Good Luck Nur Aina Insyirah For SPM 2021 Exam

Good Luck Nur Aina Insyirah For SPM 2021 Exam


Selamat menduduki peperiksaan SPM 2021 buat anak KakYa, Nur Aina Insyirah Suhaimi. Semoga Allah mempermudahkan urusan anak sulung KakYa, Nur Aina Insyirah Suhaimi untuk menjawap dengan baik soalan soalan SPM bermula 02.03.2022 hingga tamat peperiksaan SPM pada 29.03.2022. 

Semoga Allah memberikan ilham dan melancarkan penulisan anakanda Nur Aina Insyirah utuk menjawap dengan betul dan tepat sebagaimana soalan. Semoga anakanda Insyirah diberikan ketenangan hati dalam menjawap semua soalan. InsyaAllah. 

Umi, abah dan adik adik mendoakan agar kakak  dipermudahkan segala urusan dalam menduduki peperiksaan SPM 2021 bermula 02 Mac  2022 sehingga 29 Mac 2022. Good luck buat kakak dan rakan rakan. 


Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2021 Nur Aina Insyirah Suhaimi Dan Sahabat Seperjuangan


Umi, abah dan adik adik doakan kakak dan rakan rakan seperjuangan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. Semoga Allah permudahkan untuk kakak dan rakan rakan seperjuangan dalam menjawap soalan, diberikan petunjuk, dilapangkan dada dan juga jiwa serta dilancarkan penulisan dalam menjawap semua soalan.  InsyaAllah.

Semoga kakak dan rakan rakan seperjuangan sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. 
Aamin aamin Ya Mujib.  

When you have confidence in yourself, nothing can stop you or obstruct your way. Good luck and all the best sweetheart  for SPM 2021 Exam.


Ya Allah,

Esok pagi bermulalah peperiksaan SPM anakku Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangannya Ya Allah. Bantulah anakku Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangannya dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi bermula esok Ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangan dihari peperiksaan esok Ya Allah. Permudahkanlah Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangan menjawab soalan ketika peperiksaan esok sehingga tamat peperiksaan. 

Ya Allah,

Berikanlah ketenangan kepada Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangan ketika menjawab soalan, jauhilah Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangan daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangan untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.  Bantulah Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangan Ya Allah. Ya Rahman Ya Rabbul Alamin perkenankanlah doaku ini Ya Allah.


Mohon Doa Dari Sahabat


Di kesempatan masa yang ada ini, KakYa ingin memohon doa daripada sahabat KakYa untuk sama sama mendoakan anak KakYa, Nur Aina Insyirah dan sahabat seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula esok 02.03.2022 dan berakhir 29.03.2022. Terima kasih buat sahabat yang sudi mendoakan.


Zikir Untuk Kecemerlangan Anak Anak 


Perkongsian zikir ini daripada Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang selalu KakYa amalkan sepanjang anak anak KakYa menduduki kertas peperiksaan. Jadi marilah sama sama kita amalkan zikir ini sepanjang anak anak kita sedang berjuang menduduki peperiksaan. Kekuatannya dari Asmaul Husna. Semoga anak anak kita beroleh kejayaan cemerlang. InsyaAllah. 


Zikir Kecemerlangan 


Allahumma : 1 kali
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid 40 kali
Bicara Hati : Ya Allah alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik : 1 kali

Allahumma : 1 kali
Ya Zohir : 40 kali
Bicara Hati  : Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan : 1 kali

Allahumma : 1 kali
Ya Fatah : 40 kali
Bicara Hati : Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul : 1 kali

Allahumma : 1 kali
Ya Baari’ : 40 kali
Bicara Hati : Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah. Aku tiada daya : 1 kali

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam.  Zikirlah. Bayangkan anak anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak anak dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.  Mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.


Amalkan juga surah-surah dan doa di bawah ini semasa anak anak sedang menghadapi peperiksaan. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan anak-anak kita menjawab segala soalan dengan tenang.


Surah Al Fatihah - 7 Kali
Selawat - 7 Kali
Subhanallah - 44 kali
Alhamdulillah - 44 kali
Allahu Akbar - 44 kali
Ya Hayyu Ya Qayyum - 21kali

Sama sama kita amalkan. Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan perkongisan ini memberi manfaat buat semua dan dirahmati Allah hendakNya. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. semoga dapat menjawab dengan baik, dilancarkan ingatan, dilancarkan penulisan dan semoga cemerlang

    BalasPadam
  2. Good luck untuk Aina Insyirah! Semoga dipermudahkan menjawab soalan dan mendapat keputusan yang baik nanti

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.