Layu Di Hujung Mekar Cover By Afieq Shazwan

Layu Di Hujung Mekar Cover By Afieq Shazwan | Lagu Layu Di Hujung Mekar antara lagu feveret KakYa satu masa dulu. Kiranya lagu ni salah satu lagu jiwang karat tahun 90an masa KakYa muda dulu la. Layu Di Hujung Mekar antara lagu melayu berhantu yang diminati ramai dan lagu ini salah satu lagu kesukaan dan menjadi pilihan bagi yang suka karaoke. Dulu dulu siap hafal lirik lagu ni. 

Dua tiga empat hari ni KakYa ada dengar lagu ni tapi bila di amati betul betul bukan dinyanyikan oleh Shafie vokalis kumpulan Rio penyanyi asal lagu ni tapi orang lain dengan lengguk sedikit berbeza. Bila duk usha rupa rupanya memang betul la lagu Layu Di Hujung Mekar ni telah dinyanyikan semula oleh Afieq Syazwan.

Layu Di Hujung Mekar

Terus KakYa search kat Youtube lagu Layu Di Hujung Mekar Afieq Syazwan. Perghh lagu ni trending giler sekarang ni. Layu Di Hujung Mekar versi Afieq Shazwan telah dilancarkan di Youtube rasmi FMC MUSIC SDN BHD serta semua platform music di Malaysia pada 26 November 2021 yang lalu.

Lirik Lagu Layu Di Hujung Mekar


Layu Di Hujung Mekar

Haruskah ku terus melayani perasaan?
Meskipun kutahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan?
Kerana kutahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan?

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Cintaku padamu haruskah aku teruskan?
Kerana kutahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan?

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Penyanyi : Afieq Shazwan
Komposer : Aida Anumsary Hassim
Penulis Lirik : Aida Anumsary Hassim
Label : FMC Music Sdn Bhd

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.