Akif Join Larian Virtual Rentas Desa Kebangsaan 2021 (VERDIK21)

Akif Join Larian Virtual Rentas Desa Kebangsaan 2021 (VERDIK21) | Lama jugak duk tangguh nak berlari sempena Larian Virtual Rentas Desa Kebangsaan 2021 (VERDIK21). Harini baru sempat berlari. Kalau ikutkan tarikh untuk penghantaran bukti larian dah tamat pada 12 Jun 2021 tapi kerana PKPD dan masalah masalah teknikal yang lain, ramai pelajar yang tak dapat memulakan larian pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.  Mengambil kira permasalahan yang berlaku, pihak penganjur iaitu Fakulti Pendidikan UiTM Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,  telah melanjutkan tempoh dan penghantaran bukti larian sehingga 24 Jun 2021. Jadi sempat lagi la Akif berlari untuk program rentas desa kebangsaan kalini. 

Larian virtual rentas desa kebangsaan 2021 (VERDIK21), Verdik21, PAJSK, eSijil, sijil peringkat kebangsaan, virtual cross country 2021, rentas desa
Dia ni kalau bab berlari memang laju la. Pepagi lagi dah siap. Pagi tadi Umi buat sarapan Nasi Goreng. Lepas makan relaks kejap pastu siap siap pakai kasut terus gerak. 

Akif join untuk kategori sekolah rendah. Untuk kategori  ini hanya pelajar tahun 4 hingga tahun 6 sahaja dibenarkan berlari dengan jarak larian 3km di pantau oleh ahli keluarga terdekat. Jadi pagi tadi, encik suami yang teman Akif berlari. Alang alang anak berlari, abah pon join ler lari sekali. Abah pon lama gak tu tak berlari sejak sejak PKP ni. 

Larian virtual rentas desa kebangsaan 2021 (VERDIK21), Verdik21, PAJSK, eSijil, sijil peringkat kebangsaan, virtual cross country 2021, rentas desa
Mula mula ikat kemas kemas tali kasut tu jangan bagi tercabut pulak masa berlari nanti. 

Sijil Peringkat Kebangsaan 

Penyertaan Akif dalam acara Larian Virtual Rentas Desa Kebangsaan 2021 (VERDIK21) melayakkan dia untuk dapat sijil peringkat kebangsaan sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan markah PAJSK. Okey la kan, dapat tambah markah PAJSK dan dapat pulak kumpul sijil. Tak sabar nak tunggu sijil. Bab bab sijil pon Akif excited jugak. Kalau ada jer program yang dapat sijil mesti dia semangat nak join. KakYa memang galakkan dia join pelbagai program dan aktiviti secara online asalkan ianya satu program berfaedah dan memberi manfaat buat dia.

Terlebih Kilometer

Umi cakap 3km tapi dia lari lebih 3km. Aduhai anak. Takpe la nak 5km pon 5km la nak, janji cukup 3km seperti yang ditetapkan. Dah alang alang lama tak berlari, dia punya gian tu lain macam. Itu yang jadi terlebih kilometer tu. Ok la sesekali kena berlari jugak bagi tubuh badan sihat. Musim PKP ni aktiviti duk makan, pahtu belajar, pahtu jalan ke sana ke mari kat dalam rumah jer.  Tubuh pon dah nampak makin membulat dah sekarang ni. Bila ada aktiviti cam gini ok la, boleh bakar kalori tu sikit. 

Dulu sebelum adanya Covid19 kat Malaysia ni, setiap Jumaat dan Sabtu kalau tak balik kampung atau pergi mana mana, aktiviti petang kami berlari atau jogging kat kawasan perumahan. Kekadang pagi Jumaat atau Sabtu kami satu family pegi panjat Bukit Mak Dayang kat Kemaman. Seronok sangat!

Larian virtual rentas desa kebangsaan 2021 (VERDIK21), Verdik21, PAJSK, eSijil, sijil peringkat kebangsaan, virtual cross country 2021, rentas desa
Good job Akif!

Larian virtual rentas desa kebangsaan 2021 (VERDIK21), Verdik21, PAJSK, eSijil, sijil peringkat kebangsaan, virtual cross country 2021, rentas desa
5km today! 19 Jun 2021

Ok la untuk pagi tadi takde masalah apa apa sepanjang larian. Alhamdulillah Akif berjaya menamatkan larian sejauh 5km pagi tadi. Tahniah Akif.

Ingatnya petang karang Umi pon nak pegi jugak la kalau berkesempatan. Harap harap encik suami rajin la nak teman petang nanti. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Salam puan. Maaf nak tanya, anak puan dah dapat ke sijil virtual run verdiks ni? Sbb anak saya masih belum dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Belum lagi. Untuk Verdik21 dah di bagitahu awal sijil akan dapat bermula Ogos. Pengagihan sijil akan ambil masa sebab banyak penyertaan pelajar sekolah. Itu yang saya dapat info dari wakil Verdik21 Pantai Timur. Kalau nak lebih kepastian tn/pn boleh dapatkan info dari wakil negeri masing2 lagi mudah dan cepat.

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.