Kelebihan Ayat Munjiyat Atau Ayat 7

Kelebihan Ayat Munjiyat Atau Ayat 7 | Tujuh ayat Al Quran yang di namakan sebagai Ayat Munjiyat atau Ayat 7. Ayat Munjiyat atau Ayat 7 dikenali sebagai Ayat Pelindung dan Penyelamat. Ayat ini telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirin RA sebagai ayat ayat penyelamat dari pelbagai kesusahan dan kesulitan. Ayat Munjiyat atau Ayat 7 boleh diamalkan pembacaannya selepas solat maghrib (afdhal) atau bila bila masa kita berkelapangan. 

7 Ayat Munjiyat

Ayat Munjiyat atau Ayat 7 terdiri daripada tujuh ayat Al Quran iaitu; 

Surah At Taubah - Ayat 51
• Surah Yunus - Ayat 107 
• Surah Hud - Ayat 6
• Surah Hud - Ayat 56
• Surah Al Ankabut - Ayat 60 
• Surah Fatir - Ayat 2 
• Surah Al Zumar - Ayat 38

Ayat Munjiyat Rumi Dan Terjemahan Setiap Ayat

Bagi memudahkan korang, KakYa sertakan kat sini 7 Ayat Munjiyat dalam rumi dan juga terjemahan bagi setiap ayat. 

Surah At Taubah - Ayat 51


Ayat Munjiyat dalam Al Quran terdiri daripada 7 ayat
Surah At Taubah Ayat : 51

Qul lan yuseebana illama kataba Allahu lana huwa mawlana waalallahi falyatawakkalilmu'minuun

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

Surah Yunus – Ayat 107


Ayat Munjiyat, ayat munjiyat 7, ayat munjiyat rumi, kelebihan ayat munjiyat, cara mengamalkan ayat munjiyat, manfaat membaca ayat 7, selawat munjiyat
Surah Yunus Ayat : 107

Waa in yamsaskallahu bidurrinfala kashifa lahu illa huwa waa in yuridkabikhoyrin fala radda lifadlihi yuseebubihi man yasha umin ibadihi wahuwalghafururrahim

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Surah Hud – Ayat 6


Ayat Munjiyat, ayat munjiyat 7, ayat munjiyat rumi, kelebihan ayat munjiyat, cara mengamalkan ayat munjiyat, manfaat membaca ayat 7, selawat munjiyat
Surah Hud Ayat : 6

Wama min dabbatin feelardiilla alallahi rizquha wayaqlamumustaqarraha wamustawdaaha kullun fikitabinmubeen

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Hud – Ayat 56


Ayat Munjiyat, ayat munjiyat 7, ayat munjiyat rumi, kelebihan ayat munjiyat, cara mengamalkan ayat munjiyat, manfaat membaca ayat 7, selawat munjiyat
Surah Hud Ayat : 56

Innee tawakkaltu alallah hirabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhizhunbinasiyatiha inna rabbi ala siratinmustaqeem

” Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

Surah Al Ankabut – Ayat 60


Ayat Munjiyat, ayat munjiyat 7, ayat munjiyat rumi, kelebihan ayat munjiyat, cara mengamalkan ayat munjiyat, manfaat membaca ayat 7, selawat munjiyat
Surah Al Ankabut Ayat : 60

Wakaayyin min dabbatin la tahmilurizqahallahu yarzuquha waiyyakumwahuwa assameeul aaleem.

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah Fathir – Ayat 2


Ayat Munjiyat, ayat munjiyat 7, ayat munjiyat rumi, kelebihan ayat munjiyat, cara mengamalkan ayat munjiyat, manfaat membaca ayat 7, selawat munjiyat
Surah Fatir Ayat : 2

Ma yaftahi llahu linnasimirahmatin fala mumsika laha wamayumsik fala mursila lahu min bakdihi wahuwalazeezulhakeem

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Az Zumar – Ayat 38


Ayat Munjiyat, ayat munjiyat 7, ayat munjiyat rumi, kelebihan ayat munjiyat, cara mengamalkan ayat munjiyat, manfaat membaca ayat 7, selawat munjiyat
Surah Al Zumar Ayat : 38

Walain saaltahum man khalaqa ssamawatiwalardo layaqoolunnallahu qul afaraaytumma tadoona min doonillahi in aradaniyallahu bidurrin hal hunna kashifatu durrihi aw aradanee birahmatin hal hunna mumsikaturahmatihi qul hasbiyallahu alayhiyatawakkalulmutawakkiloon

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.

Kelebihan Dan Fadhilat Ayat Munjiyat Atau Ayat 7

Berikut KakYa kongsikan antara kelebihan dan fadhilat Ayat Munjiyat atau Ayat 7. Antara kelebihan dan fadhilatnya ialah;

1) Dicatat pahala yang banyak
2) Wajah berseri
3) Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah
4) Dijauhkan dari gangguan iblis
5) Ditunaikan segala hajat
6) Terpelihara dari tipu daya musuh

Semoga perkongsian KakYa mengenai Kelebihan Ayat Munjiyat Atau Ayat 7 ini, sedikit sebanyak dapar memberi manfaat buat kita semua. Sama sama kita amalkan sebagai amalan seharian. InsyaAllah moga yang baik baik sahaja buat kita semua. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.