First Day School Selepas PKP

First Day School Selepas PKP | Harini 21 November 2021 hari pertama sesi  persekolahan secara fizikal setelah sekian lama Akif dan kawan kawan ber PdPR. Sekolah Akif buat sistem penggiliran seminggu sekali. Kumpulan A seramai 17 orang dan Kumpulan B seramai 17 orang. Untuk minggu ini selama seminggu Kumpulan A akan ke sekolah. Minggu lepas Kumpulan B yang ke sekolah.

Hari pertama sekolah secara bersemuka setelah sekian lama ber PdPR. Opkos la kena tangkap gambar dulu sekeping dua buat kenangan. 

Ok jugak la bila sekolah buat sistem macam ni sebab sekolah Akif antara sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Bila buat camni takde la ramai sangat murid kat sekolah dan boleh elak kesesakan. Semoga anak Umi dan rakan rakan dalam lindungan dan rahmat Allah setiap saat dan ketika. 

Akif Dapat Anugerah PdPR Terbaik Ogos 2021


Oleh kerana harini hari pertama Akif ke sekolah secara bersemuka, makanya harini Cikgu bagi hadiah sempena Akif dapat Anugerah PdPR Terbaik Ogos 2021 baru baru ni. Sijil Akif dah dapat melalui group wasap. KakYa dah print siap siap sijil Akif cuma hadiah harini baru dapat. Alhamdulillah tahniah Akif! Umi doakan Akif terus cemerlang di masa masa akan datang. InsyaAllah.

Tahniah Akif! 
 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. tahniah Akif..
    sekolah anak ammi minggu ni dah mula ujian SETARA..untuk nak tengok kefahaman anak-anak sepanjang PDPR.

    giliran anak ammi next weeklah sbb this week dorang turn PDPR

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah Akif!
    Seronok anak2 dapat kembali ke sekolah.

    BalasPadam
  3. tahniah abg akif semoga terus sukses

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.