Ya Allah Suamiku MilikMu Ya Allah Suamiku HambaMu

Ya Allah Suamiku Milik Mu Ya Allah Suamiku Hamba Mu | Khas untuk para wanita bergelar isteri ..  Ya Allah, suamiku milik Mu Ya Allah suamiku hamba Mu. Allah, tak tahu nak cakap macam mana dan nak tulis macam mana. Diri ini rasa macam kena hempap batu besar atas kepala bila ternampak doa ini di muka surat 18 Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya.

Buku amalan harian wanita bahagia dan berjaya, buku checklist amalan, wanita bahagia berjaya, amalan harian wanita bahagia dan berjaya, buku amalan

Ya Allah Ya Wadud Ya Syakur

" Ya Allah, 
Suamiku milik Mu "

" Ya Allah,
Suamiku hamba Mu "

" Ya Allah, terima kasih kerana meminjamkan dia kepada ku hanya untuk aku berbakti kepadanya atas permintaan Mu "

" Ya Allah. Jika aku gagal berbakti kepadanya mengikut kehendakMu, bagilah aku fahaman bahawa ujian yang Kau berikan melalui suami ku itu adalah teguran dariMu untuk aku perbetulkan kesilapanku "

" Ya Allah, pulangkanlah rasa cintaku, suamiku dan anak anakku kepadaMu Ya Allah, kepada Nabi Mu dan kepada kitab Mu. Aamin aamin aamin Ya Allah Ya Mujib ". 

Menjalar Rasa Bersalah Di Hati

Tetiba jer menjalar satu rasa bersalah bila baca doa ni. Selama ini diabaikan dan ditinggalkan. Sebelum ni hanya baca doa untuk kesihatan, kesejahteraan family dan rezeki yang melimpah ruah. Tak pernah memberatkan untuk doa macam ni. Bila dah ada buku ni dan doa spesifuk macam ni rasa insaf terus. Deep sangat...

Tahniah Buat Penulis Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya 

Tahniah KakYa ucapkan kepada penulis yang berjaya menjentik jutaan hati wanita di luar sana menerusi buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya ini.

Bagi yang nak dapatkan buku ini untuk diri sendiri atau dijadikan hadiah buat yang tersayang, boleh wasap kat sini terus okey!


Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.