Teh Bunga Longan Ala Khairul Aming

Teh Bunga Longan Ala Khairul Aming 


Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar. Selamat malam dan selamat berpuasa semua. Ok semalam Akif duk tanya, petang ni nak minum air apa berbuka kita ni Umi? Pahtu dia duk bilang jenis air yang Umi dia dah buat sepanjang 8 hari berpuasa. Ada Tea Ais, Milo Ais, Tea O Ais, Sirap Bandung, Sirap, Sunquick dan ada jugak Air Tebu (Yang ni bukan Umi buat la, yang ni Abah dia beli) 

Teh Bunga Longan Ala Khairul Aming, resipi air berbuka puasa, resipi viral khairul aming, resipi air viral khairul  aming, air viral bulan puasa
Teh Bunga Longan Ala Khairul Aming

Dak Akif cakap buat air viral la plak Umi. Tadi Akif tengok KA kat TikTok dia buat air sedap untuk buka poser. KakYa tanya KA mana pulak? Tak kenal la Umi. KA tu Khairul Aming la Umi, kan Umi rajin tengok dia masak masak sedap tu. Yang wassup guys wassup guys tu la Umi. 

Ooo cakap la Khairul Aming ni duk cakap KA, KA mana Umi hang tahu. Takyah singkatan sangat la nak oii. Bulan bulan poser ni Umi tak dan nak tangkap. Sel sel otak kurang berhubung bulan poser ni nak fikir ayat singkatan bagai. Bagi nama penuh terus la senang takyah fikir banyak.

4 Menu Air Untuk Berbuka Resipi Khairul Aming


Air sedap yang Khairul Aming buat tu air apa nak oi? Nak minum air apa sebenarnya ni? Cakap jer la nanti Umi buat kalau ada bahan kat dapur tu. Zasss laju dia hantar link tiktok kat phone Umi dia ni. Emmm senang katanya poser poser ni takyah cakap banyak. Umi tengok jer la. 

Tergoda la jugak tengok macam macam air muncul time bulan poser ni. Menguji sungguh la. Ada empat jenis air yang Khairul Aming sediakan iaitu Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici dan Coconut Shake Gula Melaka

Semua menu nampak cam senang nak buat sebab tak guna banyak bahan. Tapi yang buat KakYa tertarik nak buat daripada 4 air yang di kongsi ialah Air Teh Bunga Longan. Yang lain dah biasa minum tapi Air Teh Bunga Longan ni belum pernah try lagi. 

Bahan bahan nak buat takde lagi kat rumah, jadi tak tahu lagi la bila boleh buat. Jadi KakYa park resipi Air Teh Bunga Longan kat sini la dulu. Korang kalau rasa nak buat, dah ada bahan bahan kat rumah bolehlah try buat untuk berbuka. Selamat mencuba guys. 

Resipi Air Teh Bunga Longan


Bahan bahan yang diperlukan untuk buat Air Teh Bunga Longan;

- 2 tin teh chrysanthemum 
- 1 tin buah longan 
- Ais
- Limau kasturi
- Asam Boi

Cara cara untuk buat Air Teh Bunga Longan;

- Masukkan ais. Tuang air teh chrysanthemum
- Kemudian perah limau kasturi
- Masukkan asam boi dan buah longan 
- Siap dah boleh minum buka puasa

Kredit resipi dan gambar : Khairul Aming

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.