Cara Simpan Daging Supaya Tahan Lama

Cara Simpan Daging Supaya Tahan Lama | Tahukah korang bagaimana cara terbaik untuk simpan daging supaya tahan lebih lama. Hari ni  raya korban, mesti korang ada terima daging korban kan? Jadi kalau korang terima daging korban yang banyak dan belum masa nak masak semua, korang perlu simpan daging tersebut dengan cara yang betul agar daging tahan lebih lama dan tidak mudah rosak. KakYa nak kongsikan beberapa tips yang pernah KakYa gunakan untuk simpan daging korban supaya tahan lama.

Tips simpan daging korban supaya tahan lebih lama, cara simpan daging korban, cara bagi daging tahan lama, cara betul simpan daging korban
Kredit pada pemilik gambar

Tips Simpan Daging Supaya Kekal Lebih Lama 


Tips yang akan KakYa kongsikan ini bukan saja menjadikan daging tahan lama tetapi tahap kesegaran daging masih dapat dikekalkan walaupun telah lama di simpan dalam peti ais. Antara tips terbaik simpan daging supaya kelal lama adalah;

1. Bersih dan cucikan daging
2. Asingkan daging
3. Simpan daging dalam kuantiti sekali masak
4. Simpan dalam bekas tertutup
5. Simpan dengan bahan perapan

Bersih Dan Cucikan Daging

Seeloknya daging dicucikan dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam freezer. Elakkan meletak daging ditempat terbuka kerana bakteria dan kuman mudah merebak.

Asingkan Daging

Sebaiknya korang asingkan daging kepada beberapa bahagian. Contoh tulang, daging, organ dalaman dan daging cincang. Asingkan siap siap supaya korang tak perlu nak keluarkan semua sekali untuk memasak. Hanya perlu keluarkan mana yamg nak digunakan sahaja. 

Simpan Daging Dalam Kuantiti Sekali Masak

Cara KakYa kalau simpan daging korban yang banyak KakYa akan simpan dalam bekas kecil untuk sekali masak. Tujuan penyimpanan ikut saiz sekali masak supaya daging yang di simpan tidak mengalami pembekuan berulang. Kalau korang letak semua sekaligus dalam satu bekas atau plastik nanti korang akan nyahbeku semua pastu masuk balik daging yang tak digunakan dalam freezer, tu namanya pembekuan berulang. Cara ini menjadikan daging tidak sedap untuk dimakan selain mudah rosak. 

Simpan Dalam Bekas Tertutup

KakYa jenis tak suka simpan lauk pauk dalam plastik tapi KakYa simpan dalam bekas tertutup. Sebaiknya simpan daging dalam bekas tertutup agar tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk. Jangan ingat dalam peti sejuk kita tu takde bakteria okey? Ada tau. Bakteria di mana mana jadi berwaspadalah korang.

Simpan Dengan Bahan Perapan 

Simpan dengan bahan perapan ni, KakYa biasa buat untuk simpan daging yang nak masak dalam masa sehari ke tiga hari. KakYa akan perap siap siap dengan beberapa jenis perapan dan simpan siap siap kat freezer. Cara ni jugak dapat memudahkan korang dan mempercepatkan proses memasak. Cuma keluarkan dari freezer dan nyahbekukan seketika pastu korang dah boleh masak. 

Okey itu saja tips atau cara simpan daging supaya tahan lebih lama. Kalau korang ada tips dan cara yang lain boleh kongsi di ruangan kome kat bawah. Semoga bermanfaat buat semua. InsyaAllah. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tapi kan...Dulu masa abah Syu meniaga ayam & daging mentah, dia kata kalau nak bagi daging tahan lama jangan dibasuh.Nak masak baru basuh bersih-bersih.Kalau basuh & simpan dalam freezer, nanti daging tu akan jadi hitam & lebam bila disimpan lama. Kalau takat hari ni beli esok nak masak tak ngape.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada gak yang cakap takyah basuh tapi kalau ikutkan takkan nak simpan dalam freezer tak basuh dulu. Satu lagi biasa beli balik beli terus basuh sebab barang2 basah ni kat pasar biasa ada lalat duk hinggap. Persekitaran lagi. Kalau tak basuh takut plak kuman dan bakteria Syu. Huhuhuhu ..

      Padam
  2. Memang cara ni banyak diamalkan untuk menyimpan daging
    Tk infonya

    BalasPadam
  3. Memang elok sangat tu asingkan daging ikut bahagia, dan simpan ikut kuantiti untuk sekali masak.

    BalasPadam
  4. bagus tips ini, kalau un memang akan cuci dulu, plastikan ikut portion yang diperlukan untuk masak, then bekukan, kalau dah beku berbulan tahan elok je.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.