Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti Tema Maal Hijrah 1443H

Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti Tema Maal Hijrah 1443H | 1 Muharam 1443H, Salam Maal Hijrah. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNya pada hari ini 1 Muharram 1443, kita sekali lagi diberi ruang dan peluang untuk sama sama menyambut tahun baru hijrah di bumi Allah ini dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti.  Alhamdulillah syukur Ya Allah. 

Manhaj rabbani ummah berkualiti, Manhaj rabbani  ummah berkualiti tema maal hijrah 1443/2021 , maksud manhaj rabbani, salam maal hijrah 1443H


Salam Maal Hijrah 1443H (1 Muharram 1443 : 10 Ogos 2021) 


Salam Maal Hijrah 1443H dari KakYa dan family. Marilah kita sama-sama mencari keredhaan dan keberkatan sempena tahun baru di bulan mulia Muharram ini. Semoga kita semua dalam lindungan dan redha Ilahi. 

Hijrah? Tajdid niat kita, perbetulkan segalanya dan mulakan semuanya dengan niat yang baik. Untuk lakukan semua itu, memang tidak mudah. Tapi andai bukan kita yang ingin membantu diri kita, siapa lagi? Jadi, tajdid niat dan mulakan semula. Semoga kita semua terus dan kekal istiqomah.

Apakah tahun baru hijrah  ini kita mampu mengais kasihNya yang tiada bertepi atau kita hanya teronta ronta dalam lorong waktu tanpa kepastian.

Ya Rabb.. Satukan kekurangan kami dalam RedhaMU agar kekurangan itu dapat melebur menjadi kesempurnaan. Salam Maal Hijrah 1443H.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.