Kuiz ini terbuka untuk semua AHLI PENGAKAP di seluruh Malaysia. Kuiz ini berlangsung selama dua hari bermula semalam dan akan berakhir pada hari ini 5 Jun 2021. Jadi kalau korang mempunyai anak yang bergelar ahli pengakap, ajak anak anak korang untuk join kuiz online ni hari ini. Last day tau arini.
Bagi menyahut cabaran sebagai seorang ahli pengakap, Akif dah join kuiz ni semalam. Alhamdulillah berjaya memperolehi markah 80% ke atas dan layak mendapat sijil penyertaan peringkat negeri.
Markah keseluruhan yang Akif dapat semalam 90% dan layak mendapat sijil. Alhamdulillah tahniah wahai anak. Yeayy bertambah lagi satu sijil untuk Akif. Moga akan terus bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah.
Mari kita terus kumpul sijil....
1 Ulasan
Hebatlah Akif dan kakya,dua-dua cemerlang. Tahniah
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.