Family Day KBBA9 Di The Legend Cherating Beach Resort Satu Memori Terindah

Family Day KBBA9 Di The Legend Cherating Beach Resort Satu Memori Terindah | Alhamdulillah berakhir sudah percutian 3 hari 2 malam KekYa dan family bersama gang KBBA9 sempena Family Day KBBA9 di The Legend Cherating Beach Resort. Family Day kali ni KekYa dapat mengenali dengan lebih dekat blogger lama dan juga blogger baru dalam group blogger KBBA9. Keseronokan dan kegembiraan yang KekYa lalui bersama gang KBBA9 sepanjang 3 hari 2 malam di The Legend, pastinya satu kenangan terindah yang takkan KekYa lupakan. Banyak yang ingin KekYa kongsikan bersama pembaca blog KekYa tentang keseronokan dan kegembiraan sepanjang kami berkampung di sana. Pelbagai aktiviti kami lakukan bersama dengan penuh semangat setiakawan. Indahnya bila di kenang kembali saat saat itu. Satu memori terindah yang tak mungkin KekYa lupakan.

Terima Kasih Ben Ashaari Dan Gang Blogger KBBA9



Sebelum KekYa coretkan lebih panjang, di kesempatan ini KekYa ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat founder KBBA9, Encik Ben Ashaari kerana memberi peluang pada KekYa untuk sama sama join Family Day KBBA9 kali ni. Terima kasih juga buat gang KBBA9 atas tali persahabatan dan juga ikatan ukhuwah yang terjalin sepanjang kita berkampung di sana. Terima kasih Ya Allah kerana merapatkan lagi ukhuwah antara kami para blogger KBBA9. Semoga ukhuwah yang terbina dan terjalin ini akan sentiasa berada dalam redha dan rahmatMu Ya Allah. KekYa mengharapkan agar ukhuwah yang terjalin antara kita akan kekal hingga ke syurgaMu yang abadi. Aaamin aamin..

Terima Kasih Encik Meor Azman Atas Usaha Dan Dedikasi Tak Berbelah Bagi

Selama 3 hari dua malam di The Legend Cherating Beach Resort, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak pengurusan hotel untuk kami. Terima kasih Encik Meor Amran (selaku orang kuat The Legend) kerana sudi memberi peluang pada kami untuk sama sama merasai sendiri keseronokan sepanjang menjalankan aktiviti ketika berada di The Legend Cherating Beach Resort. Encik Meor ni kan memang best sesangat orangnya. Semua aktiviti kami sepanjang 3 hari dua malam memang muka Encik Meor tak pernah kami tak nampak. Pusing kanan ada, pusing kiri ada pusing belakang ada apalagi pandang depan, mesti ada. Kiranya memang berdedikasi betul Encik Meor Azman menjalankan tugas beliau. Terima kasih sekali lagi Encik Meor Azman dan juga kakitangan The Legend Cherating Beach Resort atas keperihatinan, kerjasama, usaha dan dedikasi yang tak berbelah bagi sepanjang kami ahli ahli KBBA9 berada di sana.


Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Family Day KBBA9 

Hari Pertama 18/8/2017
Aktiviti hari pertama KekYa dan Gang Blogger KBBA9 bermula selepas makan malam, sekitar jam 8.30 malam. Aktiviti pertama kami tak lain tak bukan kami di bawa melihat kelip-kelip di Sungai Cherating. Aktiviti ini dikendalikan oleh Hafiz's Cherating Activities di bawah kendalian Encik Hafiz sendiri selaku pemilik tempat ini. Keseronokan menaiki bot di malam hari dalam suasana tenang dan sunyi pastinya kenangan indah tak boleh nak lupa, bayangkan KekYa dan gang KBBA9 menempuh suasana malam di Sungai Cherating sambil menaiki bot dalam keadaan gelap gelita hanya ditemani cahaya bulan dan juga bintang bintang di langit. Satu pengalaman buat manis KekYa dan juga Gang KBBA9 apabila dapat menyentuh kelip-kelip seterusnya merasai pengalaman menyaksikan beratus ratus atau mungkin juga beribu ribu kelip-kelip yang hidup di sepanjang Sungai Cherating. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam.



Hari Kedua 19/8/2017
Hari kedua kami bermula dengan melihat matahari terbit di kawasan pantai. Jam 6.30 pagi kami Gang Blogger KBBA9 telah berkumpul di pantai untuk melihat keindahan matahari terbit.



Aktiviti seterusnya selepas selesai sarapan pastinya yang di tunggu tunggu kanak kanak dan juga Gang Blogger KBBA9. Sukaneka pastinya ada keseronokan tersendiri. Keseronokan yang tak dapat kami ungkap melalui kata kata bilamana kami sama sama turut serta dalam semua acara sukaneka yang dipertandingkan. Riuh rendah dengan suara sorakan anak anak dan juga gang KBBA9 saat berlangsungnya sukaneka menjadikan aktiviti kami lebih seronok walaupun cuaca pada pagi hari kedua cukup panas. Tambahan pula kami mengadakan sukaneka di kawasan pantai. Agak terasa kepanasan pada waktu itu. Terbakar jugak la kulit KekYa duk kat bawah sinaran matahari. Tapi dek kerana keseronokan panas tu kami tolak tepi. Yang penting sukaneka berjalan penuh meriah.


Muck Dive Scuba 

Selesai acara sukaneka, aktiviti kami seterusnya "Scuba Diving" bersama Muck Dive Scuba, Kuantan .. Kami telah diajar mengenali peralatan scuba, cara penggunaan alatan scuba dan juga teknik teknik menyelam yang betul. Beberapa Gang Kbba9 sempat mencuba aktiviti ini dan masing masing memberikan respon yang baik. Dengar dengar citer ada yang dah jatuh cinta dengan scuba diving ..

Lawatan Ke Tempat Membuat Keropok Lekor Di Kuala Kemaman

Aktiviti selepas makan tengahari, kami di bawa menaiki bas untuk melawat tempat membuat keropok lekor di Kuala Kemaman. Untuk lawatan kat sini, kami para blogger KBBA9 diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman membuat keropok lekor. Beberapa blogger turut mencuba skill mereka dalam percubaan membuat keropok lekor antaranya Blogger Tati, Bella dan jugak Kak Long Saidila.


Melawat Pasar Ikan Di Kuala Kemaman 

Selepas melawat kawasan membuat keropok lekor, kami dibawa melawat pasar ikan segar di Kuala Kemaman. Kebetulan pula banyak ikan ikan segar yang baru dinaikkan dari laut. Melihat kesegaran ikan ikan ini menjadikan Gang KBBA9 rambang mata dibuatnya. Al maklum la bukan selalu dapat tengok sendiri ikan segar. Encik Meor cakap kalau nak beli ikan, esok sebelum balik Kuala Lumpur boleh datang sini balik. Boleh beli ikan segar kat Pasar Kuala Kemaman. Ramai juga yang berminat nak membeli ikan ikan segar kat sini. Fresh sangat, nampak bersih dan bersinar mata ikan menandakan itu ikan baru. KekYa yang selalu pergi kat Pasar Kuala Kemaman ni pon teruja bila tengok ikan segar segar. Rasa nak membeli time tu jugak ..Hehehehe ..


Melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Cherating

Setelah selesai sudah aktiviti melawat pasar ikan Kuala Kemaman, kami sekali lagi menaiki bas untuk lawatan seterusnya ke Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Cherating. Kat sini kami berpeluang meninjau anak anak penyu dan juga penyu dewasa yang dipamerkan untuk tontonan awam. Masuk kat sini percuma jer tapi kalau korang rasa nak menderma sebagai tanda sokongan kepada usaha menyelamatkan spesis penyu yang hampir pupus, amatlah dialu alukan. Korang yang datang kat Cherating boleh la singgah kat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Cherating untuk sama sama melihat penyu. Ada anak penyu, kakak penyu, abang penyu, mak penyu dan juga bapak penyu. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Club Med Cherating.



Mangrove Tour In Sungai Cherating

Selesai melihat anak anak penyu dan juga penyu dewasa di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Cherating kami seklai lagi di bawa menaiki bas menuju ke lokasi Hafiz's Cherating Activities untuk aktiviti seterusnya iaitu "Mangrove Tour In Sungai Cherating". Terima kasih Encik Hafiz kerana menaja perjalanan indah kami menyusuri Sungai Cherating. Banyak yang kami belajar mengenai alam semulajadi sepanjang menyelusuri Sungai Cherating. Satu pengalaman yang takkan kami lupakan.

Seronok sangat dapat menikmati keindahan alam bersama Gang KBBA9. 

Melihat keindahan alam ...




Sempat mengabadikan kenangan bersama pemilik Hafiz's Cherating Activities iaitu Encik Hafiz.

Tiba masa untuk pulang ke hotel penginapan. Terima kasih daun keladi buat Encik Hafiz yang telah menaja perjalanan indah kami menaiki bot sambil melihat keindahan alam di sepanjang Sungai Cherating.

Melepaskan Anak Penyu Di Pantai Cherating

Aktiviti kami pada petang hari kedua diteruskan dengan melepaskan anak penyu ke tempat asal mereka. Sorang blogger dapat seekor anak penyu. Sebelum melepaskan anak penyu ke laut sedikit penerangan mengenai cara cara memegang anak penyu dan serba sikit cerita mengenai penyu ... KekYa dan anak anak namakan anak penyu kitaorang ADUDU. Hehehe KekYa doakan agar Adudu selamat kat laut sana. Teruskan perjuangan untuk hidup wahai Adudu... Mana tahu satu masa nanti kita boleh berjumpa lagi kat Pantai Cherating.

Sedikit penerangan mengenai anak penyu oleh Encik Azeraf. 

Ni la anak penyu yang KekYa lepaskan kat laut masa Family Day baru baru ni. Adudu nama anak penyu KekYa.. Moga Adudu selamat kat laut sana.. KekYa doakan Adudu membesar sihat sempurna jadi penyu dewasa.

BBQ Dinner Pirate Night Theme Party

Aktiviti malam kami di teruskan dengan BBQ Dinner Pirate Night Theme Party kat tepi pantai. Sekali lagi kami dapat berkumpul bersama untuk menikmati makanan lazat yang disediakan pihak The Legend Cherating Beach Resort. Sepanjang kami disini, makanan yang disediakan cukup sedap dan lazat. 



Hari Ke Tiga 20/8/2017

Sea Rafting 

Aktiviti hari ketiga kami bermula setelah selesai sarapan pagi. Sea Rafting namanya. Ada perkataan sea kat situ maknanya kita akan buat aktiviti ni membabitkan laut....huhuhuhu.. Aktiviti paling mencabar untuk KekYa dan juga Gang Blogger KBBA9 sebenarnya. Sangat sangat menguji semangat berpasukan. Aktiviti anjuran The Legend Cherating Beach Resort ni dimulakan dengan membuat rakit daripada buluh, tali dan juga pelampung. Siap buat rakit perlumbaan dalam air dimulakan. Masa berlumba tu, penat jangan cakap laaa weyy.. tak tau nak ucap ngan kata kata hehehe... sampaikan waktu buat bukaan semula rakit takde sorang pon dalam team KekYa bercakap sebab penat. Hahaha pastu dah hilang penat riuh rendah balik la kami. Walauapon penat dan keletihan, kami cukup seronok dapat join aktiviti ni. Rasa nak buat lagi .. Satu aktiviti yang KekYa tak pernah mimpi pon nak join tapi kali ni KekYa dapat join.. Terima kasih The Legend Beach Resort Cherating untuk satu pengalaman indah yang KekYa akan ingat sampai bila bila.



Semoga Kita Berjumpa Lagi

Selesai acara Sea Rafting kami semua memanfaatkan masa yang ada dengan mandi manda di kolam renang. Alhamdulillah hilang segala penat lelah lepas dapat mandi kolam. Selesai mandi manda tiba masa kami menikmati makan tengahari terakhir sebelum pulang. Selesai makan tengahari kami di bawa melawat bilik bilik yang ada di The Legend Cherating Beach Resort. Sesi penerangan mengenai jenis bilik dan juga harga sebuah bilik turut di ceritakan pada kami semua. Alhamdulillah setelah selesai melawat bilik, kami berkumpul di lobi hotel untuk sesi bergambar sebelum masing masing pulang ke Kuala Lumpur. Masa ni terasa sedih la jugak sebab dah nak berpisah. Bila lagi kami akan berjumpa kembali. Semoga kami semua Gang Blogger KBBA9 di beri kesempatan untuk ke sini lagi satu hari nanti.

Terima kasih tak terhingga dari KekYa dqn family serta Gang Blogger KBBA9 buat :

The Legend Cherating Beach Resort
Hafiz's  Cherating Activities
Muck Dive Scuba 

#legendcherating #cosmoderm #ilovemyskin
#dontleavehomewithoutcosmoderm
#cosmodermhalal #pengembaraancosmoderm
#cosmodermdicherating #zingplus #zing+
#detergentfilm #kbba9 #kelabbloggerbenashaari
#kembaraKBBA9 #familydaykbba9_2017
#VisitPahang2017 #dekatje #TourismMalaysia
#akifimtiyazdotcom

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI ... INSYAALLAH..

Kredit Gambar : Gang Blogger KBBA9. Tq so much ..


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Memang terbaiklah Legend, semua aktiviti best. Walaupun ada aktiviti yang Mas tak dapat join tapi tetap seronok dan teruja.

    BalasPadam
  2. Bestnyaa! penuh dengan aktiviti menarik .

    BalasPadam
  3. Orang pertama Lynda jumpa Kak Lya lah..hehe.
    seronok aktiviti di Cherating..
    Rinduuuuu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.