Resipi Semperit Klasik Rasa Dulu Dulu

Resipi Semperit Klasik Rasa Dulu Dulu


Assalamualaikum, Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah dah masuk 8 Ramadhan dah kita harini. Syukur alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik untuk terus berpuasa. Pagi ni KakYa nak kongsi dengan korang Resipi Semperit Klasik rasa dulu dulu. 

Sekarang ni dah kurang orang buat Semperit Klasik, masing masing suka buat yang versi moden. KakYa paling suka Semperit Klasik ni,  tapi nak buat tu la tak pernah nak ON. Biasa kalau nak makan KakYa akan minta adik KakYa yang nombor tiga tolong buatkan. Dia kalau bab bab buat kuih muih memang pakar. KakYa takler, tukang makan jer dari dulu hingga kini. Hahahaha.

Resipi Semperit Klasik rasa dulu dulu, cara buat biskut semperit, biskut raya paling sedap, semperit klasik, semperit rangup dan sedap, kuih semperit
 Semperit Klasik Rasa Dulu Dulu
Kredit Gambar : Ahlia Muhammmad H

Resipi Semperit Klasik Versi Rangup 


Bahan bahan yang diperlukan adalah;

- 250g Planta
- 1 cawan gula icing (boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis)
- 1 biji kuning telur
- 1 penutup kecil esen vanila
- Pewarna kesukaan masing masing. ( tak pakai pewarna pon takpe)
- 1 Cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung kastart
- 2 cawan tepung gandum Cap Rose (tuang sikit sikit)
- 1 sudu kecik Serbuk Emplex (jangan membukit).  Fungsinya merangupkan biskut.

Cara Cara Masak Semperit Klasik Versi Rangup


- Kacau sebati planta dan gula icing hingga sebati sahaja 
- Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan tepung jagung dan tepung kastart. Kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum 2 cawan. Tuang sikit sikit dan masukkan sekali Serbuk Emplex.
- Uli sehingga adunan tak melekat di tangan.
- Boleh terus bentukkan adunan.
- Bakar Suhu 150 - 20 Minit, Oven 25L .

Ok resipi dah ada ni. Nanti kalau korang ada masa boleh la buat untuk family korang raya nanti. Buat sendiri lagi best. Ikut kita nak buat banyak mana, nak buat warna apa, takde yang nak marah. Janji ada sifat rajin nak buat. Selamat mencuba korang!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. semperit klasik la yg paling sedap kan. simple tapi sedap

    BalasPadam
  2. Semperit klasik memang sedap. Tahun ni anak yang umur 10 tahun offer diri nak buat. Jangan dia tinggal sekerat jalan sudahlah. Pengsan mama tak bangun sahur nanti

    BalasPadam
  3. Hari ni kami nak repeat buat semperit. Las buat semperit masa raya awal PKP itu hari. Merata cari acuan semperit.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.