Tidak Perlu Berusaha Menjadi Pelangi Untuk Dia Yang Buta Warna

Tidak Perlu Berusaha Menjadi Pelangi Untuk Dia Yang Buta Warna 

Nukilan kata tidak perlu berusaha jadi pelangi untuk dia yang buta warna, satu kata kata yang KakYa cukup suka. Pada KakYa, nukilan ni cukup mendalam maknanya. Di sebalik nukilan kata indah ini, terselit makna yang cukup mendalam. Dari sudut pandangan KakYa tidak perlu berusaha jadi pelangi untuk dia yang buta warna, bermaksud kita tidak perlu ada di sisi seseorang yang tidak tahu menghargai diri kita. 

Kita seolah olah terus menceriakan hidupnya serta memberikan suasana paling indah buat dirinya tetapi dia sendiri mengganggap kita seperti tidak wujud di sisi. 

Sebaik atau sebanyak manapun pengorbanan kita pada mereka, tiada makna buat dirinya. Malah tidak sesekali untuk cuba menghargai diri kita yang selalu ada untuknya. 

Jadi kalau itu kesudahannya, untuk apa kita berdiri dan tetap teguh di sisinya sedangkan kehadiran kita langsung tidak memberi apa apa makna padanya. 

Sebaiknya kita pujuk diri kita dan jadilah pelangi untuk insan yang tahu menghargai. Menghargai apa yang kita ada dan cuba mengisi setiap kekurangan di segenap ruang yang kosong bukannya menjadi pelangi pada mereka yang mensia siakan hidup kita. 

Semoga kita menjadi insan yang lebih menghargai kehidupan ibarat munculnya pelangi dengan warna warni penuh ceria selepas hujan. 
 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. nice quote. pernah berada dalam situasi sebegitu. last-last kita yang kemurungan.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.