Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman

Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman | Harini 13 Ogos 2021, hari lahir Iman yang ke 14. Kejap jer masa berlalu, sedar tak sedar dah genap 14 tahun usia Iman hari ini. Barakalah fii umrik. Semoga dengan bertambah usiamu semakin bertambah iman dan sempurna akhlakmu wahai anak. Sanah Helwah Uhibbuki Fillah. Selamat hari lahir, sayang kamu kerana Allah. 

Ucapan selamat hari lahir islamik, ucapan selamat hari lahir anak lelaki, selamat hari lahir anak, happy birthday, sanah helwah, ucapan hari jadi

Selamat Hari Lahir Ke 14 Iman


Selamat hari lahir ke 14 buat anakku Muhammad Adam Iman.  Semoga Iman di panjangkan umur dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan diperluaskan pintu pintu rezeki, dikurniakan rezeki berkat melimpah ruah, jadi anak soleh, sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT setiap saat dan ketika dan diterangi hati untuk terus menimba ilmu. 

Ucapan selamat hari lahir islamik, ucapan selamat hari lahir anak lelaki, selamat hari lahir anak, happy birthday, sanah helwah, ucapan hari jadi


Doa Umi Akan Sentiasa Mengiringi Perjalanan Hidupmu 


Doa Umi akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Iman. Dalam setiap denyut jantung dan nafas Umi, pasti akan Umi selitkan doa terbaik buatmu Iman. Ya Allah kurniakan kebaikan dan kebahagiaan dunia akhirat buat anakku Muhammad Adam Iman. Semoga anakku Muhammad Adam Iman menjadi insan berguna pada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Selamat ulangtahun Muhammad Adam Iman! Semoga jadi anak yang membanggakan ibu bapa dan jadi anak soleh ya!

    BalasPadam
  2. Sanah helwah anak soleh. Semoga sentiasa melangkah dalam kasih sayang dan reda Allah swt serta ibu bapa.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.