Kelas Tuisyen Online Terbaik UPKK Dan PSRA Untuk Tahun 2023

Kelas Tuisyen Online Terbaik UPKK Dan PSRA Untuk Tahun 2023 


Assalamualalaikum, Hi korang. Pagi ni KakYa nak berceloteh sikit mengenai UPKK dan PSRA serta kelas tuisyen online terbaik UPKK dan PSRA anjuran Fly High Education Centre. Sebelum KakYa teruskan dengan lebih lanjut, KakYa nak tanya pada ibu ayah kat luar sana tahukah anda wahai ibu ayah semua apa itu UPKK dan apa itu PSRA? 


Kelas tuisyen UPKK dan PSRA online 2023 bersama Fly High Education Centre, kelas tuisyen UPKK dan PSRA online, kelas tuisyen UPKK PSRA online Fly High



KakYa pasti ramai ibu bapa dah tahu mengenai UPKK dan PSRA tapi masih ada segelintir daripada kita di kalangan ibu bapa di luar sana yang masih belum tahu mengenai UPKK dan PSRA. Okey entri KakYa kalini nak kupas lebih lanjut berkenaan UPKK dan PSRA untuk bagi pemahaman yang sebenar dan tepat kepada ibu bapa di luar sana. 


Apa Itu UPKK



Ujian Penilaian Kelas Kafa atau singkatannya UPKK merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan UPKK dijalankan ke atas semua pelajar darjah 5 di sekolah Kafa seluruh Malaysia.

Matlamat utama UPKK adalah menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al Quran, amali solat serta amali cara hidup islam. Antara bidang yang dinilai untuk UPKK ialah Al-Quran dan hafazan, Ulum Syariah (ibadah dan aqidah), Sirah, Adab (akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat, Lughatul Quran, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat.

Sijil UPKK penting untuk kemasukan ke sekolah menengah agama, sekolah menengah kebangsaan yang mengambil KAA (kelas aliran agama), asrama penuh, sekolah tahfiz dan lain lain lagi di seluruh Malaysia. 


Apa Itu PSRA 



Penilaian Sekolah Rendah Agama atau singkatannya PSRA ialah satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam

PSRA di jalankan ke atas pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Agama dan KAFA di negeri Selangor mengikut kehendak dan syarat-syaratnya. Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, bidang yang dinilai untuk PSRA ialah Al Quran dan Hafazan, Akhlak/Sirah, Tajwid, Tauhid/Feqah, Bahasa Arab, Jawi, Impak dan Khat. 

Ujian PSRA ini adalah berbeza sama sekali dengan Ujian Penilaian Kelas Kafa atau singkatannya UPKK.

Sijil PSRA sebagai salah satu dokumen penting untuk permohonan pelajar bagi kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama dibawah kelolaan kerajaan negeri Selangor.


Teknik Cemerlang Dalam UPKK Dan PSRA Bersama Fly High Education Centre



KakYa pasti ibu bapa dan anak anak yang bakal menduduki UPKK dan PSRA sudah tentu menginginkan keputusan Mumtaz (cemerlang) dalam peperiksaan UPKK dan PSRA 2023. Sepertimana yang kita tahu, untuk mendapat keputusan cemerlang, latihan dan ulangkaji berterusan perlu dilakukan agar anak anak tidak terleka dan tidak mudah lupa ilmu yang di ajar.


Kelas tuisyen UPKK dan PSRA online 2023 bersama Fly High Education Centre, kelas tuisyen UPKK dan PSRA online, kelas tuisyen UPKK PSRA online Fly High



Selain daripada latihan dan ulangkaji berterusan, ibu bapa boleh juga masukkan anak anak ke kelas Tuisyen Online UPKK dan PSRA 2023 anjuran Fly High Education Centre. KakYa pasti kaedah ini adalah salah satu alternatif terbaik buat ibu bapa bagi meningkatkan lagi pemahaman anak anak sebelum mereka menghadapi UPKK dan PSRA. 


Kenapa Perlu Pilih Kelas Tuisyen Online UPKK Dan PSRA 2023 Bersama Fly High Education Centre



Sebagai ibu bapa kita tentunya mengiginkan anak anak kita mendapat pendidikan sempurna dalam pendidikan agama. Bagi memastikan anak anak kita berjaya, ibu bapa perlu pastikan emosi anak anak dalam keadaan terjaga di samping mendapatkan tempat terbaik untuk anak anak belajar ilmu agama. 


Kelas tuisyen UPKK dan PSRA online 2023 bersama Fly High Education Centre, kelas tuisyen UPKK dan PSRA online, kelas tuisyen UPKK PSRA online Fly High



Kenapa ibu bapa perlu pilih Fly High Education Centre sebagai pusat tuisyen online terbaik untuk anak anak yang bakal menduduki UPKK dan PSRA. Sepertimana yang KakYa tahu setakat ini, Fly High Education Centre adalah pusat tuisyen online yang berjaya melahirkan ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan UPKK dan PSRA setelah belajar di sini

Fly High Education Centre salah satu pusat tuisyen online yang memperkenalkan guru guru bertauliah serta mempunyai pengalaman yang cukup luas bagi membimbing para pelajar untuk menjawap soalan UPKK dan PSRA dengan baik. Ustaz dan Ustazah akan sentiasa bersedia mengajar tanpa jemu secara konsisten bagi memastikan kecemerlangan anak anak dalam UPKK dan PSRA. 


Jadual Kelas Tuisyen Online UPKK Dan PSRA 2023/2024 Di Fly High Education Centre



Untuk memudahkan ibu bapa, KakYa kongsikan kat sini Jadual Kelas UPKK dan PSRA 2023. Ibu ayah dan anak anak boleh lihat dahulu jadual yamg tersedia untuk memudahkan memilih kelas untuk anak anak. 


Kelas tuisyen UPKK dan PSRA online 2023 bersama Fly High Education Centre, kelas tuisyen UPKK dan PSRA online, kelas tuisyen UPKK PSRA online Fly High


Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut Berkenaan Kelas Tuisyen Online UPKK Dan PSRA 2023 Di Fly High Education Centre



Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kelas dan juga pendaftaran tuisyen UPKK dan PSRA online 2023 anjuran Fly High Education Centre, sila klik link whatsapp di bawah;


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. terbaik... anak sy mmg UPKK tahun ni.. tq share info

    BalasPadam
  2. kelas best...ustaz pun syok...Kelas Tuisyen Online Terbaik Semestinya Hanya di ReLYedu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.