Bagus Servis Kurier Pgeon Delivery

Bagus Servis Kurier Pgeon Delivery

Baru baru ni KakYa ada terima satu bungkusan barang yang di hantar menggunakan Pgeon Delivery. Sebenarnya ini adalah pengalaman kali pertama KakYa dengan kurier Pgeon dan pertama kali jugak KakYa tahu ada kurier nama Pgeon. Ya ini pertama kali, seyes tak tipu sebab memang KakYa tak tahu pon sebelum ni. Korang tahu ke ada kurier servis nama Pgeon? 

KakYa biasa dengan Pos Laju, Flash, Airpak Express, City-Link Express, GD Express, J&T Express, Skynet, Ninja Van, DHL, Abx Express, FedEx dan beberapa lagi kurier yang KakYa tak berapa ingat dah apa namanya tapi dengan kurier Pgeon inilah kali pertama. Okey oleh kerana KakYa suka dengan servis Pgeon ni, jadi KakYa up satu entri kat sini. Sebenarnya entri ni untuk adik Pgeon yang hantar barang kat rumah KakYa aritu. Tapi KakYa rangkum sekali dengan servis sebab nak panjangkan sikit entri ni. 

Dapat Email Pgeon Dah Collect Barang Untuk Penghantaran


Servis kurier Pgeon, Pgeon Delivery, Kurier Pgeon, Pgeon kurier penghantaran terbaik, servis penghantaran barang di Malaysia, Pgeon Delivery terbaik

Sebelum penghantaran barang, KakYa ada dapat email dari pihak Pgeon memaklumkan barang  tersebut dah di ambil oleh abang Pgeon dari penghantar dan KakYa akan dapat notis bila barang tersebut akan dihantar ke rumah KakYa nanti. Wah! dia collect barang pon dia inform kat kita. Bagus sangat camni. Terbaik Pgeon!
 
Servis kurier Pgeon, Pgeon Delivery, Kurier Pgeon, Pgeon kurier penghantaran terbaik, servis penghantaran barang di Malaysia, Pgeon Delivery terbaik

Pagi esoknya KakYa dapat satu lagi email dari pihak Pgeon, bagitahu barang akan di hantar pada hari tersebut dan anggaran masa untuk penghantaran bermula 9.30 pagi sehingga 6 petang. Kan senang bila ada email camni, kita lebih alert dengan penghantaran barang. 

Jadi bila dah tahu waktu mana dan bila tarikh penghantaran amatlah memudahkan KakYa yang kekadang suka keluar ke sana ke mari ni haaaa. Tahu barang nak sampai, duk dediam kat rumah takyah nak gi jalan sangat KakYa oii.

Bagus Sungguh Adik Pgeon Ni Siap WhatsApp Lagi


Servis kurier Pgeon, Pgeon Delivery, Kurier Pgeon, Pgeon kurier penghantaran terbaik, servis penghantaran barang di Malaysia, Pgeon Delivery terbaik

Bila dah tahu orang nak hantar barang, kita standy kat rumah jer la haritu. Kebetulan tak plan nak pegi mana mana duk rumah jer masa tu. Hati tertanya tanya jugak la jam berapa la Pgeon ni nak datang nanti. Tapi selagi belum jam 6 petang KakYa ok jer la sebab dah bagitahu kat email 9.30 pagi hingga 6 petang. Kita tunggu!

Jam 2.45 petang KakYa dapat satu wasap dari nombor yang tak dikenali. Bila check wasap, dari adik Pgeon rupanya yang hantar. Kat mesej wasap tu siap bagitahu nama dia Muhammad... dari kurier Pgeon akan sampai dalam masa 15 minit ke 1 jam. Jadi KakYa ok je takde masalah bila dah di bagitahu gitu. Kita duk umah jer tak keluar mana mana takde hal la sampai jam berapa pon. Ok jer.

Pastu dalam jam 3.25 petang KakYa dapat satu lagi mesej wasap dari adik Pgeon yang dia sampai kejap lagi sebab nak singgah masjid jap katanya. Bagus budi pekerti adik Pgeon ni siap bagitahu lagi, maybe dia takut kita tunggu lama la kot jadi dia bagitahu awal awal. 

Setakat ni takde lagi la dapat wasap dari kurier lain. Kekadang tu kan kita duk dalam rumah pon tak sedar orang tinggal barang kat dalam pagar. Huhuhu. Tapi adik Pgeon ni bagus betul. Terbaik dalam memudahkan urusan orang lain. Memang terbaik. KakYa bagi 5 bintang. 

Tak sempat jumpa adik Pgeon tu masa hantar barang sebab KakYa kat dapur masa tu. Akif yang keluar ambil barang. Apa apa pon terima kasih adik Pgeon untuk servis yang terbaik ini. Yang baik kita kongsi!

Kalau ada ramai yang macam adik Pgeon ni lagi la bagus. Memudahkan kita yang duk menunggu. Kalau semua kurier servis buat cam gini pon bagus. Lagi orang suka nak guna servis diaorang bila ada sistem camni dan pekerja yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Semoga Terus Maju Jaya Pgeon Delivery


Ok sedikit ucapan untuk Pgeon Delivery dari seketul KakYa. Semoga kurier penghantaran Pgeon Delivery terus berkembang maju dan menjadi yang terbaik di Malaysia. Ucapan ikhlas dari pelanggan yang berpuas hati dengan servis yang diberikan. Tq Pgeon! 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bagus adik ni 👍
    PH belum pernah guna Pgeon tapi ada juga kurier lain akan sms/WA bagitau nak datang. Memudahkan kedua-dua pihakkan...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.