Air Hampir Masuk Rumah

Air Hampir Masuk Rumah

Assalamualaikum, Hi korang! Bertemu lagi kita pada harini. KakYa doakan korang dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Ok pagini nak citer mengenai rumah KakYa hampir banjir. Kisah air hujan yang hampir masuk dalam rumah tengah malam semalam. Allahu akbar!


Tidur Awal Sebab Sakit Kepala


Semalam KakYa tido awal sebab sakit kepala dan bengang telinga. Hujan dari pagi membawa ke malam. Anak anak baru jer nak tido lepas tonton perlawanan bola sepak akhir Piala Dunia 2022 Argentina vs France. Nak jadi cerita KakYa terkejut dari tidur sebab guruh berdentum dentam siap sekali dengan kilat. 

KakYa ni kalau hujan biasa biasa ok jer tidur tapi kalau sekali guruh dan kilat memang tak boleh tido. Jenis dari kecik cam gitu. Asal guruh dentum dentam sekali dengan kilat, memang tak boleh nak lelap mata. 

Terkejut Tidur Sebab Bunyi Guruh Dan Kilat Sabung Menyabung


Terkejut dari tidur jam 2 pagi camtu. Terus kejutkan encik suami takut anak anak charge phone tak ingat nak off. Tambah pulak dengan guruh dan kilat sabung menyabung. Encik suami bangun dan terus tanya  semalam hujan tak berenti ke? Ntah la saya tidur ni baru sedar. Tapi hujan kan sejak petang semalam dan sebelum tidur memang hujan je memanjang. 

Dek kerana mengantuk sangat KakYa sambung tido tapi encik suami kejut balik. Dia cakap bangunlah air dah depan pintu rumah. Sikit lagi nak masuk dalam rumah. Terus bingkas bangun, jenguk kat luar. Ya Allah mula mula nampak sandal san selipar dah berenang renang kat depan pintu rumah. Jenguk lagi tengok tengok setengah inci  lebih kurang air nak masuk dalam rumah. 

Allahuakbar tak pernah lagi jadi camni. Terus dalam hati doa minta kat Allah, jangan la banjir sebab tak bersedia nak hadapi banjir. Doa lebih kurang gitu la masa tu. On the spot keluar ayat tak bersedia nak hadapi. Allahu akbar lemahnya rasa hati. 

13 Tahun Menetap Kat Sini Tak Pernah Air Naik Hingga Depan Pintu


13 tahun duk sini tak pernah berhadapan dengan banjir tetiba tengah malam semalam air naik laju sebab hujan lebat dan longkang depan rumah melimpah. Terus kepala jadi jammed tatau nak buat apa. 

Teringat sijil sekolah anak anak aduk kat dalam kabinet bawah. Haaa tu mula mula KakYa ingat .. Sijil sekolah anak anak! Terus minta Iman dan Akif ambik semua fail sijil masukkan kat dalam almari tinggi. Settle hal fail sijil anak anak. 

Siapkan Apa Yang Patut Masuk Beg


Pastu pening kepala nak buat apa sebab Iman dan Akif duk tanya nak buat apa lagi ni. Terus minta diaorang angkat bakul bakul baju naikkan atas kerusi pastu simpan barang barang kat bawah ke tempat yang tinggi. Lepas settle angkat barang, minta anak anak siapkan beg pakaian diaorang satu sorang. Masukkan dalam beg sekolah jer senang nanti. 

KakYa pulak siapkan pakaian KakYa dan encik suami kat dalam satu beg. Encik suami cam biasa jenis tenang setenang alam, relaks jer dia masa kita duk kalut. Dia duk tenung jer air kat depan muka pintu tu haaaa. 

Tenung Air Depan Pintu


Pastu settle simpan pakaian semua terus tanya encik suami, mesin basuh ngan peti nak kena angkat ke ni? Nak angkat naik kat mana ni? Diam jer dia tak jawap lagi. Tengah fikir la gamaknya. 

Boleh pulak dia tenung air kat depan pintu lagi sekali. Masa ni hujan dah reda takde la lebat mana. Terus encik suami cakap. Takpe la takyah angkat lagi la air surut dah sikit ni nampak dah turun sikit sikit ke longkang.  Ohh rupa rupanya dia duk tenung air tu dia tengok air tu makin tinggi atau makin surut. KakYa jenguk kejap pastu nampak air makin surut. 

Alhamdulillah Air Semakin Surut


Alhamdulillah lega sangat rasa bila nampak air makin surut dan tak melimpah masuk dalam rumah. Syukur Alhamdulillah. Bila dah nampak air makin surut memang rasa lega tu takleh nak citer camne. Mula mula cemas pastu lega ... Allahu! Perasaan tu tak tahu lagumana nak citer. Bila dah ok semua, hujan pon dah berenti terus masuk tido balik dalam kul 4 pagi camtu. 

Bangun subuh tadi jenguk kat luar lagi sekali air kat longkang tepi rumah dah takde dah. Encik suami pegi jenguk kat longkang depan rumah air masih ada lagi. Tapi ok la sebab yang kat tepi rumah dah takde. Syukur alhamdulillah. 

Hujan Masih Lagi Turun Tak Henti Henti


Pagi tadi encik suami nak pegi kerja. KakYa cakap takyah pegi la kot banjir kan, saya bimbang ni. Dia cakap takpe tak naik dah tu kalau takde air dah kat longkang tepi rumah. Ok! Takpe la kalau gitu. Jadi pagi tadi lepas encik suami pegi kerja, KakYa ni kan kejap kejap intai longkang kat luar tu takut air naik tetiba. Ya la takut la jugak, hujan masih lagi tak berenti sejak subuh tadi hinggalah sekarang ni dah nak masuk 1 tengah hari. 

Moga moga hujan reda la nanti dan air kat longkang luar rumah ni lagi cepat surut barulah lagi lega rasa hati ni. Ya Allah, aku mendoakan moga tak banjir kat sini Ya Allah. Moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan juga jiran jiran kami Ya Allah. Aamin aamin Ya Mujib.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sekarang ni musim hujan kena berhati-hati :)

    BalasPadam
  2. Aamin aamin aamin Ya Mujib 🤲
    Moga Allah pelihara Kakya sekeluarga dari sbrg musibah khususnya banjir ni. Stay alert Kakya.

    BalasPadam
  3. Stay safe kak.. Mcm rumah sy kat Sabah setiap kali hujan lebat saja mesti banjir.. huhu dah 2 kali rumah masuk air.. paling dasyat kena banjir kali pertama sebab masa tu rumah byak sgat lubang tikus.. air masuk melimpah kat mana-mana haha.. Mmg selalu panik setiap kali banjir..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.