Sijil Webinar Dan Kuiz Online Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa

Sijil Webinar Dan Kuiz Online Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa | Semalam 26 Julai 2021 Akif join satu lagi webinar dan kuiz online anjuran Econinja dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pengakap bersempena Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa. KakYa ada kongsikan mengenai webinar dan kuiz ini kat blog beberapa lepas. Korang ada join tak? Untuk mendapatkan sijil webinar dan sijil kuiz semua boleh join walaupon bukan ahli pengakap. Dah alang alang KakYa pon tonton bersama Akif semalam terus KakYa isi form untuk penyertaan webinar dan jawap kuiz sekali. 

Alhamdulillah harini dah dapat semua sijil. Semalam lepas webinar dah dapat sijil webinar. Petang ni dapat sijil kuiz. Jawap kuiz semalam Akif dapat 19 daripada 20 markah penuh. Salah jawap jugak satu soalan. Tapi takpe untuk kuiz ini tak kira berapa markah di perolehi, semua yang join akan dapat sijil. 

Sijil Webinar Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa


Tadaa ini dia sijil penyertaan dalam webinar hari konservasi ekosistem hutan paya laut antarabangsa. Cantik betul sijil dia. Soft jer kan?
Tengok sijil ni pon hati boleh tenang hehehe.



Sijil  Kuiz Online Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa


Sijil untuk aktiviti kuiz sedikit berlainan latar belakang dia berbanding sijil webinar. KakYa pon tak perasan berlainan, sebab sekali imbas tengok sijil dan warna sama jer. Tapi bila tengok betul betul dedua sijil ni ada kelainan pada gambar yang terpampang pada sijil. Dua dua sijil memang cantik. Tak sia sia la join webinar dan kuiz semalam bila dapat sijil cantik camni. Dapat ilmu dapat pulak sijil alhamdulillah. 


Akif tengok dua sijil dia dapat boleh senyum hingga ke telinga. Ya la ni first time kot dia join webinar dan kuiz dapat dua sijil. Sebelum ni memang dah pernah join webinar takde pon dapat sijil untuk penyertaan webinar. Hanya dapat sijil jawap kuiz sahaja. Tapi bila dapat dua camni memang berbaloi baloi la orang kata. 

Terima Kasih Econinja, Jabatan Perhutanan Negeri Johor Dan Pengakap Untuk Webinar Dan Kuiz Online Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa


Untuk sesi webinar semalam, ianya diadakan secara santai santai bersama dua ahli panel berpengalaman. Akif cakap boleh layan sebab takde la berat sangat kupasan yang dibicarakan. Kiranya untuk kanak kanak sebaya Akif ok la boleh masuk untuk dengar dan dia boleh faham dengan baik. 

Untuk kuiz pulak, soalan berdasarkan webinar yang di tonton dan tambahan beberapa soalan yang menguji minda untuk menjawap. Akif cakap senang jer sebab dia memang tonton dari awal jadi mudah untuk dia jawap soalan yang dikemukakan. Ada satu dua soalan jer yang dia kurang faham dan dia cuba buat yang terbaik. Alhamdulillah dapat jugak 19 markah daripada 20. Salah satu soalan. 

Ok Jom Kita Bergerak Lagi Kumpul Sijil


Semalam dapat dua sijil. Esok lusa kalau ada lagi kuiz yang berkaitan insyaAllah Akif akan join. Masa hantar sijil sijil yang Akif dapat kat Cikgu kelas dia, Cikgu cakap rajin Akif join macam macam kuiz online. Tahniah! Terima kasih Cikgu. InsyaAllah selagi ada kemudahan Akif akan join dan kumpul lagi banyak sijil untuk PAJSK. 

Webminar International Tiger Day 2021 By Econinja


Oh ya sebelum terlupa KakYa nak bagitahu kat korang. Coming Up. Webminar International Tiger Day! Jom kenali harimau anda! Reserve your date and time! Webinar International Tiger Day 2021 by Econinja pada hari Khamis 29 July 2021 
8.30 malam. 

Nanti kalau dah ada poster untuk webinar yang ni KakYa kongsi kat blog okey. Tungguu tau!!!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Tahniah Akif dan Kak Ya jugak. Musim Pkp pun boleh tambah ilmu banyak-banyak. Bagus

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.