PKSK Makin Dekat Anak Anda Sudah Bersedia?

PKSK Makin Dekat, Anak Anda Sudah Bersedia? 


Ibu Ayah ada anak Tahun 6? Anak nak masuk asrama tahun depan? Anak dah bersedia untuk PKSK ke? Tahu tak apa itu PKSK? Tak tahu? Ok, bagi Ibu Ayah yang belum tahu atau kurang tahu mengenai PKSK, boleh baca perkongsian KakYa kat sini.

Pakej lengkap persediaan PKSK, Soalan PKSK, Ujian PKSK, tarikh ujian PKSK d, apa itu ujian PKSK, jom join bengkel online PKSK,  Guru IKON STEM


Apa Itu PKSK


Ramai yang tertanya tanya apa itu PKSK. Sekali lagi untuk post kali ini KakYa terangkan serba sedikit apa itu PKSK. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi
kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

PKSK merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%

Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan
Penyelesaian Masalah) -70%

Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara pada tarikh yang telah ditetapkan mengikut tahun semasa
 

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sekolah Khusus (SK)


Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik
(SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
 

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Single Entry Point?


Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).


Persediaan Sebelum Menduduki PKSK


Anak anak yang telah membuat permohonan untuk menduduki ujian PKSK,  apa perlu anak anak buat sebelum menduduki ujian?  Anak anaj yang telah membuat permohonan perlu; 

- Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ww.moe.gov.my pada tarikh yang telah ditetapkan mengikut tahun semasa.
- Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK.
- Membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
- Membawa peralatan menulis.
- Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK. 


Bengkel Online  : Marathon STEM PKSK Subjek Sains Dan Matematik (Bermula Dari Asas KBAT)


Bengkel online Marathon STEM PKSK Subjek Sains Dan Matematik anjuran Fly High Education Centre, mengetengahkan Cikgu Zazolnizam (Guru IKON STEM KEBANGSAAN) dan Cikgu Shahril (Top 5 Malaysia Teacher Prize & Guru Penyampai Didik TV) untuk bersama membantu anak anak pelajar dalam menjawap soalan soalan PKSK. Bengkel Online ini terbuka kepada pelajar  Tahun 4, 5 & 6. 

Pakej lengkap persediaan PKSK, Soalan PKSK, Ujian PKSK, tarikh ujian PKSK d, apa itu ujian PKSK, jom join bengkel online PKSK,  Guru IKON STEM


Pengisian Sains Cikgu Zazolnizam
- Slot 1 : DSKP dan Anda
• Persediaan PKSK / Asas Sains (membantu untuk anak anak pelajar recall semua unit sains SR)
- Slot 2:  Teroka Sains secara saintifik
- Slot 3: Bedah siasat pentaksiran
• Cara Menjawab Kemahiran Proses Sains - Section C UPSA/UPSA

Pengisian Matematik Cikgu Shahril 
▪️ Kuasai Kemahiran menjawab soalan KBAT
▪️ Teknik mudah mengira
▪️ Pelbagai strategi menjawab soalan (penyelesaian masalah)

Bengkel online Marathon STEM PKSK Subjek Sains Dan Matematik akan dijalankan secara online pada 19 dan 20 Ogos 2023 iaitu pada hari Sabtu dan juga Ahad. Bagi anak anak pelajar yang terlepas mengikuti bengkel ini, usah risau kerana 
rakaman dan module turut disediakan. 

Ibu Ayah dan anak anak yang berminat untuk join bengkel online ini, jom daftar kat sini;


Oh ya, selain bengkel online Ibu Ayah boleh juga daftarkan anak anak untuk bengkel bersemuka Jelajah PKSK UKKM pada 27 dan 28 Ogos ini. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada Ibu Ayah dan anak anak pelajar di luar sana. InsyaAllah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. bagus ni, mesti dapat membantu anak2 mengulangkaji pelajaran dengan lebih baik dan mudah!

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.