Melihat Kelip Kelip Di Sungai Cherating Bersama Hafiz's Cherating Activities

Melihat Kelip Kelip Di Sungai Cherating Bersama Hafiz's Cherating Activities | Syukur alhamdulillah percutian Family Day KBBA9 di The Legend Cherating Beach Resort Pahang, telah berakhir penuh kegembiraan semalam. Semua sekali merasai kegembiraan saat bertemu, beramah mesra dan dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama. Bagi diri KekYa, Family Day KBBA9 untuk kali ni banyak mengajar kami erti kekeluargaan, kesetiaan dan semangat kerjasama berpasukan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang 3hari 2malam kami berkampung di The Legend Cherating Beach Resort, Pahang. KekYa kongsikan beberapa aktiviti yang KekYa dan gang KBBA9 lakukan sepanjang percutian 3hari 2 malam kami di sini.

Melihat Kelip-kelip Bersama Hafiz's Cherating Activities

Antara aktiviti hari pertama kami, pastinya yang di tunggu tunggu oleh KekYa dan semua gang blogger KBBA9 ( menyaksikan kelip kelip di sepanjang Sungai Cherating). KekYa memang teruja sangat nak join aktiviti ni sebab selama ni tak pernah lagi menaiki bot untuk tengok dengan mata sendiri kelip-kelip yang hidup bebas di sepanjang Sungai Cherating. Bila dapat kesempatan macam ni opkoss la KekYa tak lepaskan peluang untuk sama sama join aktiviti best ni. Untuk aktiviti melihat kelip kelip, kami bertolak menaiki bas dari hotel untuk ke tempat HAFIZ's CHERATING ACTIVITIESbagi menyaksikan sendiri kelip-kelip di Sungai Cherating.

Sempat lagi si Fazrol tangkap gambar kat dalam bas. Masa ni mood tak sabar dah ni nak tengok kelip-kelip. Kelip-kelip mung tunggu KekYa datang. Hehehehe...


Sebelum memulakan aktiviti menyaksikan kelip-kelip, KekYa dan gang KBBA9 dengar taklimat dari Encik Hafiz dulu. Sebelum tu sempat lagi la selfie wefie bagai .. 

Sebelum memulakan pengembaraan menaiki bot untuk melihat sendiri kelip-kelip, KekYa dan gang KBBA9 diberi penerangan serba sedikit oleh pemilik Hafiz's Cherating Activities iaitu Encik Hafiz mengenai kelip-kelip yang hidup di sepanjang Sungai Cherating. Syiok giler duk dengar Encik Hafiz bercerita mengenai pengalaman beliau selama bertahun tahun mengendalikan kelip-kelip. Sangat sangat terinspirasi dengan semangat luar biasa beliau saat berbicara satu demi satu perihal kelip-kelip. Pasni KekYa pasti akan teringat... Nampak kelip-kelip teringat keterujaan Encik Hafiz. Terima kasih Encik Hafiz atas penerangan padat dan penuh maklumat. 

Encik Hafiz sedang memberi sesikit taklimat mengenai kelip-kelip.

Tengok kat banner tu ada gambar kitaran hidup Kelip-kelip dari kecil hingga dewasa.

Nak buat aktiviti membabitkan air, keselamatan paling utama. Sebelum melakukan aktiviti kena pakai jaket keselamatan siap siap dulu. Tengok tu semua dah siap sedia dengan jaket keselamatan. 

Tangkap gambar untuk kenang kenangan .. Kita dah sampai sini dah ... Yahooo !!

Ok KekYa nak kongsikan sedikit mengenai kelip-kelip sepertimana diceritakan oleh Encik Hafiz.

" Terdapat 4 fasa dalam kitar hidup kelip-kelip iaitu telur, larva, pupa, dan kelip-kelip dewasa. Kelip-kelip dewasa hidup di sepanjang sungai yang mempunyai pokok bakau. Cara kelip-kelip makan adalah dengan menghisap nectardari yang ada pada bunga pokok bakau dan rembesan daun pokok bakau. 

Korang nak tau tak kenapa kelip-kelip berkelip? . Menurut Encik Hafiz, kelip-kelip berkelip dan memancarkan cahaya akibat tindak balas antara oksigen dan juga luciferin di dalam badan kelip-kelip. Berkelip adalah salah satu cara kelip-kelip berkomunikasi antara satu sama lain. Ia juga sebagai satu kaedah memberi amaran kepada kelip-kelip lain jika mendapat ancaman musuh"..


Ni ler bot yang kami naik .. Bot ni boleh memuatkan 15 hingga 18 penumpang pada satu satu masa..

Pelantar ni tempat kami naik bot. 

Selesai taklimat dari Encik Hafiz, KekYa dan gang blogger KBBA9 telah dibawa menaiki bot yang menggunakan enjin untuk melihat keindahan kelip-kelip di malam hari nan sunyi . Mula mula takut la jugak nak naik bot sebab KekYa ni jenis tak suka naik bot. KekYa ada satu perasaan takut bot tu terbalik di tengah tengah sungai huhuhuhu .. Entah apa masalah la.. tapi memang dari kecik KekYa takut. Tapi bila ramai ramai dengan gang KBBA9 perasaan takut tu boleh jadi suka yang amat.

Seronok sakan kak long kita ni posing ...

Tangkap gambar untuk kenang kenangan.

Posing kat atas bot ..

Seronok giler menikmati keindahan malam di Sungai Cherating bertemankan cahaya kelip-kelip dan bintang di langit. Rasa cam nak tidur jer kat dalam bot tu hehehe .. KekYa nak bagitau kat korang, masa KekYa dan gang KBBA9 menonton keindahan kelip-kelip disepanjang Sungai Cherating, kami tidak dibenarkan merakam atau mengambil gambar. Telefon dan juga lampu suluh memang tak dibenarkan langsung sebab takut kelip-kelip rasa terancam dan tidak selesa. Kan tak pasal pasal pulak kelip-kelip tak keluar. Kami hanya dibenarkan untuk melihat dan menyentuh kelip-kelip dan lepaskan balik bila dah tengok sendiri rupabentuk kelip-kelip. KekYa bertuah la jugak sebab seekor kelip-kelip berjaya duk bertenggek kat tangan KekYa. Boleh la tengok cahaya yang berkelip kelip kat badan kelip-kelip dengan lebih dekat.

Pengalaman Menyeronokkan Menyaksikan Kelip-kelip Di Sepanjang Sungai Cherating

Satu pengalaman yang cukup seronok bagi KekYa. KekYa hanya boleh citer jer la tapi takde gambar untuk tatapan korang sebab kami dilarang menggunakan kamera mahupun telefon bimbit. Kalau korang rasa TERUJA nak tengok kelip-kelip, korang kena pergi sendiri dan rasai sendiri pengalaman indah menyaksikan kelip-kelip.

Nak tau tak macam mana kelip-kelip boleh datang sendiri kat tangan kita?.. Encik Hafiz ada satu kaedah memanggil kelip-kelip menggunakan lampu suluh dan kelip-kelip akan datang sendiri kepada beliau. KekYa rasa kagum sangat dengan Encik Hafiz, camne laa beliau dapat menarik ramai kelip-kelip menuju ke arah beliau hanya menggunakan cahaya lampu suluh sahaja. Nak kena belajar ni.. hehehehe ..

Pengalaman selama satu jam menyelusuri Sungai Cherating tak terasa meletihkan tapi cukup menyerokkan bilamana kelip-kelip keluar seekor demi seekor .. Semakin lama semakin banyak. Teruja laa KekYa dan gang KBBA9. Sibuk la sorang sorang hulur tangan nak bagi kelip-kelip singgah. Al maklum laa dulu masa kecik kecik jer dapat tengok kelip-kelip ni. Sekarang ni susah dah nak jumpa kelip-kelip. Bagus jugak la bila ada alternatif tempat melihat kelip-kelip sepertimana yang diusahakan oleh Encik Hafiz. Semoga khazanah alam berharga ini akan terus terjaga agar tidak pupus sampai bila bila.

Alhamdulillah aktiviti berjalan lancar tanpa apa apa masalah. Dipermudahkan oleh Allah SWT untuk KekYa dan juga gang KBBA9. Ok KekYa dah citer panjang giler pasal aktiviti menyaksikan kelip-kelip. Nanti kalau korang datang bercuti kat Cherating Pahang, jangan lupa tau singgah kat Hafiz's Cherating Activitiesuntuk melihat kelip-kelip. Sampai sini dulu, nanti KekYa akan sambung cerita Family Day KBBA9 dalam entri seterusnya... Tunggu cerita menarik dari KekYa

Kredit Gambar : GANG BLOGGER KBBA9 .. Tq So Much

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. geram kak anak... rugi x dpt join..tapi mungkin allah nak elakkan drp sesuatu agaknya..bersangka baik

    BalasPadam
  2. lain kali petgi nak try laaa..tapi xder moment dgn geng kbba la

    BalasPadam
  3. Masa dengar taklimat rasa tak sabar nak pegi, masa bot mula-mula gerak tu rasa seram lah jugak.. tapi bila dah tgk kelip-kelip.. hilang semua seram...

    BalasPadam
  4. Seronoknya, teruja tengok. Tapi tak berpeluang join sebab keadaan tak mengizinkan.

    BalasPadam
  5. Masa dalam bot kan qaseh duk fikir buaya hahah , sengal betul .. tp best , pengalaman prtama jugak tuk qaseh

    BalasPadam
  6. perghh. kelip kelip yaa. tak pernah tgok kelip kelip lagi .. huuuu T.T

    BalasPadam
  7. haritu singgah cherating tapi tak mai sini.. ruginyaaa..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.