Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 Berlangsung Pada 1 Hingga 30 Jun 2022

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 Berlangsung Pada 1 Hingga 30 Jun 2022 


Assalamualaikum, hi korang! Petang ni KakYa nak warwarkan mengenai Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022. Jom ramai ramai kita sertai Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022. Untuk pengetahuan korang pertandingan kuiz online ini bakal berlangsung selama sebulan bermula pada 1 hingga 30 Jun 2022. Wow lama tu sebulan kuiz berlangsung. 

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022, ASEAN National Quiz Competition 2022,Uji  pengetahuan tentang Asean, pertandingan online kuiz ASEAN

Korang jangan tunggu lagi, inilah peluang korang untuk menyerlahkan lagi pengetahuan korang tentang ASEAN dan korang boleh menjadi antara pemenang hadiah lumayan yang berjumlah RM19,000! Lumayan sungguh hadiah yang ditawarkan. 

Nak menang hadiah ke tak? Kalau nak, tunggu apa lagi! jom sertai dan uji pengetahuan korang tentang ASEAN sekarang juga. Jom ramai-ramai daftar untuk menyertai Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022!

Kategori Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022


Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 iaitu; 

Kategori Murid Sekolah : Untuk warganegara Malaysia yang berumur antara 15 hingga 17 tahun (sekolah menengah kerajaan dan swasta).
Kategori Terbuka : Untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022, ASEAN National Quiz Competition 2022,Uji  pengetahuan tentang Asean, pertandingan online kuiz ASEAN

Asalkan korang seorang warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun dan keatas, korang layak untuk menyertai Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 mengikut kategori yang sesuai dengan umur korang.

Terma Dan Syarat Penyertaan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022


Terma dan syarat penyertaan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022.

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 15 - 17 tahun bagi Kategori Murid Sekolah dan berumur 18 tahun ke atas bagi Kategori Terbuka.
3. Dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris
4. Kuiz dijawap secara dalam talian (online) menggunakan desktop, laptop, telefon pintar atau gajet lain yang bersesuaian.
5. Pendaftaran adalah secara dalam talian melalui aplikasi rasmi Kuiz ASEAN 2022 di laman web Jabatan Penerangan Malaysia yang akan dibuka mulai 1 Jun 2022.
6. Hanya peserta yang berdaftar dengan maklumat lengkap sahaja layak menyertai Kuiz ASEAN 2022.
7. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/membatalkan kelayakan peserta yang memalsukan maklumat atau melanggar syarat dan peraturan pertandingan.
8. Semua peserta bertanding atas kapasiti individu (bukan secara berkumpulan), walaupun mewakili sekolah /institusi pengajian/organisasi yang sama. 
9. Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 adalah free download kuiz dan akan berlangsung selama 30 hari iaitu mulai 1 hingga 30 Jun 2022 dalam tiga tahap iaitu:
a) Tahap 1 :  Tiada had jumlah percubaan 
b) Tahap 2Tiada had jumlah percubaan
c) Tahap 3 : Tiga (3) kali had percubaan bagi setiap peserta
10. Hanya peserta peserta yang telah melengkapkan Tahap1 hingga Tahap 3 sahaja yang layak dipertimbangkan sebagai pemenang.
11. Lima belas (15) peserta terbaik Kategori Murid Sekolah yang berjaya menamatkan Tahap 3 akan bertanding dalam live quiz (final) secara dalam talian bagi menentukan senarai pemenang. 
12. Tiga (3) pemenang utama dalam Kategori Murid Sekolah berumur 15 hingga 17 tahun akan mewakili Malaysia ke ASEAN Quiz Regional Level di Myanmar.
13. Pemilihan pemenang Kategori Terbuka adalah berdasarkan kepada kejayaan peserta menamatkan Tahap 3 dengan markah tertinggi. Kepantasan masa menjawap soalan akan diambil kira sekiranya terdapat persamaan markah. 
14. Maklumat lanjut pemenang boleh di perolehi di www.penerangan.gov.my dan Facebook Jabatan Penerangan Malaysia, IRDivision, dan ASEAN Quiz Malaysia pada Ogos 2022.
15. Senarai pemenang dan keputusan panel hakim yang dilantik oleh penganjur adalah MUKTAMAD.
16. Semua data peribadi peserta yang dikumpulakan dan disimpan oleh Jabatan Penerangan Malaysia hanya diguna pakai bagi tujuan Kuiz ASEAN dan tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta709).

Hadiah Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022


Mesti korang tak sabar nak tahu hadiah menarik yang bakal di menangi oleh peserta yang bertanding dalam Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022. Hadiah yang ditawarkan adalah;

- Johan : Hadiah Wang Tunai RM2,500 beserta Trofi dan Sijil

- Naib Johan : Hadiah Wang Tunai RM1,500 beserta Trofi dan Sijil

- Tempat Ketiga : Hadiah Wang Tunai RM1,000 beserta Trofi dan Sijil

- Keempat dan Kelima : Hadiah Wang Tunai RM750 beserta Sijil

- 10x Saguhati : Hadiah Wang Tunai RM300 beserta Sijil

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022, ASEAN National Quiz Competition 2022,Uji  pengetahuan tentang Asean, pertandingan online kuiz ASEAN

Adakah korang yang bakal terpilih sebagai pemenang? Tarikh pertandingan dah semakin dekat ni. Debaran pon dah kian terasa. Dengan 2 kategori yang dipertandingkan dan hadiah berjumlah RM19,000, Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan Edisi 2022 bakal menjadi lebih hangat tahun ini.

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022, ASEAN National Quiz Competition 2022,Uji  pengetahuan tentang Asean, pertandingan online kuiz ASEAN

Oh ya, sebelum terlupa KakYa nak bagitahu kat korang, 3 pemenang terbaik dari Kategori Murid Sekolah bakal mewakili Malaysia untuk bertanding dalam ASEAN Quiz 2022 Regional Level yang bakal berlangsung di Myanmar. 

Maklumat Lanjut Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022


Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 sila layari laman sesawang dan sosial media dibawah;

Facebook : IRDivision 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. menarik. tapi cari link nak daftar tak jumpa pulak. good luck kak Ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Link belum ada lagi SM . Tunggu 1 June baru link pendaftaran di buka kat website Jabatan Penerangan Malaysia.

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.