Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus (Doa Ketika Kesusahan Dan Kesempitan)


Assalamualaikum, Hi korang. Pagini KakYa nak kongsi dengan korang satu doa yang cukup bagus diamalkan iaitu Doa Nabi Yunus (Doa ketika kesusahan dan kesempitan). Sama sama kita amalkan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. InsyaAllah. 

Bacaan Doa Nabi Yunus 




Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin

Maksudnya:

Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Surah Al-Anbiya ayat 87)


Kelebihan Doa Nabi Yunus


Apakah kelebihan Doa Nabi Yunus. Antara kelebihan mengamalkan Doa Nabi Yunus;

- Diampunkan dosa, dan dikeluarkan daripada kesulitan

Dari kisah Nabi Yunus AS, baginda menghadapi kesulitan dalam tiga kegelapan iaitu kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam. Namun dengan izin Allah SWT setelah baginda membaca doa itu, baginda telah dikeluarkan dari perut ikan, dan selamat.

Dalam surah As-Soffat ayat 143 dan 144, Allah menyatakan:

Maksudnya: “Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), tentulah dia (Nabi Yunus) akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.”

- Dimakbulkan doa dan permintaan

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.”(HR Ahmad, dinilai sahih oleh Ahmad Syakir)

Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya 


Doa Nabi Yunus adalah salah satu doa yang terkandung dalam Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya.

Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya

Berminat nak dapatkan Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya, korang boleh tekan link kat bawah;

wasap.my/60199202004/BukuAHWBB
wasap.my/60199202004/BukuAHWBB
wasap.my/60199202004/BukuAHWBB


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. selalu baca doa ni kalau nak keluar rumah, nak balik takde grab, tertinggal bas...dengan harapan Allah permudahkan urusan

    BalasPadam
  2. Aamin, aamin YRA. semoga urusan kita dipermudahkan

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.