Bergaya Dengan Cermin Mata Baru Dari Optom Eyecare

Bergaya Dengan Cermin Mata Baru Dari Optom Eyecare 


Assalamualaikum, Hi korang. Selamat menjalani ibadah puasa buat sahabat pembaca yang beragama islam. Sedar tak sedar kita dah hampir ke penghujung bulan Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Eh eh eh sedar tak sedar kita dah nak sambut raya. Korang dah ada baju raya ke belum? Tahun ni beli ke jahit? 

KakYa dan family dah settle bahagian baju raya sebelum masuk bulan puasa lagi. Senang settle awal tak kalut. Oh ya nak raya ni bukan setakat baju raya jer nak kena siapkan, nak kena siapkan kuih raya juga, duit raya pon kena siapkan dan perbelanjaan balik kampung raya nanti jangan pula kita lupa. 

Optom eyecare, kedai cermin mata bangi, kedai cermin mata murah, optom eyecare bangi, buat pemeriksaan mata di optom eyecare bangi,cermin mata terbaik

Satu lagi yang KakYa siapkan untuk diri sendiri sempena Aidilfitri tahun ni cermin mata raya ... Tadaaa ini dia cermin mata baru yang KakYa tempah dari Optom Eyecare untuk di pakai raya nanti. Wah! Tengok kotak pon dah teruja. 

Tempah Cermin Mata Secara Online Di Optom Eyecare Bangi


Baru baru ni KakYa perasan cermin mata KakYa ni mudah terlondeh (hahaha cam seluar pulak dah terlondeh, betul ke idok ayat terlondeh ni) . KakYa dah cari ayat ni memang boleh guna. Bila dah terlondeh sedar sedar dah duduk kat atas batang hidung. Rasa sedikit tak selesa kat situ.

Optom eyecare, kedai cermin mata bangi, kedai cermin mata murah, optom eyecare bangi, buat pemeriksaan mata di optom eyecare bangi,cermin mata terbaik

Jadi KakYa ambil keputusan untuk buat cermin mata baru secara online di Optom Eyecare Bangi. Kena pulak dah dekat nak raya ni, kiranya cermin mata Aidilfitri la namanye. Alhamdulillah sempat siap cermin mata yang KakYa tempah. Boleh la pakai raya nanti. 

Kali Ke 2 Tempah Cermin Mata Secara Online Di Optom Eyecare Bangi


Jauh benor tempah cermin mata hingga ke Bangi sana KakYa oiii? Ya, bulan poser kalini KakYa di uji dengan masalah kesihatan. Bila tak sihat nak keluar ke hulu ke hilir memang KakYa rasa penat. Ya la bila tak sihat, nak keluar ke mana mana rasa cam tersekat. Mood nak keluar dah ke laut dalam. 

Optom eyecare, kedai cermin mata bangi, kedai cermin mata murah, optom eyecare bangi, buat pemeriksaan mata di optom eyecare bangi,cermin mata terbaik

Untuk dapatkan cermin mata baru tanpa perlu keluar rumah, KakYa hanya tempah cermin mata secara online di Optom Eyecare Bangi. Untuk pengetahuna korang, ini kali kedua KakYa tempah cermin mata secara online kat Optom. Sebelum ni KakYa pernah Pertama Kali Tempah Cermin Mata Online Di Optom Eyecare Bangi. Korang boleh baca kat sini untuk tahu lebih detail bagaimana cara untuk tempah cermin mata secara online. KakYa ada cerita step by step kat entri ni. Baca jangan tak baca. 

Raya Lagi Bersinar Dengan Cermin Mata Baru Dari Optom Eyecare Bangi


Ok meh tayang sikit cermin mata baru KakYa. Kalini KakYa pilih design cam gini. Tak sama cam design KakYa pakai sebelum ni. Saja KakYa rasa cam nak berbalik ke zaman memula pakai cermin mata dulu. KakYa pilih jenis yang ada nose pad. Saja nak tukar selera. Lama jugak la tak pakai cermin mata yang ada nose pad ni. Kalini KakYa rasa nak tukar ke nose pad. Nampak lawa la pulak. 

Optom eyecare, kedai cermin mata bangi, kedai cermin mata murah, optom eyecare bangi, buat pemeriksaan mata di optom eyecare bangi,cermin mata terbaik

Yeayyy! Raya tahun ni kita tayang cermin mata baru. Hahaha orang sibuk dengan baju raya, KakYa sibuk dengan cermin mata raya. Sekali sekala kan. Raya lagi bersinar dengan cermin mata baru dari Optom Eyecare Bangi. 

Cermin Mata Di Optom Eyecare Berkualiti Dan Harga Mampu Bayar


First impression KakYa masa mula mula dapat cermin mata ni .. Wow! Cantik menawan bergaya gitu. Part yang KakYa paling suka opkos bentuk bingkai dan warna dia. Sebelum ni KakYa tak pernah pakai cermin mata warna camni. First time pilih warna ni. Masa mula mula nak pilih, KakYa nampak warna ni lawa. Jadi terus pilih warna ni. Untuk bingkai pulak, KakYa pilih bingkai besi yang sedikit besar dab lebar berbanding sebelum ni. 

Optom eyecare, kedai cermin mata bangi, kedai cermin mata murah, optom eyecare bangi, buat pemeriksaan mata di optom eyecare bangi,cermin mata terbaik

Bila cermin mata dah selamat sampai kat rumah, makanya terus KakYa cuba pakai. Alahai selesa dan KakYa puas hati.  Paling penting kena dengan muka KakYa ni. Finally KakYa dah jumpa cermin mata dengan harga mampu bayar dan berkualiti untuk KakYa. Nak tempah pon senang, secara online jer tak perlu susah susah nak ke kedai. 

Berminat Nak Tempah Cermin Mata Secara Online Di Optom Eyecare Bangi 


Korang ada yang berkenan ke dengan cermin mata KakYa? Atau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai tempahan online. Kalau berkenan dan berminat nak tempah cermin mata secara online di Optom Eyecare Bangi, korang boleh layari laman media sosial dan laman sesawang Optom Eyecare Bangi melalui pautan ini;

Instagram : www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi
Website: www.optom.com.my/

Jom Singgah Optom Eyecare Bangi


Selain tempahan online, korang yang berada di sekitar Bangi dan kawasan terdekat kalau berminat nak buat cermin mata boleh jer singgah kat Optom Eyecare Bangi. Bukan saja boleh buat cermin mata, malah korang boleh buat pemeriksaan mata juga. Kat sini korang boleh buat pemeriksaan mata secara menyeluruh kerana pihak Optom Eyecare Bangi turut menyediakan servis klinikal secara menyeluruh menggunakan teknologi moden dan terkini untuk pelanggan mereka. 

Jadi apa tunggu lagi, jom ke Optom Eyecare Bangi sekarang juga.

Optom Eyecare Bangi.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)


Oh ya KakYa nak warwarkan kat sini, selain kat Bangi, Optom Eyecare ada satu lagi cawangan yang terletak di Kedah. Kalau korang tinggal kat Kedah, boleh singgah kat Optom Eyecare di alamat kat bawah ni. 

Optom Eyecare,
No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 
05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 011-10641167

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.