Akif Dapat Anugerah Murid Terbaik PdPR Fasa 1 Untuk Tahun 6

Akif Dapat Anugerah Murid Terbaik PdPR Fasa 1 Untuk Tahun 6 |  Baru baru ni pihak sekolah Akif telah menganjurkan Anugerah Murid Terbaik PdPR Fasa 1 untuk sesi 13 Jun 2021 sehingga 15 Julai 2021 untuk tahun 1 hingga tahun 6. Petang tadi Cikgu kelas Akif ada share kat group nama nama pelajar yang berjaya meraih Anugerah Murid Terbaik PdPR SK .... ...... Alhamdulillah rezeki Akif menang Anugerah Murid Terbaik PdPR Fasa 1 sesi 13 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021 untuk Tahun 6. Seramai 7 orang murid tahun 6 terpilih sebagai murid terbaik PdPR mengikut kelas masing masing. Tahniah anak Umi. 

Anugerah murid terbaik PdPR tahun 6, menang anugerah pelajar terbaik PdPR sekolah, sijil online, sijil peringkat sekolah, pelajar terbaik PdPR,
Tahniah Akif dan kawan kawan. Semoga terus menjadi pembangkit semangat untuk cemerlang dalam pelajaran. Ada kesilapan sikit pada nama Akif tapi takpe la kat sijil nama dieja dengan betul.

Anugerah ini telah di anjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling GSTAR SK .... ...... bagi menaikkan lagi semangat anak anak pelajar untuk lebih komited dalam pembelajarah di rumah. Semoga anugerah seperti ini dapat dijadikan batu loncatan buat pelajar untuk lebih berusaha ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. 

Anugerah murid terbaik PdPR tahun 6, menang anugerah pelajar terbaik PdPR sekolah, sijil online, sijil peringkat sekolah, pelajar terbaik PdPR,
Alhamdulillah satu lagi sijil untuk Akif. Jom kita tambah lagi koleksi sijil.

Semoga dengan anugerah yang diperoleh ini dapat meningkatkan lagi semangat Akif dan kawan-kawan yang lain untuk menuntut ilmu sepanjang PdPR berlangsung. Good luck wahai anak. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.