Nasi Lemak 11 Lauk

Nasi Lemak 11 Lauk  |  Baru baru ni sebelum berakhirnya Syawal 2021, KakYa ada masak nasi lemak sempena sambut Raya Enam. Kakya dan family sambut raya enam lewat sebab puasa enam tergendala. Sempena sambut raya enam,  KakYa masak Nasi Lemak 11 Lauk untuk family. Alhamdulillah dapat jugak tunaikan permintaan encik suami yang nak makan Nasi Lemak 11 Lauk. 


Nasi Lemak 11 Lauk Namanya

Camne namanya boleh jadi  Nasi Lemak 11 Lauk?  Sebenarnya suami KakYa yang bagi nama Nasi Lemak 11 Lauk sebab ada 11 lauk utama yang KakYa masak untuk nasi lemak kalini. Biasa kalau masak nasi lemak dua tiga jenis lauk jer KakYa masak tapi kalini encik suami cakap buat lain sikit la sempena nak sambut raya enam. 


Encik suami jugak yang cadangkan buat nasi lemak sempena sambut raya enam. Encik suami dan anak anak yang buat pilihan lauk pauk yang akan di makan bersama nasi lemak. Bila dah ramai yang cadang itu ini, tu yang jadi banyak hingga 11 lauk tu haaaa. KakYa iayakan aje janji diaorang happy. 


Macam Macam Ada 

Antara lauk Nasi Lemak 11 Lauk yang KakYa masak adalah sambal ikan aya,  sambal kerang, sambal sotong, sambal udang, bilis goreng, bilis kacang, ayam goreng, hati pedal goreng, telor mata, telor rebus dan juga telor puyuh rebus. Cukup 11 lauk semua sekali dan tambahan lain timun dan juga kangkung celur.


Ala untuk lauk lauk tu semua KakYa masak sikit sikit jer bukan masak banyak pon, sekadar nak memeriahkan suasana dan bagi anak anak happy. Diaorang pon ada tolong buat apa yang patut masa KakYa kat dapur. Cepat jer siap bila masing masing rajin duk tolong buat itu ini. Boleh la makan hingga ke malam hehehe. Alahai seharian makan nasi lemak. Tapi takpe la bukan selalu kan? Sekali sekala takpe la. 



Mari Kita Hias Nasi Lemak 

Sempat la jugak buat pertandingan hiasan Nasi Lemak siapa paling cantik. Juri dia mak mertua KakYa. Lepas siap hias hantar gambar kat mak mertua minta pilih mana satu cantik. 




Anak Anak Happy Umi Lagi Happy

Anak anak seronok sikit bila ada aktiviti cam gini. Kita layankan jer la. Raikan anak anak sementara diaorang masih lagi kat rumah. Al maklum la musim musim PKP ni tak boleh nak buat aktiviti luar kita buat aktiviti family dalam rumah jer la. Seronok la jugak layankan sorang sorang punya hiasan campur pulak ngan tak sabar nak makan. Alahaiii ...

Alhamdulillah masak pagi, kenyang makan nasi lemak bersambung hingga ke malam. Alahmdulillah, Terima kasih Allah untuk kurniaan rezeki dariMu. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ramainya lauk
    meriah nampak nasi lemak tu

    BalasPadam
  2. Meriahnya seronok makan nasi lemak mcm ni..mmg membuncit lepas mkn kak hehee ^_^

    BalasPadam
  3. Hahaha comel tau anak beranak ni snap gambar pastu suh mertua pilih gambar mana tercantik. Heaven betul nasi lemak 11 lauk ni. Lapar dah ni kakya🙈🙈

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.