Air Force The Movie : Selagi Bernyawa

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa


Assalamualaikum, Hi korang. Semalam KakYa ada tengok trailer Air Force The Movie : Selagi Bernyawa. Semangat pulak rasa tengok trailer pon dah rasa cam best jer filem ni. Nak kena pegi pawagam jugak la nanti nak tengok filem ni dengan family. Tambah tambah sekarang ni dah nak masuk hari kemerdekaan, lagi la semangat nak tonton filem ni. 

Kalau dulu dulu zaman KakYa sekolah dulu duk tengok citer Wira Angkasa pon rasa semangat lain macam dah. Sekarang kita ada Air Force The Movie : Selagi Bernyawa. Bangga la jugak kita ada filem camni. Ni la yang kita nak. Jangan asyik duk layan style CEO Megah Holding jer. Kita perlukan movie macam ni la untuk kembangkan lagi industri perfileman kita. Tak gitu?


Kredit Video: Air Force The Movie: Selagi Bernyawa - Official Trailer


Air Force The Movie diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar yang sebelum ini pernah mengarahkan filem J Revolusi (2017) dan Frank See yang pernah menulis skrip filem PASKAL (2018). 

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Filem Aksi Ketenteraan Malaysia


Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ialah sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2022 arahan bersama Zulkarnain Azhar dan Frank See dengan skrip oleh Zulkarnain, See, Peter Toyat dan Opie Harris. 

Ia mengisahkan mengenai Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak. Manakala pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka. 

Dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi, filem ini dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022.

Sinopsis Air Force The Movie : Selagi Bernyawa


Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. 

Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Barisan Pelakon Air Force The Movie: Selagi Bernyawa


Filem ini dilakonkan oleh barisan pelakon yang mantap dan berpengelaman seperti Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Carmen Soo sebagai Marya, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Fezrul Khan, Esma Daniel, Sangeeta Krishnasamy, Iman Corrine, Anas Ridzuan, Niezam Zaidi, Aqasha, Muhammaad Saidi, Seelan Manoheran dan ramai lagi.

Bangkitkan Semangat Patriotisme Sempena Hari Kebangsaan Ke 65


Semoga filem Air Force The Movie: Selagi
Bernyawa mampu berdiri sama tinggi dengan filem-filem bertaraf antarabangsa yang lain dan mampu membangkitkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaaan yang ke-65 nanti. Jom kita support filem kita. 

Kalau Pilih Untuk Berjuang Jangan Seincipon Berundur

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Saya pun tak sabar nak tengok. Seronok tengok filem Malaysia ada perubahan

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.