Misi Menabung Wang Kertas RM5 Selama Setahun Berjaya Dilaksanakan

Misi Menabung Wang Kertas RM5 Selama Setahun Berjaya Dilaksanakan


Assalamualaikum, Hi korang! Bersua lagi di ruangan bisu tanpa suara ini. Syukur alhamdulillah Allah masih bagi ruang dan juga peluang untuk KakYa bernafas pada hari ini. Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat kesihatan yang KAU anugerahkan buat hambaMU ini. 

Menabung wang kertas RM5, hasil menabung, faedah menabung,rezeki rajin menabung,duit tabung,simpan duit tabung di Tabung Haji,jom menabung,bijak wang

Malam ni nak citer sikit kejayaan KakYa menabung wang kertas RM5 selama setahun.  KakYa mula menabung wang kertas RM5 pada awal Januari 2022. Kiranya start 1 Januari 2022 bermulalah perjalanan KakYa dalam misi menabung  wang kertas RM5. Kalau sebelum ni misi menabung RM1 berjalan selama beberapa tahun dengan jayanya, kalini KakYa cuba dengan misi menabung wang kertas RM5 pula. 

Ini adalah tahun pertama KakYa cuba dengan wang kertas RM5. Takut juga sebenarnya sebab KakYa kan tak kerja, hanya surirumah dan blogger part time jer kan. Takut misi nak kumpul setahun tu tak kesampaian. 


Terima Kasih Encik Suami


Tapi dengan semangat dan dorongan (bukan dorongan sebenarnya tapi lebih kepada CABARAN)  dari encik suami, alhamdulillah misi KakYa selama setahun akhirnya berjaya bilamana berakhirnya bulan Disember beberapa hari lepas. Kiranya 31 Disember 2022 adalah tarikh terakhir untuk KakYa masukkan duit RM5 kat dalam tabung. Kebetulan last day ada sekeping RM5. 

Masa 1 Januari 2023 ingatkan nak kira jumlah yang berjaya KakYa simpan tapi masa tak mengizinkan. 3 Januari 2023 barulah ada masa untuk kira jumlah yang ada kat dalam Tabung RM5 KakYa. 

Menabung Wang Kertas RM5
Syukur alhamdulillah berjaya menabung wang kertas RM5 selama setahun 


Akhirnya Berjaya Kumpul Wang Kertas RM5 Sebanyak RM2800 Selama Setahun


Agak agak berapa la ya Saving RM5 KakYa berakhir 31 Disember 2022 baru baru ni. Kalau korang nak tahu KakYa dapat kumpul RM2800 wang kertas RM5 sepanjang tahun 2022. Terus istiqamah dengan RM5 dan inilah hasilnya. Walau kekadang tergelincir jugak tapi syukur alhamdulillah masih setia menyimpan wang kertas RM5 dengan jayanya. Kiranya 2022 satu kejayaan besar buat KakYa bilamana berjaya melaksanakan misi ini. 

Kalau korang nak tahu, pernah la jugak KakYa rasa nak guna bila nampak duit hijau makin banyak. Rasa cam nak beli barang la nak beli makanan la nak beli tu la nak beli ni la. Macam macam rasa bila nampak banyak. Sampai camtu sekali godaan duit hijau. 


Nak Beli Apa Dengan Duit Hasil Menabung


Tapi encik suami la yang selalu cabar KakYa cakap tunggulah sikit kita tengok hujung tahun nanti lagi banyak. Boleh jer nak beli apa awak nak. Hahaha nak beli apa jer sebenarnya takde target nak beli apa apa pon tapi nak simpan kat Tabung Haji la kot nanti atau beli emas hehehe. Nama pon orang perempuan tak sah la kalau tak terliur dengan emas. Kita tengok la nanti nak beli apa sebab tak tahu lagi apa yang best untuk dibeli. Tungguuuu!!!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. wahh hasil lumayan ya kak ya. kena buat jugak ni mcm kak ya

    BalasPadam
  2. alhamdulillah :)
    tahniah. lumayan tu. bermula dari rm5 menjadi rm2800.
    wow! kagum.

    mcm nak tiru la. tapi da lambat 14 hari.
    kalau aida, aida nak beli emas. sekarang dlm la sekitar 8g, seutas rantai tgn.
    wah, terinspirasi lah :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.