The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja

August 28, 2017

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja | Untuk anda yang suka bercuti di kawasan pantai dan sukakan resort atau hotel yang mempunyai kemudahan kolam renang, The Legend Cherating Beach Resort pastinya PILIHAN TEPAT buat anda. Anda bakal disajikan dengan pemandangan indah Pantai Cherating yang menjadi buah mulut pelancong tak kira pelancong dari Malaysia ataupun luar negara. Pantai Cherating adalah salah satu pantai yang terindah di Malaysia. Suka pantai ? .. Jom kita bercuti di The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja. 

Pantai Dan Kolam Renang 

Kalau tanya Lya, tempat percutian pilihan Lya dan keluarga pastinya tempat yang ada pantai dan kolam renang pilihan Lya. Kolam renang memang wajib kena ada kalau Lya bercuti bersama keluarga. Kalau takde tak syiok la nak mandi manda. Al maklum la keluarga Lya ni memang suka mandi manda. Aktiviti wajib kami kalau pergi bercuti pastinya mandi kolam. Salah satu tempat percutian menarik yang ada kolam dan juga pantai pastinya The Legend Cherating Beach Resort. Alhamdulillah bari baru ni KBBA9 telah mengadakan FAMILY DAY KBBA9 DI THE LEGEND CHERATING BEACH RESORT Kuantan Pahang. Syukur alhamdulillah Lya dan keluarga dapat join FAMILY DAY KBBA9 DI THE LEGEND CHERATING BEACH RESORT SATU MEMORI TERINDAH untuk kesekian kalinya. 

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja , Tempat Percutian Menarik, The Legend Cherating Beach Resort, Tempat Bercuti Best Di Pahang, Jom Cuti Cuti Malaysia, Pantai Cherating, Kolam Renang Terbaik Di The Legend, Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort

The Legend Cherating Beach Resort

The Legend Cherating Beach Resort, Kuantan Pahang terletak di sepanjang pantai yang indah dan menawarkan 205 bilik dan suite yang luas dan selesa yang menghadap ke pemandangan taman, kolam renang dan Laut China Selatan yang indah. Setiap bilik mempunyai balkoni peribadi dan sambungan WiFi. Terdapat dua kolam renang besar iaitu Kolam Renang Hijau dan Kolam Renang Biru dengan kedalaman sehingga 6 kaki dan kolam renang untuk kanak-kanak.

205 Bilik Untuk Kemudahan Tetamu Di The Legend Cherating Beach Resort

The Legend Cherating Beach Resort menyediakan 205 bilik dengan persekitaran yang sempurna untuk percutian keluarga yang ideal. Bilik-bilik tetamu dilengkapi dengan Telefon, TV Warna dan WiFi percuma. Pihak resort turut menyediakan kemudahan membuat kopi atau teh percuma, bar mini, pengering rambut, seterika dan papan seterika di semua bilik untuk kemudahan para tetamu.

Deluxe Room

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja , Tempat Percutian Menarik, The Legend Cherating Beach Resort, Tempat Bercuti Best Di Pahang, Jom Cuti Cuti Malaysia, Pantai Cherating, Kolam Renang Terbaik Di The Legend, Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort
Deluxe Room

Inilah bilik kami.. Sangat sangat selesa kerana pemandangan menghadap laut.. Bangun pagi duduk santai kat balkoni sambil menghirup udara pagi yang segar.... I Love The Legend.

Deluxe Room menawarkan suasana yang tenang dengan disajikan pemandangan taman resort yang indah, pantai dan juga kolam renang. Deluxe Room sangat selesa dengan Katil King, dan sangat sesuai untuk pengunjung tunggal, pasangan dan yang berkeluarga. Kemudahan yang disediakan didalam Deluxe Room antaranya WiFi percuma, kemudahan membuat kopi dan teh , percuma 10 saluran TV (termasuk filem dalam talian Vision 4) dan 3 saluran radio. Turut tersedia pengering rambut di dinding bar mini cerek elektrik Telefon IDD, papan seterika dan seterika disediakan atas permintaan. Bilik bersambung turut disediakan atas permintaan pengunjung.

Grand Deluxe Room 

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja , Tempat Percutian Menarik, The Legend Cherating Beach Resort, Tempat Bercuti Best Di Pahang, Jom Cuti Cuti Malaysia, Pantai Cherating, Kolam Renang Terbaik Di The Legend, Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort
Grand Deluxe Room

Grand Deluxe menawarkan keselesaan dan ketenangan buat pengunjung dengan pemandangan taman yang indah atau pemandangan laut yang tenang, Setiap Grand Deluxe diaediakan Katil King dengan kemudahan bilik termasuk WiFi percuma Kemudahan membuat kopi dan teh, percuma 32 LCD TV skrin rata 10 saluran TV (termasuk filem dalam talian Vision 4) dan 3 saluran radio pengering rambut di dinding bar mini, cerek elektrik, telefon IDD, peti besi, papan seterika dan seterika. Bilik bersambung akan disediakan atas permintaan pengunjung.

Junior Suite

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja , Tempat Percutian Menarik, The Legend Cherating Beach Resort, Tempat Bercuti Best Di Pahang, Jom Cuti Cuti Malaysia, Pantai Cherating, Kolam Renang Terbaik Di The Legend, Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort
Junior Suite

Untuk anda yang sedang mencari keselesaan beristirehat penuh kemewahan, anda boleh menempah Junior Suite. Dengan keluasan bilik 650 kaki persegi dilengkapi dengan Katil King anda pasti teruja di sini. Kemudahan bilik termasuk WiFi percuma, ruang tamu dan ruang makan berasingan, ruang mandi berasingan, tandas dan tab mandi. Kemudahan membuat kopi dan teh percuma 32 LCD TV skrin rata 10 saluran TV (termasuk filem dalam talian Vision 4) dan 3 saluran radio, pengering rambut di dinding bar mini, cerek elektrik, telefon IDD, peti besi, papan seterika dan seterika. Bilik bersambung disediakan atas permintaan pengunjung.

Penthouse

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja , Tempat Percutian Menarik, The Legend Cherating Beach Resort, Tempat Bercuti Best Di Pahang, Jom Cuti Cuti Malaysia, Pantai Cherating, Kolam Renang Terbaik Di The Legend, Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort
Penthouse

Penthouse terletak di tingkat paling atas dan menghadap ke Laut China Selatan. Penthouse berkeluasan 1958 kaki persegi. Selain bilik tidur utama yang mempunyai katil saiz king dan katil berkembar di bilik tamu yang lebih kecil, terdapat dapur kecil lengkap dengan microwave, plat panas dan ketuhar. Ruang tamu, ruang makan dan ruang tamu yang berasingan, serta balkoni lapang, menyediakan suasana yang sempurna untuk pesta makan malam yang kecil atau perhimpunan.

Kemudahan yang tersedia termasuk 3 Unit Seaview - Katil Single, Berkembar dan Katil King, 2 bilik air dan bilik mandi berasingan. Jakuzi turut tersedia. Bilik TV dan Karaoke, WiFi percuma. Kemudahan membuat kopi dan teh percuma 32 LCD TV skrin rata 10 saluran TV (termasuk filem dalam talian Vision 4) dan 3 saluran radio, pengering rambut di dinding, peti sejuk dua pintu, cerek elektrik, telefon IDD, peti besi, seterika dan papan seterika. Bilik pembantu turut tersedia. Dapur kecil basah dan kering untuk memasak turut disediakan.

Kemudahan Yang Disediakan Di The Legend Cherating Beach Resort 

Kemudahan Resort di The Legend Cherating Beach Resort, dua kolam renang yang besar sehingga 6 kaki jauhnya dan kolam renang kanak-kanak. Berehat di pantai putih, berpasir, sewa ATV, bermain bola sepak pantai, bola tampar pantai dan polo air atau boleh mencuba kemahiran menembak di tempat khas yang tersedia. Untuk pengunjung yang suka bersenam santai, terdapat taman rekreasi dengan trek berjoging ditambah gim penuh untuk anda melakukan aktiviti senaman. Untuk yang suka ke gim, tak perlu risau okey, di sini tersedia gim yang lengkap untuk anda menghabiskan masa santai anda.

Kolam Renang Biru Dan Kolam Renang Hijau Di The Legend Cherating Beach Resort 

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja , Tempat Percutian Menarik, The Legend Cherating Beach Resort, Tempat Bercuti Best Di Pahang, Jom Cuti Cuti Malaysia, Pantai Cherating, Kolam Renang Terbaik Di The Legend, Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort

Kolam Renang Biru 

Kolam Renang Biru adalah kolam renang utama The Legend Cherating Beach Resort dan ianya merupakan kolam renang terbesar di resort ini. Memang best dapat mandi manda bersama keluarga dan teman teman kerana kolam renang ini sangat luas. Boleh juga mencuba aktiviti polo air bersama teman dan keluarga. Kalau rasa nak bersantai santai di tepi kolam renang sambil menghirup udara segar di sini lah tempat terbaik buat anda.

Kolam Renang Hijau 

Kolam Renang Hijau adalah salah satu kolam tambahan yang disediakan untuk pengunjung resort. Dengan ketinggian 6 kaki amat sesuai untuk pengunjung dewasa yang ingin berenang bebas tanpa gangguan.

Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort

Percutian takkan lengkap tanpa aktiviti menarik. Di The Legend Cherating Beach Resort, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung yang berkunjung ke sini. Anda pasti seronok dan bergembira mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang tersedia. Waktu Lya dan keluarga besar KBBA9 berkunjung ke sini, pelbagai aktiviti menarik kami lakukakan bersama. Satu keseronokan yang tak dapat kami gambarkan dengan kata kata. 

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja , Tempat Percutian Menarik, The Legend Cherating Beach Resort, Tempat Bercuti Best Di Pahang, Jom Cuti Cuti Malaysia, Pantai Cherating, Kolam Renang Terbaik Di The Legend, Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort

The Legend Cherating Beach Resort Pasti Buat Anda Teruja , Tempat Percutian Menarik, The Legend Cherating Beach Resort, Tempat Bercuti Best Di Pahang, Jom Cuti Cuti Malaysia, Pantai Cherating, Kolam Renang Terbaik Di The Legend, Aktiviti Menarik Di The Legend Cherating Beach Resort

Antara aktiviti menarik yang disediakan pihak The Legend Cherating Beach Resort sepanjang 3 hari 2 malam KBBA9 berkampung disana antaranya Melihat kelip kelip di Sungai Cherating (Firefly Tour) bersama Hafiz's Cherating Activities, telematch, belajar mengenai scuba diving bersama Muck Dive Scuba, melihat matahari terbit dan terbenam, melawat tempat membuat keropok lekor, melawat pusat penerangan dan santuari penyu, Mangrove River Cruise, melepaskan anak penyu ke laut dan juga Sea Rafting. Kami dapat melakukan semua aktiviti bersama sepanjang 3 hari dua malam di The Legend Cherating Beach Resort. Terima kasih daun keladi untuk The Legend Cherating Beach Resort keran menyediakan aktiviti menarik sepanjang kami di sana. Insyaallah kami akan datang lagi. 

Untuk anda yang ingin bercuti di The Legend Cherating Beach Resort, anda boleh layari laman tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Contact Person: Encik Meor (013-3319822)

Alamat :
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Happy Holiday. Ingat cuti ingat THE LEGEND CHERATING BEACH RESORT.

Artikel Menarik yang Lain

17 sang pencerita

  1. Lepas ni kalau sampai lagi ke Cherating akan pilih Legend untuk menginap. Best dan berbaloi sebab banyak aktiviti menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pilih Legend sebab Legend mmg best dan terbaik..

      Delete
  2. kolam kat sana memang best,rasa macam nak pegi lg.

    ReplyDelete
  3. Cherating memang menjadi satu destinasi pilihan dalam dan luar negara

    ReplyDelete
  4. kalau nak bercuti wajib cari tempat penginapan ada kolam....

    ReplyDelete
  5. wahhh. best gak ni, sebab memang tengah cari tempat bercuti

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi pi sini..nanti nak pi la bawak family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak kak jgb tak.bawak..mmg best sangat

      Delete
  7. kalau ke cheratin nt nak try ke sini pulak. nampak menarik

    ReplyDelete
  8. bestnye dari bilik leh nampak pantai eh

    ReplyDelete
  9. Sama la, kalau pi bercuti dok hotel mesti nak yg ada kolam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.