Sijil Antarabangsa Pertama Akif Imtiyaz

Sijil Antarabangsa Pertama Akif Imtiyaz | Alhamdulillah, setelah 3 hari 3 malam bermula 16, 17 dan 18 Julai 2021, Akif mengikuti Global Cultural Jamboree anjuran Sri Lanka Scout Association akhirnya hilang segala penat lelah bersengkang mata hingga lewat mata, bila dah dapat sijil semalam. Gigih dia duk menunggu KODE EVENT untuk dimasukkan pada link sijil. 


Global Cultural Jamboree Award


Global Cultural Jamboree Award, sijil peringkat antarabangsa pertama untuk Akif.  Alhamdulillah ada jugak terselit satu sijil peringkat antarabangsa untuk Akif.  Sebenarnya bukan satu tapi Akif dapat dua sijil melalui Global Cultural Jamboree Award. Satu sijil penyertaan dan satu lagi sijil untuk semua program yang Akif join sepanjang jamboree berlangsung. 

Global Cultural Jamboree  Sri Lanka Scout Association, Sijil online pengakap, sijil online 2021, jamboree pengakap, sijil peringkat antarabangsa
Ni sijil penyertaan .. 

Mencabar jugak nak dapat satu lagi sijil peringkat antabangsa ni. KakYa pon naik pening bilamana dua kode terakhir untuk submit sijil tak dijumpai. Penat duk cari merata takde pulak kode tersebut. Akif pon susah hati masa tu. Ya la untuk dapat sijil program yang diikuti kena dapatkan kode yang betul, silap kode tak dapat la sijil. Fuh berpeluh la jugak nak dapatkan 12 kode bagi 9 kriteria yang ada. 

Terima Kasih Khalish Dan Blogger Salina Johari


Alhamdulillah akhirnya dapat jugak kode terakhir dengan bantuan anak kepada blogger Salina Johari yang turut join jamboree kalini. Terima kasih Khalish atas bantuan untuk Akif dan terima kasih juga buat blogger Salina Johari. Akif doakan Khalish dan Acik Sal murah rezeki sokmo. Aamin aamin Ya Mujib.

Global Cultural Jamboree  Sri Lanka Scout Association, Sijil online pengakap, sijil online 2021, jamboree pengakap, sijil peringkat antarabangsa
Alhamdulillah dapat jugak. Akif berjaya join semua 9 program dan beberapa program sampingan yang diadakan sepanjang jamboree berlangsung.  


Tahniah Muhammad Akif Imtiyaz


Tahniah Akif! Bertambah lagi dua sijil online hari ini. Umi bangga dengan kesungguhan dan pencapaian anak Umi. Teruskan usaha di masa masa akan datang wahai anak. Semoga terus bersemangat. InsyAllah. 

Global Cultural Jamboree  Sri Lanka Scout Association, Sijil online pengakap, sijil online 2021, jamboree pengakap, sijil peringkat antarabangsa

Global Cultural Jamboree  Sri Lanka Scout Association, Sijil online pengakap, sijil online 2021, jamboree pengakap, sijil peringkat antarabangsa

Global Cultural Jamboree  Sri Lanka Scout Association, Sijil online pengakap, sijil online 2021, jamboree pengakap, sijil peringkat antarabangsa



Global Cultural Jamboree  Sri Lanka Scout Association, Sijil online pengakap, sijil online 2021, jamboree pengakap, sijil peringkat antarabangsa

Misi Kumpul Sijil Diteruskan


Semoga anak Umi tak pernah jemu untuk turut serta dalam aktiviti berfaedah sepanjang sesi PdPR 2021. Good luck Akif! Umi akan sentiasa ada memberi sokongan dan dorongan untuk Akif. Teruskan berjuang wahai anak. Mari kita kumpul lagi banyak sijil online menjelang sekolah sesi 2021 berakhir.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.