Good Luck Aina Insyirah For SPM 2021 Trial Exam

Good Luck Aina Insyirah For SPM 2021 Trial Exam | Selamat menduduki Trial SPM 2021 buat anak sulung KakYa, Nur Aina Insyirah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Nur Aina Insyirah dan rakan rakan seperjuangan yang akan menduduki  Trial SPM 2021 bermula 18 November 2021 sehingga 06 Disember 2021. Good luck kakak dan rakan rakan. 

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2021 Nur Aina Insyirah 


Umi doakan kakak dan rakan rakan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga Allah permudahkan untuk kakak dan rakan rakan dalam menjawap soalan, diberikan petunjuk, dilapangkan dada dan juga jiwa serta dilancarkan penulisan dalam menjawap semua soalan.  InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib.  

SPM 2021 Trial Exam, Good Luck For SPM 2021 Trial Exam
Good luck to my lovely daughter for SPM 2021 Trial Exam 

Zikir Untuk Kecemerlangan Anak Anak 


Perkongsian zikir ini daripada Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang selalu KakYa amalkan sepanjang anak anak menduduki peperiksaan. Marilah kita sama sama amalkan zikir ini sepanjang anak anak sedang menduduki peperiksaan. Kekuatannya dari Asmaul Husna. Semoga anak anak beroleh kejayaan cemerlang. InsyaAllah. 

Zikir Kecemerlangan 


Allahumma : 1 kali
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid 40 kali
Bicara Hati : Ya Allah alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik : 1 kali

Allahumma : 1 kali
Ya Zohir : 40 kali
Bicara Hati  : Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan : 1 kali

Allahumma : 1 kali
Ya Fatah : 40 kali
Bicara Hati : Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul : 1 kali

Allahumma : 1 kali
Ya Baari’ : 40 kali
Bicara Hati : Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah. Aku tiada daya : 1 kali

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam.  Zikirlah. Bayangkan anak anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak anak dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.  Mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.

Sama sama kita amalkan. Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan perkongisan ini memberi manfaat buat semua dan dirahmati Allah hendakNya. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.