Sijil Antarabangsa Ke 2 Akif Dari Africa Scout Virtual Jamboree

Sijil Antarabangsa Ke 2 Akif  Dari Africa Scout Virtual Jamboree |  Alhamdulillah Akif dah dapat sijil antarabangsa ke 2 dia semalam. Setelah 6 hari 5 malam bermula 29 Julai 2021 sehingga 3 Ogos 2021 Akif berjaya mengikuti Africa Scout Virtual Jamboree 2021, akhirnya sijil yang di tunggu tunggu muncul jugak. Pagi tadi check email dah ada email dari penganjur Africa Scout Virtual Jamboree dan e-sijil sekali yang di hantar semalam. Kalau sebelum ni Akif dah dapat sijil antarabangsa pertama dia melalui aktiviti pengakap, untuk kalini masih lagi dengan aktiviti pengakap. Korang boleh baca kat sini Sijil Antarabangsa Pertama Akif Imtiyaz

Sijil Antarabangsa Ke-2 Akif Imtiyaz


Semalam bila dah dapat sijil untuk Program 8th Africa Scout Virtual Jamboree 2021, #AfricaScoutJamboree muka kemain happy lagi. Ya la macam yang KakYa selalu cakap kat tulisan KakYa sebelum ni, Akif ni kan dia punya mood boleh berubah 100% hanya kerana sekeping sijil.  

Africa Scout Virtual Jamboree, Sijil online pengakap, sijil online 2021, jamboree pengakap, sijil peringkat antarabangsa, Afrika Scout Jamboree

Africa Scout Virtual Jamboree 2021 


Ok KakYa citer sikit la mengenai Africa Scout Virtual Jamboree 2021 yang Akif sertai.  Africa Scout Virtual Jamboree 2021 telah berlangsung pada 29 Julai 2021 dan tamat pada 3 Ogos 2021. Pelbagai program menarik telah diadakan sepanjang enam hari  Afrika Scout Jamboree berlangsung.

Afrika Scout Jamboree dengan tema “Step into Africa’s Tomorrow” telah berjaya menarik penyertaan dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Virtual jamboree ke-8 ini telah ditutup pada 3 Ogos 2021 setelah enam hari melaksanakan pelbagai aktiviti menarik, menyeronokkan dan penyertaan dalam pelbagai  program pembelajaran disampaikan oleh Uganda Scouts Association  dengan sokongan Pengakap di Afrika. 

 #AfricaScoutJamboree telah dihadiri oleh 2,253 peserta dari 91 negara melalui aplikasi Zoom dan sekurang-kurangnya 155,971 yang lain mengikuti siaran langsung melalui saluran media sosial. 

Semoga aktiviti seperti ini akan terus diadakan di masa masa akan datang agar anak anak dapat join akiviti berfaedah dan memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.