendak Menasihati Orang

Tanya hati kita dahulu tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.Buat perkara baik kerana Allah...bukan kerana nak dapat perhatian manusia...Jangan takut dengan mulut manusia, tapi fikirkan apa pandangan Allah pada kita.

Bila kita nak berubah ramai akan perli kita ni bajet baiklah, berlagak pandai lah. Kan? Tapi buat apa kita nak kisah dengan pandangan mereka? Selama ni, kita buat dosa, kita tak hirau langsung pandangan Allah pada kita. Kemudian kenapa bila kita nak pulang ke jalan yang diredhaiNya, kita perlu takut dengan mulut manusia? Sedangkan Allah ada dengan kita.

Fikirkanlah. Muhasabah diri kita ...
Terima kasih sudi baca ....


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. jadilah apa yang kita mahu mengikut landasan Islam . bercakap dan menegur bila perlu dan sesuai dgn keadaan .

    BalasPadam
  2. Mulut manusia memang macam2... Buat sesuatu kerana Allah pedulikan orang kata yang penting kita ikhlas...

    BalasPadam
  3. setuju. setiap perbuatan anak adam dinilai melalui niat.
    Setiasa berniat baik.

    BalasPadam
  4. jgn takut dgn org..jdlah baik untuk keredaan Allah kan kak lya......Allah sentiasa bersama kita.:D

    BalasPadam
  5. Sebelum kita nasihat org, kita kene nasihat diri sendiri dulu. Baru org dengar nasihat kita. Ye dak?

    BalasPadam
  6. susah nak puaskan hati orang ni..lebih baik lakukan kerana Allah..

    BalasPadam
  7. hairan kan, cakap org yg kita takut sgt.. Allah..:(

    BalasPadam
  8. Ya begitulah resikonya..
    Sebelum kita menasehati orang lain,nasehatilah diri sendiri.
    Sebelum memperbaiki orang lain,perbaikilah diri sendiri..
    sehingga orang lain merasa selesa untuk kita nasehati..

    BalasPadam
  9. wlaupun kita tak begitu baik, tapi teruskan kongsi hal-hal kebaikan, kerana dari situ akan didik kita utk jadi lebih baik... insha Allah...

    BalasPadam
  10. kadang² takut nak menasihati orang ni..takut terasa hati pulak.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum lya...jgn takut pd manusia tapi takut la pada Allah...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.