Panduan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Panduan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah | Alhamdulillah petang ni KakYa rasa gembira dan teruja dapat berkongsi panduan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah untuk pembaca blog KakYa. Semoga sedikit sebanyak apa yang KakYa kongsikan akan memberi manfaat buat pembaca dan beroleh pahala untuk KakYa. InsyaAllah aamin aamin ya mujib. 

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan rahmatNya dapat kita menyambut tahun baru Hijrah pada esok hari 10 Ogos 2021 bersamaan 1 Muharram 1443 Hijrah . 

Doa Akhir  Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan satu hari yang sangat penting bagi umat Islam kerana ianya adalah peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan rasul kita Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Sebelum kita membaca doa awal tahun hijrah apabila masuknya bulan Muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun hijrah pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Bilakah waktu untuk membaca doa akhir tahun hijrah?
Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 30 Zulhijjah 1442 bersamaan 9 Ogos 2021.

Bacaan doa tersebut adalah:

Panduan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepadaMu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.

Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.

Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

Doa Awal Tahun Hijrah

Doa awal tahun dibaca selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

Doa tersebut adalah:

panduan doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah, doa akhir tahun hijrah, doa awal tahun hijrah, 1 Muharram 1443, Awal Muharram

Maksudnya:


Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.

Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami. Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

Semoga perkongsian ucapan doa akhir tahun hijrah dan awal tahun hijrah ini dapat memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.