Resipi Semperit Klasik Rasa Dulu Dulu
Assalamualaikum, Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah dah masuk 8 Ramadhan dah kita harini. Syukur alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik untuk terus berpuasa. Pagi ni KakYa nak kongsi dengan korang Resipi Semperit Klasik rasa dulu dulu.
Sekarang ni dah kurang orang buat Semperit Klasik, masing masing suka buat yang versi moden. KakYa paling suka Semperit Klasik ni, tapi nak buat tu la tak pernah nak ON. Biasa kalau nak makan KakYa akan minta adik KakYa yang nombor tiga tolong buatkan. Dia kalau bab bab buat kuih muih memang pakar. KakYa takler, tukang makan jer dari dulu hingga kini. Hahahaha.
Semperit Klasik Rasa Dulu Dulu
Kredit Gambar : Ahlia Muhammmad H
Resipi Semperit Klasik Versi Rangup
Bahan bahan yang diperlukan adalah;
- 250g Planta
- 1 cawan gula icing (boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis)
- 1 biji kuning telur
- 1 penutup kecil esen vanila
- Pewarna kesukaan masing masing. ( tak pakai pewarna pon takpe)
- 1 Cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung kastart
- 2 cawan tepung gandum Cap Rose (tuang sikit sikit)
- 1 sudu kecik Serbuk Emplex (jangan membukit). Fungsinya merangupkan biskut.
- Kacau sebati planta dan gula icing hingga sebati sahaja
- 1 cawan tepung kastart
- 2 cawan tepung gandum Cap Rose (tuang sikit sikit)
- 1 sudu kecik Serbuk Emplex (jangan membukit). Fungsinya merangupkan biskut.
Cara Cara Masak Semperit Klasik Versi Rangup
- Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan tepung jagung dan tepung kastart. Kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum 2 cawan. Tuang sikit sikit dan masukkan sekali Serbuk Emplex.
- Uli sehingga adunan tak melekat di tangan.
- Boleh terus bentukkan adunan.
- Bakar Suhu 150 - 20 Minit, Oven 25L .
Ok resipi dah ada ni. Nanti kalau korang ada masa boleh la buat untuk family korang raya nanti. Buat sendiri lagi best. Ikut kita nak buat banyak mana, nak buat warna apa, takde yang nak marah. Janji ada sifat rajin nak buat. Selamat mencuba korang!
Ok resipi dah ada ni. Nanti kalau korang ada masa boleh la buat untuk family korang raya nanti. Buat sendiri lagi best. Ikut kita nak buat banyak mana, nak buat warna apa, takde yang nak marah. Janji ada sifat rajin nak buat. Selamat mencuba korang!
3 Ulasan
semperit klasik la yg paling sedap kan. simple tapi sedap
BalasPadamSemperit klasik memang sedap. Tahun ni anak yang umur 10 tahun offer diri nak buat. Jangan dia tinggal sekerat jalan sudahlah. Pengsan mama tak bangun sahur nanti
BalasPadamHari ni kami nak repeat buat semperit. Las buat semperit masa raya awal PKP itu hari. Merata cari acuan semperit.
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.