Alhamdulillah Syukur Bila Hasil Kerja Dihargai

Alhamdulillah Syukur Bila Hasil Kerja Dihargai


Alhamdulillah syukur Ya Allah, tiada apa yang lebih menggembirakan hati sebagai seorang penulis blog apabila hasil kerja kita dihargai. Tiada ungkapan paling hebat selain ucapan Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk anugerah sementara buatku untuk terus menulis. 

Tatkala hasil kerja dihargai, inilah kepuasan sebenar yang KakYa rasa sebagai penulis blog. Hilang rasa penat. Bila KakYa dapat feedback macam ni dari pihak client, hati KakYa ni kembang berbunga bunga.

KakYa tak minta untuk di puji, cukuplah jika client berpuas hati. Sungguh KakYa tak mengharapkan pujian tapi KakYa bersyukur bila ada yang menghargai. Bila client puas hati, KakYa rasa syukur sangat sangat sebab bukan senang untuk dapat kepercayaan dari client. 

Bila orang dah percaya, kita buat sehabis baik. Kita bagi 100% komitmen. Bila kita buat apa yang kita suka walaupun kadangkala ianya memenatkan tapi kita akan rasa bahagia dan gembira.

Alhamdulillah Syukur Bila Hasil Kerja Dihargai

Alhamdulillah Terima Kasih Kerana Mempercayai Saya Sebagai Penulis Blog


Syukur alhamdulillah kerana mempercayai KakYa sebagai seorang penulis blog dan KakYa ucapkan terima kasih untuk kolaborasi ini. Semoga akan ada lagi kolaborasi bersama client ini di masa maa akan datang. InsyaAllah. 

Sesungguhnya setiap apa yang kita buat, jika disertai dengan keikhlasan insyaAllah yang baik baik pasti akan datang pada kita. 

Dapat menulis dengan baik itu rezeki, dapat client yang baik juga satu rezeki. Bila kedua dua pihak bersetuju menjalinkan kerjasama dan kerjasama berjalan lancar, sesungguhnya ia satu kepuasan buat diri KakYa. Tq Allah Tq Allah. 

Terima kasih Allah untuk rezeki yang tak pernah salah alamat ini. Semoga KakYa sekeluarga di kurniakan rezeki berkat melimpah ruah, sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT setiap saat dan ketika. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.