Menang Hadiah Pasu Mahal Dari Ya Muhammad

Menang Hadiah Pasu Mahal Dari Ya Muhammad


Assalamualaikum! Hi korang. Apa khabar pagini. Alhamdulillah KakYa sihat cuma ada rasa sakit kepala sikit tapi tetap nak menulis juga pagini. Nak kongsi cerita gembira kat entri kalini. 

Citernya camni, baru baru ni dalam 4 hari lepas KakYa ada la ternampak satu post dari friendlist instagram dan facebook KakYa iaitu Ya Muhammad. Kat dalam post tu, beliau cakap nak bagi hadiah berupa sebuah pasu berharga RM250+ kepada salah seorang follower instagram beliau dengan hanya komen "Nak" pada post instagram beliau dan pemenang akan diumumkan dalam masa 24 jam.



KakYa apalagi kalau bab hadiah ni memang laju. Hahaha, tapi sebab utama KakYa join adalah nak support sahabat.  Dengan lafaz Bismillah terus komen Nak kat post tersebut. Ok selesai dah join. InsyaAllah ada la rezeki kalau memang Allah dah tentukan itu rezeki KakYa. Doa dalam hati nak pasu cantik tu. Harga pulak kemain cantik lagi. Sapa tak nak kan? Opkos la nak. Nak pasu cantik tuuuu ... 

Alhamdulillah Rezeki KakYa Dapat Pasu Cantik


Bangun pagi dua hari lepas Ya Muhammad ada mention nama KakYa kat post komen nak bagi hadiah tu. Terus baca ... "Pasu putih yang cantik seperti ini saya hadiahkan kepada Puan lyaakifimtiyaz" . Alhamdulillah rezeki KakYa dapat pasu tu. Syukur alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat kan? Yeay yeay KakYa dapat pasu mahal hahahaha .. 

Dah dapat pasu mahal, terus duk tertanya tanya kat dalam hati, nak tanam pokok apa kat dalam pasu ni nanti. Pasunya belum dapat lagi, kita tunggu pengeposan. Agak agak pokok apalah yang sesuai untuk pasu jenis panjang yang bakal tiba kat rumah nanti. Apapon kita tunggu pasu dulu baru kita fikir nak tanam pokok apa. Tapi tapi tapi pasu tu besar oiiii nak letak kat mana la nanti dengan laman kita yang tak berapa nak luas mana tu. Nanti kita fikirkan, yang penting nok kabo lagi sekali KakYa Menang Motor .. eh silap KakYa Menang Pasu Mahal! 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak ye

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki 🤲
    Kita pulak yg tak sabar nak tengok pasu mahal tu hihi....

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.